omniture

Pengendali Hotel Pan-Eropah Melancarkan 12 buah Lokasi Baharu di Seluruh Iceland

Legendary Hotels & Resorts ehf
2022-11-04 20:47 278

REYKJAVIK, Iceland, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- Pengendali hotel serba baharu, iaitu Legendary Hotels and Resorts, akan memasuki pasaran hospitaliti Iceland dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan rancangan besar untuk membina, membeli, atau menjenamakan semula portfolio 12 buah hotel. Hotel yang pertama telah pun dibeli di Selatan Iceland dengan penjenamaan semula sepenuhnya yang akan bermula pada awal tahun 2023. 

Setiap tempat akan memenuhi piawaian korporat yang tepat dari segi kemewahan dan kemudahan, termasuk masa daftar masuk dan daftar keluar yang fleksibel, internet tanpa wayar berkelajuan tinggi percuma sebagai perkhidmatan standard, pelbagai kemudahan dan keselesaan penginapan, serta pengangkutan ke lapangan terbang yang lancar untuk pengalaman awal hingga akhir tanpa sebarang kerumitan. Tetamu Hotel juga akan dapat menikmati beberapa jenis kopi dan wain terbaik di Iceland, pilihan sarapan antarabangsa yang lazat dan perkhidmatan profesional yang terbaik daripada pasukan yang mesra dan berpengalaman. 

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Legendary Hotels and Resorts, Dmitrijs Stals, mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam industri hospitaliti dengan portfolio pelaburan hospitaliti yang berjaya. Dmitrijs berkata:

"Kini dengan berakhirnya segala keburukan yang dibawa oleh pandemik COVID, kami berpandangan optimis tentang pertumbuhan industri pelancongan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang dan kami telah mengenal pasti pelbagai peluang yang menarik untuk pertumbuhan di Eropah. Kami bersikap optimis tentang kejayaan projek pan-Eropah baharu kami dan tidak sabar untuk memberi kejutan dan menggembirakan pelanggan kami dengan ruang yang indah, keselesaan yang menyeluruh dan perkhidmatan yang unggul".

Legendary Hotels and Resorts ehf. ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Reykjavik, iaitu ibu kota Iceland, dan akan terus mencari peluang selanjutnya di seluruh Eropah Utara dan negara-negara lain. Pasukan yang bersatu padu ini amat mengambil berat tentang tahap kepuasan dan kegembiraan setiap tetamu, dengan setiap konsep hotel yang dicipta menggunakan kepakaran industri hospitaliti selama beberapa dekad, serta melibatkan kajian berdaya maju yang dijalankan oleh firma perakaunan Big Four - satu pelaburan yang selamat dan boleh dipercayai dengan pelbagai potensi pertumbuhan. Nantikan berita selanjutnya!

Hubungan: Madara Kviesite, +354499999, madara@legendaryhotels.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1937724/Legendary_Hotels_and_Resorts_Logo.jpg?p=medium600

Source: Legendary Hotels & Resorts ehf
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Real Estate Travel New products/services