omniture

DMCC Menamakan Menara Komersil Tertinggi Dunia sebagai 'Burj 2020' Sempena Kemenangan Ekspo 2020 Dubai

DMCC
2013-11-29 10:26 103

DUBAI, UAE, 29 November 2013 /PRNewswire/ --

Pusat Berbilang Komoditi Dubai (DMCC), Pihak Berkuasa Kerajaan Dubai dengan mandat bagi menjadikan Dubai sebagai gerbang global untuk perdagangan serta perusahaan komoditi, telah memilih nama 'Burj 2020' untuk menara komersil tertinggi dunia sempena kemenangan Ekspo 2020 Dubai.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131127/654983 )

Ekspo 2020 Dubai yang bakal diadakan buat kali pertama di Timur Tengah dengan tema 'Menghubungkan Minda, Mencipta Masa Hadapan' akan mengukuhkan lagi kedudukan Dubai sebagai lebih daripada sekadar titik sambungan antara Timur dan Barat, dan akan menyokong sepenuhnya wawasan kepimpinan Dubai agar menjadi pusat ekonomi baharu dunia.

Ahmed Bin Sulayem, Pengerusi Eksekutif DMCC berkata:

"Tidak ramai yang boleh membayangkan impak Dubai tahun 2020 ke atas Ekspo itu dan bagaimana ia akan menghubungkan orang ramai, idea serta cita-cita mereka.

DMCC ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Teramat Mulia Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai serta rakyat UAE. Kami berbesar hati dapat mendedikasikan menara komersil tertinggi dunia ini kepada kemenangan bersejarah ini dengan menamakannya sebagai 'Burj 2020'."

Penamaan 'Burj 2020' adalah berikutan pengumuman DMCC awal tahun ini (Julai) untuk membina menara komersil tertinggi dunia sebagai sebahagian daripada pelan perluasan Taman Perniagaan Zon Bebasnya (107,000 meter persegi), bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat daripada syarikat korporat multinasional dan serantau untuk ruang komersil berskala besar di Dubai.

Pelan utama untuk 'Burj 2020' kini dalam peringkat akhir; para arkitek dijangka akan dilantik pada tahun 2014, dengan upacara pecah tanah dirancang untuk tahun 2015. DMCC akan melibatkan diri dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan seperti Majlis Perbandaran Dubai (DM), Pihak Berkuasa Jalan dan Pengangkutan (RTA) dan Persatuan Tenaga Elektrik dan Air Dubai (DEWA), pada awal tahun 2014 bagi memastikan 'Burj 2020' dan Taman Perniagaan DMCC siap dengan berjaya dan menepati masanya.

DMCC memang menjadi penyokong kuat bidaan Dubai untuk Ekspo 2020. Ia telah menjemput Duta Ekspo 2020 UAE ke Menara Almas beberapa kali tahun ini bagi mengetahui tentang peranan DMCC dalam mengukuhkan peranan Dubai sebagai hab komoditi dan perdagangan peringkat global.

Dengan 66 menara komersil dan kediaman pelbagai guna dan lebih 220 saluran keluar runcit sedang beroperasi, kini terdapat lebih 80,000 orang yang bekerja dan menetap dalam Zon Bebas DMCC di Dubai. Dengan purata 200 syarikat memilih untuk menyertai DMCC setiap bulan dan kadar tahanan sebanyak 94%, DMCC kekal sebagai zon bebas UAE yang terbesar dan berkembang paling pesat.

Sumber: DMCC

Source: DMCC
Keywords: Construction/Building Retail Trade show news