omniture

Playtech Lancarkan kesemua Permainan Langsungnya pada semua Peranti Mudah Alih

Playtech
2013-11-28 17:09 146

LONDON, 28 November 2013 /PRNewswire/ --

Playtech, pereka antarabangsa, pembangun dan pemberi lesen bagi perisian dan perkhidmatan industri permainan dalam talian, mudah alih, TV dan berpangkalan di darat, dengan bangganya mengumumkan kesemua permainan Langsungnya boleh didapati pada semua platform mudah alih termasuk Native dan HTML5.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120515/531552 )

Pengumuman ini menggambarkan kejayaan industri tersebut apabila Playtech menjadi perintis arena mudah alih bagi permainan Langsung sebagai satu-satunya syarikat yang menawarkan kesemua permainan Langsungnya pada semua peranti mudah alih. Ini termasuklah model pasaran massa peringkat kemasukan hinggalah kepada telefon pintar dan tablet mewah terkini seperti iPhone, iPad dan Android. Para pemain boleh memilih untuk memuat turun Apps permainan atau bermain secara serta-merta pada Web Mudah Alih melalui pautan berkaitan, lantas membolehkan para pengguna menikmati hiburan langsung secara berterusan di mana-mana sahaja mereka berada.

Aviv Nankin, Ketua Bahagian Langsung Playtech mengulas, "Saya percaya peningkatan tahap kebolehcapaian ini pastinya akan membawa permainan Langsung Playtech ke peringkat yang seterusnya. Memandangkan arah aliran mudah alih terus berkembang, kemampuan untuk memasuki pasaran ini melalui platform Native dan HTML5 menyediakan kaedah tambahan bagi para pengendali untuk menarik dan mengekalkan para pemain. Dengan membolehkan para pengendali untuk menawarkan permainan Langsung kepada para pemain pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, Playtech mengubah kemampuan permainan mudah alih dalam semua pasaran seluruh Eropah dan Asia, lantas menawarkan kelebihan daya saing yang kuat kepada pemegang lesennya. Saya yakin inovasi ini akan memberi keuntungan kepada pemegang lesen kami."

Latar Belakang Playtech

Playtech (http://www.playtech.com) membangunkan platform perisian bersepadu dan kandungan bagi industri permainan dalam talian dan berpangkalan di darat, di samping menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan seperti pemasaran, pengehosan dan perkhidmatan CRM.

Keupayaan Kumpulan tersebut membolehkan penghantaran perisian bersepadu atau penyelesaian siap guna, lalu memungkinkan para pemain memasuki terminal permainan dalam talian, penyiaran, mudah alih dan berasaskan pelayan menerusi satu akaun tunggal.

Pemegang lesen baharu termasuklah pengendali dalam talian sedia ada yang menaik taraf atau mempelbagaikan tawaran, kumpulan kasino darat, entiti yang ditaja kerajaan seperti loteri serta peserta baharu yang membuat penampilan pertama bagi permainan dalam talian, terutamanya dalam pasaran yang baru dikawal selia.

Ditubuhkan pada tahun 1999, Playtech disenaraikan pada Bursa Saham London dan mempunyai lebih 3,000 kakitangan yang berlokasi di 11 negara. Aplikasi permainan penerajunya ialah kasino, poker, bingo, sukan pertaruhan, permainan langsung, mudah alih dan sosial, permainan ganjil kasual dan tetap.

Bagi maklumat lanjut, hubungi:

Playtech Ltd
Mor Weizer, Ketua Pegawai Eksekutif
Ron Hoffman, Ketua Pegawai Kewangan
d/a Pelham Bell Pottinger
+44(0)20-7861-3232

Adam Kay, Ketua Bahagian Perhubungan Pelabur
+44(0)1624-645954

Pelham Bell Pottinger
David Rydell / Olly Scott / Guy Scarborough
+44(0)20-7861-3232

Sumber: Playtech

Source: Playtech
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment New products/services