BARCELONA, Sepanyol, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- Werfen hari ini mengumumkan bahawa ia telah bersetuju untuk mengambil alih Immucor, Inc., daripada TPG. Immucor ialah sebuah perbadanan swasta dengan kehadiran global yang kukuh dalam bidang diagnostik transfusi dan pemindahan in vitro yang beribu pejabat di Norcross, Georgia, AS. Pengambilalihan ini akan membolehkan Werfen memperluas portfolionya dalam penyelesaian Diagnostik Khusus untuk hospital dan makmal klinikal.
Harga pembelian ini dijangka bernilai kira-kira USD2 bilion, dengan nilai muktamad yang tertakluk kepada kelulusan kawal selia yang lazim. Pengambilalihan ini dibiayai dengan gabungan wang tunai dan kemudahan kredit kanan baharu. Dengan urus niaga ini, syarikat tidak menjangkakan sebarang pengaruh terhadap taraf gred pelaburannya yang diperoleh daripada Standard & Poor's.
"Sebagai peneraju global dalam penyelidikan, pembangunan, pembuatan dan pengedaran penyelesaian Diagnostik Khusus yang inovatif untuk hospital dan makmal klinikal, Immucor sememangnya sesuai dengan model perniagaan sedia ada kami," kata Marc Rubiralta, Presiden Werfen. "Kami amat menghargai komitmen Immucor untuk meningkatkan mutu penjagaan kepada semua pesakit yang memerlukan transfusi atau pemindahan. Ini sesuai dengan visi dan strategi jangka panjang kami, sejajar dengan fokus kami serta menjadi pelengkap kepada nilai-nilai Werfen."
Rubiralta menambah, "Saya yakin bahawa dengan menggabungkan dua syarikat Diagnostik Khusus yang saling melengkapi dan cemerlang ini, Werfen akan dapat memperluas kehadiran globalnya dengan tahap kepelbagaian yang lebih tinggi sambil mengekalkan fokus terhadap pengkhususan dengan jayanya."
"Kepakaran dan inovasi Immucor dalam diagnostik transfusi dan pemindahan membolehkan kami memasuki pasaran baharu dan akan membantu kami mencapai visi untuk menjadi pilihan utama makmal canggih dan pusat penjagaan pelanggan di seluruh dunia," kata Carlos Pascual, Ketua Pegawai Eksekutif Werfen. "Ia akan menjadi satu pencapaian penting kepada masa depan Werfen."
Avi Pelossof, Ketua Pegawai Eksekutif Immucor berkata, "Berpandangan jauh terhadap wawasan masa depan kami, kami teruja untuk meningkatkan impak kami sebagai sebahagian daripada Werfen, sebuah syarikat yang berkongsi visi dan komitmen jangka panjang kami untuk memajukan khidmat penjagaan pesakit di seluruh dunia. Memandangkan nilai diagnostik dalam sistem penjagaan kesihatan semakin meningkat, kami yakin bahawa Immucor akan terus berinovasi dan berjaya di bawah pemilikan Werfen."
Berdasarkan angka pada tahun 2021, Werfen dijangka akan memperoleh pendapatan melebihi €2.2 bilion setelah pengambilalihan ini selesai, dengan tujuh buah pusat teknologi, hampir 7,000 orang pekerja di seluruh dunia serta kehadiran langsung di 30 buah negara dan kehadiran melalui pengedar di lebih 100 wilayah.
Barclays dan Milbank LLP bertindak sebagai penasihat kepada Werfen. BBVA, BNP Paribas, CaixaBank dan HSBC Holding plc menyediakan komitmen untuk kemudahan kredit kanan yang baharu. Evercore Ropes & Gray LLP bertindak sebagai penasihat kepada para penjual dan Immucor.
Werfen
Ditubuhkan pada tahun 1966, Werfen ialah sebuah syarikat pembangun, pengeluar dan pengedar global bagi instrumen, reagen berkaitan, sel kerja automasi dan penyelesaian pengurusan data Diagnostik Khusus untuk digunakan terutamanya di hospital dan makmal klinikal bebas. Unit perniagaan Syarikat ini merangkumi Hemostasis, Diagnostik Penjagaan Akut, Autoimun dan Pembuatan Peralatan Asal (OEM). Werfen beroperasi secara langsung di hampir 30 buah negara dan melalui pengedar di lebih 100 wilayah. Untuk maklumat lanjut, sila layari werfen.com
TPG
TPG ialah sebuah firma pengurusan aset alternatif global terkemuka yang ditubuhkan di San Francisco pada tahun 1992, dengan aset di bawah pengurusan serta pasukan pelaburan dan operasi bernilai USD127 bilion di 12 buah pejabat di seluruh dunia. TPG melabur dalam lima platform berbilang produk: Modal, Pertumbuhan, Impak, Hartanah dan Penyelesaian Pasaran manakala strategi unik kami didorong oleh kerjasama, inovasi dan keterangkuman. Pasukan kami menggabungkan pengalaman produk dan sektor yang mendalam dengan keupayaan dan kepakaran yang luas untuk membangunkan pandangan yang berbeza serta menambah nilai para pelabur dana, syarikat portfolio, pasukan pengurusan dan komuniti kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tpg.com atau @TPG di Twitter.
Notis undang-undang
Dokumen ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan tentang perniagaan, data kewangan kami dan peristiwa yang berkaitan dengan prospek Werfen. Ramalan ini boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "harapan", "visi", "jangkaan", "niat", "rancang", "percaya", "mencari", "anggaran", "masa depan", "projek", atau perkataan yang mempunyai makna serupa. Kami juga mungkin membuat unjuran dalam laporan, pembentangan dan siaran akhbar yang lain. Selain itu, sekali-sekala, wakil jualan kami mungkin akan membuat pernyataan berpandangan ke hadapan. Unjuran-unjuran ini adalah berdasarkan jangkaan semasa kami serta melibatkan hipotesis tertentu yang kebanyakannya berada di luar kawalan syarikat dan tertakluk kepada beberapa siri risiko dan ketidakpastian. Sekiranya mana-mana risiko atau ketidakpastian ini benar-benar terjadi atau sebaliknya apa yang dijangkakan tidak terjadi, maka hasil atau prestasi Werfen mungkin berbeza secara ketara (sama ada positif atau negatif) daripada apa yang diramalkan secara tersurat atau tersirat. Werfen tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan yang dibuat sebelum ini.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1937701/Werfen_President_Marc_Rubiralta.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1561045/Werfen_Logo.jpg?p=medium600