omniture

CCTV+, CIPCC mengadakan Global Media Workshop untuk memperdalam persefahaman antara media Cina, asing

CCTV+
2022-11-05 16:34 644

BEIJING, 5 November 2022 /PRNewswire/ -- CCTV Video News Agency (CCTV+) dan China International Press Communication Center (CIPCC) menganjurkan secara bersama Global Media Workshop (Bengkel Media Global) di Beijing pada hari Rabu untuk memperdalam persefahaman antara outlet media Cina dan asing.

Acara tersebut, di bawah tema "Perjalanan Baharu menuju Pemodenan, Lembaran Kerjasama Baharu" menghimpunkan 100 wakil media dari 40 negara dan wilayah.

"Melawat China telah membuka jendela buat kami dan mewujudkan saluran yang hebat untuk mempelajari tentang China sebenar-benarnya. Kami juga boleh berkongsi kaedah dan amalan Cina dengan negara-negara baik menerusi bantuan media," kata Ahmed Mohamed Saadeldin, penyampai berita Neil TV Mesir, ketika beliau berkongsi pengalaman beliau di acara tersebut.

Teng Yunping, presiden CCTV+
Teng Yunping, presiden CCTV+

Teng Yunping, presiden CCTV+, menyambut penuh mesra pasukan wartawan global dalam ucapan alu-aluan beliau. Beliau berkata sebagai bahagian yang penting daripada China Media Group (CMG), CCTV+ memainkan peranan penting dalam menghebahkan kepentingan Kongres Kebangsaan CPC ke-20 dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan media di serata dunia, untuk melengkapi kekuatan satu sama lain dan mengusahakan pembangunan bersama pada masa akan datang.

"Acara berkenaan mencipta peluang pertukaran yang berharga untuk kedua-dua pihak (CCTV+ dan CIPCC) serta mewujudkan platform untuk mengukuhkan pertukaran dan berkongsi pengalaman komunikasi dalam membuat liputan kejadian yang penting," kata Yu lei, pengarah CIPCC, di acara tersebut.

Wakil-wakil media
Wakil-wakil media

Semasa Sesi Kajian Kes acara tersebut, 14 delegasi berkongsi pandangan mereka dan melaporkan pengalaman di China. Beberapa wakil media menyatakan bahawa negara-negara Barat mempunyai perspektif mereka yang tersendiri, manakala sesetengah yang lain menyatakan bahawa negara-negara Barat mungkin telah salah faham atau memutarbelitkan berita yang berkaitan dengan China.

"Menyediakan berita sebenar merupakan tanggungjawab sepanjang kerjaya seumur hidup kami sebagai wartawan," kata Ruslan Kenjaev, timbalan ketua sidang pengarang Narodnoe Slovo (People's Word) Newspaper Uzbekistan.

"Kami merupakan individu bebas. Kami seharusnya memiliki pertimbangan sendiri. Justeru itu, kami perlu menjamin kebenaran dan objektiviti laporan berita dan berupaya untuk menyampaikan China yang sebenarnya kepada khalayak kami dengan lebih baik," kata Francisca Martinez Mateo, wartawan Canal 6 TV Mexico.

Selepas mendengar ucapan daripada Presiden Xi Jinping di Kongres Kebangsaan CPC ke-20, yang memberi gambaran perubahan pembangunan yang amat besar di China, wartawan-wartawan antarabangsa yang menghadiri Bengkel tersebut berkata mereka telah mempelajari lebih banyak tentang pengurusan, rancangan dan strategi kerajaan Cina untuk lima tahun akan datang. Pengalaman ini akan membantu mereka menerbitkan liputan berita dan produk media yang lebih tepat kepada dunia.

Tristan Duterte Nodalo daripada CNN Philippines berkata bahawa dengan pemodenan kewartawanan dan penerimaan lebih banyak pendekatan digital, kini wartawan lebih bersedia untuk menceritakan dan berkongsi kisah yang lebih baik dengan seluruh pelosok dunia.

Source: CCTV+
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications Advocacy Group Opinion