omniture

CGTN: Angka-angka Sedekad: Perjalanan menuju Pemodenan China

CGTN
2022-11-05 02:11 326

BEIJING, 5 November 2022 /PRNewswire/ -- Tatkala China memandang ke arah masa depan selepas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC), ayuh kita telusuri bagaimana negara yang paling padat penduduk di dunia ini menunjukkan prestasinya sepanjang dekad yang lalu dalam perjalanannya menuju pembangunan ekonomi, politik, budaya, sosial dan alam sekitar.

Ekonomi

Satu analisis terhadap dua Rancangan Lima-Tahun (FYP) yang terakhir menunjukkan pembangunan ekonomi yang pesat dan mampan serta penstrukturan semula industri muncul sebagai dua fokus utama sepanjang tempoh 2011-2015, sementara FYP (2016-2020) ke-13 bermatlamat untuk mengekalkan kadar pertumbuhan sederhana-tinggi.

Walaupun KDNK China meningkat lebih dua kali ganda dalam dekad yang lalu, sumbangan pertumbuhan ekonominya kepada ekonomi dunia mencapai 18.5 peratus.


Tambahan pula, China membuat lonjakan yang besar dalam pembangunan saintifik dan teknologi, membangunkan stesen angkasanya sendiri untuk kolaborasi antarabangsa pada masa akan datang dan melancarkan misi ke bulan, Marikh dan lebih jauh lagi.

Politik

China mengguna pakai Kanun Sivil pertamanya pada tahun 2020 selepas menempuh perjalanan selama 66 tahun. Semasa penyusunan, 1.02 juta nasihat daripada kira-kira 425,000 orang telah diminta.

China turut menambah baik persekitaran keselamatan, dengan rasa selamat rakyat mencecah lebih 98 peratus, menurut satu tinjauan.

Tambahan pula, walaupun keahlian CPC meningkat, penyertaan daripada entiti-entiti bukan CPC, terutamanya dalam proses perundingan, turut meningkat.

Masyarakat

China mencapai salah satu daripada "dua matlamat seratus tahunnya" untuk menjadi "masyarakat sederhana makmur" pada tahun 2021. Salah satu perjuangan yang paling signifikan adalah untuk menghapuskan kesengsaraan kemiskinan mutlak.


Berbicara tentang kesihatan, purata jangka hayat China meningkat daripada 74.83 tahun pada 2010 kepada 78.2 tahun pada 2021. Walaupun kadar kematian terus menurun, sebilangan besar rakyat telah diletakkan di bawah perlindungan keselamatan sosial.

Dalam menghadapi COVID-19, China mengutamakan nyawa manusia daripada keuntungan ekonomi melalui dasar COVID-sifar yang dinamik dan mendorong vaksin sebagai barangan awam global.

Di samping itu, menggandakan perbelanjaan dalam sektor pendidikan pada dekad yang lalu dan kesejagatan pendidikan wajib sembilan tahun secara percuma mungkin menjadi sebahagian daripada sebab mengapa kadar celik huruf China hanya 2.67 mata peratusan kurang sedikit daripada 100 peratus mutlak.

Budaya

Dalam dekad yang lalu, pihak kerajaan melakukan pelbagai inisiatif bukan sahaja untuk memenuhi keperluan budaya kontemporari rakyat, tetapi juga memelihara sejarah dengan membina infrastruktur seperti perpustakaan, muzium dan galeri.

China juga telah berusaha sedaya upaya untuk memupuk budaya sukan dan kecergasan yang mantap, maju ke hadapan dengan strategi-strategi nasionalnya iaitu Kecergasan-untuk-Semua, Inisiatif China Sihat dan Membangunkan China menjadi Negara yang Mantap dalam Sukan.

Alam Sekitar

Janji China untuk memuncakkan emisi karbon dioksida sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060 dilaksanakan dengan pantas susulan sedekad kemajuan yang dicapai untuk mengurangkan kebergantungannya kepada arang batu, beralih kepada sumber tenaga alternatif, meningkatkan liputan hutan dan biodiversiti serta mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan perubahan iklim.

Lawati "The Numbers of a Decade: A Journey through China's Modernization"  untuk penjelasan yang mendalam tentang perjalanan China dalam dekad yang lalu dan pandangan menuju ke hadapan.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-02/The-Numbers-of-a-Decade-A-Journey-through-China-s-Modernization-1eCNV0yn2Ao/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research