omniture

Memperkenalkan Arta Finance: pejabat keluarga digital untuk seluruh dunia - menggunakan teknologi untuk menyingkap kuasa kewangan golongan ultra kaya.

Arta Finance
2022-11-03 21:15 208

Arta Finance telah mengumpulkan lebih $90 Juta daripada Sequoia Capital India, Ribbit Capital, Coatue Management dan lebih 140 pelabur syarikat pemula untuk menyingkap kuasa kewangan golongan ultra kaya dengan menjadikan perkhidmatan pejabat keluarga tersedia kepada semua orang. 

MOUNTAIN VIEW, California, 3 November 2022 /PRNewswire/ -- Arta Finance, sebuah Pejabat Keluarga Digital, hari ini melancarkan platformnya yang bermula dengan pelabur bertauliah di Amerika Syarikat. Arta menyingkap akses, personalisasi dan hubungan yang sehingga kini hanya tersedia kepada golongan ultra kaya melalui pejabat keluarga mereka. Pejabat keluarga biasanya mempunyai pasukan profesional yang menggunakan strategi kewangan canggih dan memanfaatkan peluang pelaburan yang eksklusif. Melalui teknologi, Arta berhasrat untuk menampilkan manfaat ini kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Dalam diam, syarikat ini telah mengumpulkan lebih $90 juta daripada Sequoia Capital India, Ribbit Capital, Coatue dan lebih 140 orang tokoh ternama dalam bidang teknologi dan kewangan, termasuk Betsy Cohen, Eric Schmidt dan Ram Shriram.

"Kami percaya bahawa strategi kewangan berkuasa tinggi serta masa depan yang selamat dan bahagia tidak seharusnya dimonopoli oleh golongan ultra kaya," kata Caesar Sengupta, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Arta Finance. "Setiap orang harus diberi peluang untuk menguruskan aspek kewangan mereka dengan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh golongan kaya dan berpendapatan tinggi. Maka, kami melakukan perkara ini berdasarkan pengetahuan kami sebaik-baiknya – dengan menghapuskan penghalang kepada kewangan canggih dan berteknologi."

Pelaburan Pintar, Peluasan Akses

Matlamat Arta adalah untuk membantu setiap ahlinya menguruskan sendiri masa depan kewangan mereka. Ia membuka akses kepada aset alternatif, mendedahkan kecairan melalui pelbagai kredit untuk ahli yang layak dan memanfaatkan AI untuk mendayakan pelaburan pintar dalam pasaran awam. Ahli-ahli juga akan dirangkum ke dalam ekosistem profesional kewangan dan gaya hidup Arta yang dapat membantu mereka melindungi dan menikmati kekayaan mereka. Syarikat melaksanakan perkara ini sambil menghapuskan kos pentadbiran, konflik kepentingan dalam jualan, UI yang menyukarkan dan beban yuran yang sering dihadapi mereka yang ingin mendapatkan nasihat kewangan.

"Arta memanfaatkan kuasa teknologi untuk memberi manfaat kepada mereka yang selama ini mencari khidmat pengurusan kekayaan namun tidak pernah - sehingga kini - menemui platform yang sesuai," kata Betsy Cohen, Pengasas merangkap mantan Ketua Pegawai Eksekutif The Bancorp serta Pengerusi Teknologi Kewangan Masala. "Dengan memberikan akses yang lebih mudah, lebih cepat dan lebih lengkap, Arta telah bertindak untuk memenuhi keperluan pelanggan tersebut. Didorong oleh pasukan terbaik dengan pengetahuan teknologi yang mendalam, Arta sedang berada di peringkat permulaan perjalanannya yang menarik. Saya teruja untuk menjadi Ahli."

Arta akan membolehkan ahli:

  • Mengakses Aset Alternatif seperti Ekuiti Persendirian. Arta membuka peluang pelaburan seperti ekuiti swasta, modal usaha niaga, hutang swasta dan hartanah kepada mereka yang biasanya tidak mempunyai akses kepada perkara ini. Arta bermula dengan dana daripada 10 pengurus dana terbaik yang telah memberikan pulangan tinggi secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu. Ahli boleh bermula dengan pelaburan sebanyak $10,000.
  • Mendapatkan kecairan tanpa menjual saham. Ahli Arta yang layak boleh mengakses pelbagai kredit aset mereka pada kadar terbaik dalam industri. Ini bermakna ahli boleh terus melabur di pasaran dan bukan menjual saham mereka pada masa yang kurang tepat jika mereka ingin membiayai perbelanjaan jangka pendek seperti bayaran pendahuluan rumah atau bil cukai.
  • Membuat perancangan tentang strategi pelaburan peribadi mereka sendiri. Portfolio AI Terurus (AMP) proprietari Arta membolehkan ahlinya mencipta portfolio yang sangat peribadi dan automatik menggunakan saham, bon, opsyen dan leveraj. AMP berhasrat untuk memberikan pulangan risiko terlaras yang lebih baik berbanding alternatif seperti ETF, Indeks Langsung atau apa sahaja yang boleh diperolehi melalui kebanyakan penasihat Robotik - semua ini diberi sambil mengekalkan yuran yang rendah dan telus.
  • Lebih bijak bersama-sama. Golongan ultra kaya juga mendapat kelebihan dengan berkongsi pengetahuan kewangan antara satu sama lain. Ahli Arta boleh memulakan perbualan sendiri yang menguntungkan dalam Arta Pulse. Ruang yang disahkan ini adalah tempat untuk ahli menemui peluang kewangan baharu, menanda aras prestasi mereka berbanding rakan seangkatan serta belajar daripada tingkah laku komuniti.
  • Melabur dengan penuh keyakinan. Keselamatan ialah tumpuan utama bagi pasukan Arta yang telah menggunakan pengalaman selama beberapa dekad untuk membina produk yang sangat selamat dan teguh di syarikat seperti Google. Arta Finance beroperasi pada Platform Awan Google dengan menggunakan gred penyulitan awam utama yang tertinggi serta menggunakan pengesahan berasaskan biometrik dan perkakasan untuk memastikan ahlinya memperoleh pengalaman yang selamat dan mudah apabila menggunakan Arta pada telefon mereka dan laman web.
  • Menyelaraskan faedah dengan yuran berasaskan prestasi. Arta bermula dengan harga yang jelas dan telus supaya ahli mengetahui bagaimana yuran diuruskan. Ahli tidak akan membayar komisen dagangan atau yuran penjagaan manakala ahli Arta yang layak akan dapat memilih harga berasaskan prestasi supaya mereka dapat menyelaraskan insentif Arta lebih hampir kepada matlamat mereka.

Masa depan kewangan bergantung pada teknologi

Pada masa lalu, pasukan Arta memimpin produk teknologi kewangan di Google, membantu menguruskan beberapa produk yang bernilai berbilion dolar dengan berbilion-bilion pengguna, menyedia dan menjalankan sejumlah dana lindung nilai dan menampilkan beberapa produk baharu daripada 0 hingga mencecah 100 juta pengguna. Dengan Arta, pasukan ini mempunyai misi untuk memanfaatkan teknologi yang menjadikan kewangan peribadi mudah, boleh diakses, indah – dan ya, ini juga sesuatu yang menarik.

Sepanjang tahun lalu, Arta Finance telah mengambil alih MoneyMinx.com, menubuhkan Arta Foundation menggunakan 2% daripada ekuiti asasnya dan menerima pelaburan daripada beberapa tokoh terkenal dalam bidang teknologi dan kewangan.

Shailendra Singh, Pengarah Urusan Sequoia Capital India mengatakan bahawa Arta Finance telah memilih untuk "menyelesaikan satu masalah besar dalam bidang teknologi kewangan global yang tidak dapat diselesaikan". Caesar dan pasukannya telah mencapai kejayaan yang unik dalam membangunkan pelbagai produk canggih yang digunakan oleh berbilion-bilion pengguna Internet. Sama seperti kebanyakan syarikat teknologi kewangan pengguna lain yang pernah bekerjasama dengan kami, kerjasama ini juga memerlukan pendekatan yang lebih berpusatkan pengguna, pengalaman pengguna yang lebih menyeronokkan dan platform yang lebih lancar serta boleh ditingkatkan berbanding mana-mana platform yang wujud pada hari ini. Kami bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bersama-sama dengan pasukan Arta Finance untuk merealisasikan misi mereka yang memberi inspirasi."

"Pendekatan digital Arta yang seterusnya adalah untuk meneroka peluang pelaburan baharu yang sebelum ini tidak dapat dicapai oleh berjuta-juta orang," jelas Michael Gilroy, Rakan Kongsi Am Coatue. "Kami melihat peluang untuk meningkatkan misi Arta bagi membantu lebih ramai orang mencapai matlamat kekayaan mereka."

"Apa yang menggembirakan kami tentang Arta ialah pemahaman mendalam tentang dua perkara penting. Yang pertama ialah kerumitan perkhidmatan kewangan serta keperluan untuk mendapatkan akses yang lebih telus kepada maklumat yang akan membantu anda membuat keputusan dengan lebih baik," kata Micky Malka, Pengasas Ribbit Capital. "Kedua, automasinya menggunakan teknologi terbaik yang ada pada masa kini. Di Arta, kami mencari yang terbaik daripada kedua-dua perkara ini. Arta memahami pengguna dan kesukaran yang mereka hadapi serta mempunyai pengalaman dalam menggunakan teknologi terbaik. Kami teruja untuk melihat bagaimana mereka dapat mempengaruhi dan mengubah cara semua orang berfikir tentang modal dan aset mereka."

Penantian Kini (Hampir) Berakhir

Arta dibina untuk semua orang di seluruh dunia namun akan dilancarkan terlebih dahulu di AS hari ini untuk para pelabur bertauliah. Sebaik sahaja kelulusan kawal selia sewajarnya diperoleh, pengembangan ke negara-negara dan segmen pelabur lain akan diteruskan. Senarai menunggu untuk menjadi ahli kini dibuka di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Arta Finance atau untuk memohon jemputan, sila layari www.artafinance.com.

Tentang Arta Finance 

Arta Finance  merupakan sebuah pejabat keluarga digital untuk seluruh dunia. Ia memperkasakan lebih ramai orang untuk memperoleh kuasa kewangan yang sehingga kini, merupakan bidang yang dikuasai oleh individu bernilai bersih ultra tinggi. Arta Finance, penasihat pelaburan yang berdaftar dengan SEC AS, memanfaatkan AI dan pembelajaran mesin untuk membolehkan pelaburan pintar dalam ekuiti pasaran awam dan pelaburan alternatif – termasuk ekuiti persendirian, modal usaha niaga, hartanah – dan mengakses kepakaran kewangan untuk membantu setiap ahli memajukan matlamat unik mereka. Diasaskan oleh sepasukan bekas eksekutif dan penyelidik Google, Arta disokong oleh Sequoia Capital India, Ribbit Capital, Coatue dan lebih 140 tokoh terkenal dalam bidang teknologi dan kewangan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Arta, sila layari artafinance.com.

Maklumat Pendedahan Penting 

Dokumen ini adalah untuk tujuan memberi maklumat sahaja dan bukan merupakan satu tawaran atau permintaan untuk menjual atau membeli sekuriti. Pelaburan adalah sesuatu yang melibatkan risiko termasuk potensi kerugian prinsipal. Tiada jaminan bahawa strategi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Arta Finance akan berjaya atau dapat mengatasi strategi dan perkhidmatan organisasi lain. 

Semua pendapat yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan pendapat pengarang atau individu yang disebut pada tarikh dokumen ini disiarkan dan tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. Pernyataan yang dibuat bukan merupakan fakta, termasuk pernyataan tentang trend dan keadaan pasaran, manakala pengalaman atau kepakaran pengarang atau individu yang disebut hanyalah berdasarkan jangkaan, anggaran, pendapat dan/atau kepercayaan semasa. Pengendorsan disediakan atas permintaan Arta Finance.

Prestasi masa lalu bukanlah jaminan kejayaan pada masa hadapan.  Pelaburan yang dibincangkan di sini mungkin tidak sesuai untuk para pelabur yang bergantung pada objektif pelaburan tertentu serta kedudukan kewangan mereka. Pelabur hendaklah menilai setiap pelaburan yang dibincangkan secara bebas dalam konteks objektif, profil risiko dan keadaan mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk melabur dengan Arta Finance.

Arta Finance is the digital family office for the world. It empowers more people to gain the financial superpowers that, until now, were the domain of ultra-high net worth individuals. To learn more about Arta Finance or to request an invite please visit www.artafinance.com.
Arta Finance is the digital family office for the world. It empowers more people to gain the financial superpowers that, until now, were the domain of ultra-high net worth individuals. To learn more about Arta Finance or to request an invite please visit www.artafinance.com.

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=eo2SFRyb9zc
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1934558/Arta_Finance.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1934557/Arta_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Arta Finance
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology