omniture

Ekonomi Digital AS$300 Bilion Asia Tenggara Wujudkan Peluang Pertumbuhan Besar untuk Perniagaan, begitu juga Risiko

2C2P
2022-11-04 13:56 308

SINGAPURA, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- Dengan ekonomi digital Asia Tenggara yang berkembang pesat diunjurkan melangkaui paras AS$300 bilion menjelang tahun 2026, pembayaran digital terus membawa peluang pertumbuhan yang besar untuk perniagaan, menurut satu laporan IDC baharu yang ditugaskan oleh platform pembayaran global 2C2P dan persatuan keahlian global untuk profesional pembayaran dan pencegahan penipuan Merchant Risk Council (MRC).

Pada sisi yang lain, ancaman dan kerentanan baru muncul mencetuskan risiko penipuan yang lebih tinggi. Mengharungi ruang yang berkembang pantas ini memerlukan syarikat-syarikat untuk memanfaatkan teknologi pembayaran yang sesuai dan inovasi keselamatan bagi mengoptimumkan pertumbuhan dan melindungi diri mereka serta pelanggan mereka daripada penipuan.

IDC Infobrief, "How Southeast Asia Buys and Pays 2022: New Opportunities, Connectivity, and Risks" ("Cara Asia Tenggara Membeli dan Membayar 2022: Peluang Baharu, Ketersambungan dan Risiko"), mendedahkan peluang dan risiko baru muncul di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sorotan pembayaran penting:

  • Perbelanjaan ekonomi digital akan meningkat sebanyak 121% menjelang tahun 2026, sementara pembayaran digital akan berkembang kepada 92% daripada jumlah pembayaran ekonomi digital menjelang tahun 2026, meningkat daripada 80% pada tahun 2020.
  • 426 juta pengguna di Asia Tenggara akan menggunakan dompet mudah alih menjelang tahun 2026, mewakili 62% daripada jumlah populasi.
  • Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) terus menjadi semakin penting, dengan perbelanjaan BNPL berkembang sebanyak $9.8 bilion, satu peningkatan 3.5X berbanding tahun 2021.
  • Pembayaran-waktu-sebenar (RTP) akan membentuk masa depan landskap pembayaran Asia Tenggara dengan nilai transaksi melonjak 8X daripada AS$1.428.6 bilion kepada AS$12,978.7 bilion antara tahun 2021-2026
  • Satu dalam empat pengguna internet Asia Tenggara menjadi mangsa penipuan pada tahun 2021.

Keperluan untuk perniagaan menyokong kaedah-kaedah bayaran baharu seperti dompet mudah alih, RTP dan BNPL, terus mencetuskan kerumitan dalam pengurusan dan operasi pembayaran. Bagaimana pembayaran digunakan dalam setiap pasaran Asia Tenggara juga mempunyai ciri-cirinya yang unik dan sewajarnya, kerentanan yang unik. Mana-mana perniagaan yang beroperasi di rantau ini memerlukan tahap penyetempatan dan pemahaman yang tinggi untuk menawarkan kepada pelanggannya dengan pilihan pembayaran yang tepat. Dalam masa yang sama, melihatkan kepelbagaian pasaran ini dan tahap risikonya yang berbeza, penggiat-penggiat yang jahat telah memperhalusi aktiviti mereka sendiri agar dapat dipadankan dengan kelemahan yang ada.

IDC Infobrief memberi lima cadangan untuk memilih rakan pembayaran pada tahun 2022:

  • Sokongan intra-ASEAN yang unggul, terutamanya untuk pembayaran rentas sempadan
  • Biasa dengan selok-belok rantau ini
  • Keupayaan mengenali dan menyerang balas ancaman baharu
  • Menawarkan teknologi untuk pengesahan lebih tepat
  • Pandangan global untuk sentiasa mengetahui ancaman terkini dan amalan terbaik

Julie Fergerson, Ketua Pegawai Eksekutif MRC, berkata, "Asia Tenggara penuh dengan janji yang mengujakan tatkala ekonomi digitalnya terus melonajk ke tahap baharu. Walau bagaimanapun, dengan pertumbuhan tersebut munculnya ancaman penipuan yang mengancam perniagaan dan pengguna di seluruh rantau ini. Syarikat-syarikat perlu segera membangunkan langkah-langkah yang berdaya tahan untuk menentang ancaman penipu. IDC Infobrief yang tepat pada masanya ini menekankan cara-cara yang sesuai untuk perniagaan mengurangkan risiko penipuan dengan mengenal pasti rakan pembayaran terbaik untuk menyokong perjalanan pertumbuhan mereka."

"2C2P berbesar hati dapat bekerjasama dengan MRC untuk menugaskan laporan bernilai ini dan kami berharap ia dapat menyokong pertumbuhan yang lebih selamat dan tanpa risiko untuk perniagaan di seluruh Asia Tenggara. Tatkala kami terus melihat ekonomi digital wilayah ini berkembang dan menjadi lebih kompleks, perniagaan sudah pastinya terdedah kepada penipuan baharu dan kerentanan. 2C2P berazam untuk memastikan pembayaran lancar dan selamat di wilayah yang pelbagai ini, memastikan kami menjadikan pembayaran digital mudah dan dalam masa yang sama memastikan pelanggan dan peniaga kami selamat," kata Aung Kyaw Moe, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 2C2P.

MRC dilancarkan pada tahun 2000 dan terus berada di barisan hadapan evolusi industri dan perjuangan yang berterusan memerangi penipuan eDagang.

Pautan Logo MRC: muat turun imej 

Source: 2C2P
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology