WALTHAM ON THE WOLDS, England, 2 Disember 2013 /PRNewswire/ --
Kajian baharu menunjukkan kehadiran anjing peliharaan mungkin boleh membantu mengawal hipertensi untuk orang dewasa berusia.
Kehadiran anjing peliharaan boleh mengurangkan tekanan darah pemiliknya secara signifikan sambil mereka menjalankan aktiviti harian mereka, seperti yang ditunjukkan melalui penyelidikan baharu yang dijalankan oleh Universiti Maryland. Kajian itu, yang telah disokong dengan pembiayaan oleh Pusat Pemakanan Haiwan Peliharaan WALTHAM® (WALTHAM®), mengkaji pemilik haiwan peliharaan yang berusia lebih 50 tahun dengan keadaan prahipertensi dan hipertensi sederhana, lalu mendapati tekanan darah menjadi lebih rendah dengan kehadiran anjing peliharaan. Kajian ini mencadangkan anjing mungkin menjadi komponen berkesan dalam intervensi bagi membantu memperlahankan kejadian hipertensi dalam orang dewasa berusia.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131202/655278-a )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131202/655278-b )
"Merendahkan tekanan darah ialah matlamat terapeutik yang paling penting dalam merawat hipertensi," kata ketua penulis kajian, Erika Friedmann, Profesor di Universiti Maryland. "Ini merupakan penyelidikan pertama yang mengkaji tekanan darah di bawah keadaan kehidupan normal dengan kehadiran haiwan. Ia membenarkan kami menilai impak masa sebenar haiwan peliharaan ke atas kehidupan seharian pemilik mereka. Kajian ini mempertingkatkan pemahaman kita tentang impak positif berpotensi yang diberikan oleh anjing peliharaan ke atas tekanan darah individu dengan hipertensi. Penemuan itu juga mengukuhkan lagi peningkatan bukti yang menyokong peranan terapeutik yang boleh dimainkan oleh haiwan dalam memperbaiki kesihatan jantung serta kesihatan secara keseluruhannya."
Kajian itu dikendalikan dengan melibatkan orang dewasa berusia 50 tahun ke atas, yang memiliki haiwan peliharaan dan tinggal sendirian serta mempunyai tekanan darah yang sedikit tinggi. Kebanyakan peserta sedang menjalani rawatan primer untuk hipertensi, termasuk mengambil ubat bagi merendahkan tekanan darah. Tidak seperti penyelidikan terdahulu, tekanan darah diukur secara automatik setiap 20 minit dengan peranti kecil yang dipakai oleh pemilik haiwan peliharaan sambil mereka menjalani kehidupan seharian mereka yang normal. Melalui pengambilan bacaan seperti ini, dalam masa tiga hari berasingan semasa tempoh kajian selama tiga bulan, penyelidik boleh mengambil kira faktor selain kehadiran haiwan peliharaan yang mungkin telah mempengaruhi tekanan darah. Ini termasuklah aktiviti fizikal serta keadaan emosi pemilik itu.
Keputusan menunjukkan kehadiran anjing dikaitkan dengan penurunan signifikan tekanan darah sistolik (tekanan darah apabila otot jantung mengecut) dan tekanan darah diastolik (tekanan darah apabila otot jantung mengendur). Para penyelidik juga mengkaji impak kehadiran kucing peliharaan ke atas tekanan darah. Penemuan penyelidik menunjukkan secara puratanya, apabila kucing orang dewasa berusia bersama mereka, tekanan darah diastolik mereka menjadi lebih rendah, manakala tekanan darah sistolik mereka pula menjadi lebih tinggi. Keputusan ini tidak dijangka, memandangkan kajian terdahulu menunjukkan kucing dikaitkan dengan penurunan tahap stres serta tekanan darah sistolik dan diastolik yang lebih rendah. Penyelidikan lanjut perlu dilakukan bagi mengkaji sifat interaksi dan aktiviti fizikal pemilik kucing.
Sebahagian daripada kajian ini dibiayai oleh WALTHAM®, institut sains untuk Mars Petcare. Dr. Sandra McCune, Ketua Saintifik -- Interaksi Manusia-Haiwan di WALTHAM®, menerangkan kepentingan kajian ini: "Kami sudah lama sedar tentang faedah yang diberikan oleh anjing ke atas tekanan darah pemilik mereka. Kajian ini mengesahkan kehadiran anjing sewaktu menjalani kehidupan normal seharian boleh merendahkan tekanan darah orang dewasa dengan hipertensi sederhana. WALTHAM® berbesar hati untuk terus menyokong penyelidikan dalam bidang yang penting ini."
Penyelidikan ini telah diterbitkan dalam jurnal Anthrozoös dan boleh didapati dalam talian: http://bit.ly/1c8ATRQ
Latar Belakang Pusat Pemakanan Haiwan Peliharaan WALTHAM®
Meraikan 50 tahun sains berinovatif, Pusat Pemakanan Haiwan Peliharaan WALTHAM® bertindak sebagai badan berkuasa saintifik yang menerajui usaha meluaskan sempadan penyelidikan yang meliputi pemakanan dan kesihatan haiwan peliharaan. Terletak di Leicestershire, England, institut sains canggih yang terkemuka untuk Mars Petcare itu menjana ilmu yang membolehkan kemajuan produk berinovatif yang memenuhi keperluan haiwan peliharaan dalam cara yang praktikal. Sejak penerbitan penyelidikan asalnya yang pertama pada tahun 1963, WALTHAM® telah merintis banyak kejayaan cemerlang yang penting dalam bidang pemakanan haiwan peliharaan dan interaksi manusia-haiwan, lalu menghasilkan lebih 1,700 penerbitan, termasuk lebih 600 kertas kajian saintifik yang dinilai kelompok setara. Kini, WALTHAM® terus bekerjasama dengan institut saintifik terkemuka dunia, lantas memacu Wawasan Mars Petcare untuk menepati cogan kata A BETTER WORLD FOR PETS® serta menyediakan pengetahuan sains dan kepakaran yang menguatkan jenama peneraju milik Mars Petcare seperti WHISKAS®, PEDIGREE®, NUTRO®, TRILL®, CESAR®, SHEBA®, DREAMIES®, AQUARIAN®, WINERGY®, BANFIELD Pet Hospital® dan jenama ROYAL CANIN®.
Latar Belakang Mars, Incorporated
Pada tahun 1911, Frank C. Mars menghasilkan coklat Mars pertama di dalam dapur beliau di Tacoma, Washington dan menetapkan asal-usul Mars sebagai syarikat gula-gula. Pada tahun 1920-an, Forrest E. Mars, Sr. menyertai syarikat bapa beliau dan mereka bersama-sama telah melancarkan coklat MILKY WAY®. Pada tahun 1932, Forrest, Sr. berpindah ke United Kingdom dengan impian untuk membina perniagaan berdasarkan objektif mencipta "faedah bersama untuk semua pihak berkepentingan" -- objektif ini bertindak sebagai asas untuk Mars, Incorporated hari ini. Berpusat di McLean, Virginia, Mars mempunyai enam segmen perniagaan termasuk Penjagaan Haiwan Peliharaan, Coklat, Wrigley, Makanan, Minuman, Sains Simbiotik dan lebih 72,000 Rakan Sekutu seluruh dunia yang melaksanakan Prinsipnya agar memberikan faedah untuk orang ramai serta planet ini sendiri melalui prestasinya.
Jenama Mars termasuklah: Penjagaan Haiwan Peliharaan - PEDIGREE®, ROYAL CANIN®, WHISKAS®, BANFIELD Pet Hospital®, NUTRO®, SHEBA®, DREAMIES® dan CESAR®; Coklat - M&M'S®, SNICKERS®, DOVE®, GALAXY®, MARS®, MILKY WAY® dan TWIX®; Wrigley -- gula-gula getah DOUBLEMINT®, EXTRA®, ORBIT® dan 5™, gula-gula SKITTLES® dan STARBURST®, serta gula-gula penyegar mulut ALTOIDS® dan LIFESAVERS®. Makanan - UNCLE BEN'S®, DOLMIO®, EBLY®, MASTERFOODS®, SEEDS OF CHANGE® dan ROYCO®; Minuman -- Kopi Roasterscoffee ALTERRA®, teh THE BRIGHT TEA CO.®, Minuman Coklat Panas DOVE®/GALAXY®, dan pembuat bir FLAVIA®; Sains Simbiotik -- COCOAVIA®, WISDOM PANEL® dan SERAMIS®.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.mars.com. Ikuti kami: facebook.com/mars, twitter.com/marsglobal, youtube.com/mars.
Sumber: Mars Petcare dan Waltham