omniture

Pesta Canton ke-114

The Canton Fair
2013-12-02 09:00 97

-- "Rekaan diutamakan melalui inovasi dan penambahan nilai oleh pempamer"

GUANGZHOU, China, 2 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Sesi ke-114 Pesta Canton, yang merupakan acara perdagangan yang menerajui di China, diakhiri pada 4 November lalu di Guangzhou. Acara tersebut berjaya menarik hampir 190,000 pembeli luar negara dari lebih 200 negara, dengan kehadiran yang lebih stabil berbanding acara sebelum ini.

Walaupun jumlah nilai urus niaga eksport yang diperoleh pada acara tersebut jatuh sedikit menjadi RMB 194.61 bilion (USD 31.69 bilion), jumlah pesanan berulang meningkat dan ini menggambarkan peningkatan bagi kualiti produk dan inovasi. Jumlah pempamer pula sengaja dikurangkan supaya memberi ruang bagi penonjolan nama besar serta jenama terkemuka yang melabur dengan banyak dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Dari segi rekaan, evolusi Pesta Canton diteruskan melalui pameran produk "buatan China", termasuklah produk "rekaan China." Saiz kawasan yang dikhaskan untuk komuniti rekaan pula meningkat sebanyak 31 peratus dari tahun ke tahun, dengan jumlah 74 institusi rekaan dari 10 negara dan rantau yang menyertai acara tersebut.

"Kami ingin mempromosikan perdagangan menerusi inovasi," ulas Liu Jianjun, timbalan pengarah Pusat Dagangan Asing China. "Dengan menggalakkan firma untuk melabur dalam rekaan yang canggih, kami boleh memastikan Pesta tersebut mempamerkan produk dengan kandungan nilai tambah yang lebih tinggi. Dengan keaslian dan rekaan yang baharu, lebih banyak firma Cina akan dapat mengekalkan jumlah eksport yang stabil dan seterusnya menembusi pasaran luar negara."

Acara pada tahun ini melibatkan pengenalan kepada Anugerah Pesta Canton (CF), yang bertujuan untuk memberikan anugerah kepada syarikat yang mempunyai rekaan produk eksport terbaik. Pada tahun 2013, sejumlah 547 produk telah dihantar oleh 345 syarikat.

"Dengan mengadakan pertandingan rekaan dan memilih barangan rekaan paling kreatif bagi pameran, kami benar-benar dapat menekankan kepentingan penyelidikan dan pembangunan yang bebas," jelas Wang Runsheng, timbalan pengarah Pesta Canton. "Dengan cara ini, produk yang lebih berkualiti akan dipamerkan dan standard para pempamer pula akan dipertingkat."

Jelaslah para pembeli dari luar negara di Pesta Canton mula menghargai produk berstandard tinggi yang dipamerkan. Harga bukanlah lagi satu-satunya tarikan seperti sebelum ini.

"Kami tidak memilih China sebagai tapak pemerolehan semata-mata kerana harganya," ujar Pierre Cardelli, yang mewakili peruncit besar Perancis, Auchan. "Kualiti, rekaan, pengangkutan, kemudahan dan suasana bekerja semuanya merupakan faktor. Pada hari ini, produk Cina semakin memperlihatkan elemen sains dan teknologi serta konsep rekaan yang menerajui. Saya boleh mendapatkan hampir apa sahaja yang saya mahukan di Pesta Canton."

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

Source: The Canton Fair
Keywords: Retail Trade show news