omniture

Procter & Gamble lantik Pengurus Negara untuk Malaysia & Singapura

Procter & Gamble
2022-11-06 16:02 238

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 November 2022 /PRNewswire/ -- Procter and Gamble, pusat bagi jenama-jenama pengguna yang terkemuka seperti Gillette, Head & Shoulders, Olay, Oral-B, Pampers, Pantene, SK-II, Tide, mengumumkan bahawa Nantha Kumaran Kalimuthu dilantik sebagai Pengurus Negara Malaysia & Singapura berkuat kuasa 1 April 2022. Nantha Kalimuthu akan memimpin pertumbuhan operasi penjualan dan pasaran P&G in Malaysia & Singapura.

Nantha Kumaran Kalimuthu, dinamakan Pengurus Negara P&G Malaysia & Singapore
Nantha Kumaran Kalimuthu, dinamakan Pengurus Negara P&G Malaysia & Singapore

Nantha Kumaran Kalimuthu menyertai Procter and Gamble pada tahun 2006. Sejak 17 tahun yang lalu di P&G melalui jawatan di Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Singapura dan seluruh Asia, beliau telah berkhidmat dalam banyak jawatan dengan pengalaman yang pelbagai dalam Operasi Penjualan dan Komersial.

Sebelum pelantikan baharu sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia dan Singapura ini, Nantha Kalimuthu merupakan Pengarah Kanan - Strategi & Perancangan Pasaran Korporat (MS&P) dan Pemimpin Pengedar P&G Korea yang mana beliau mengambil langkah yang luar biasa dalam mengubah perniagaan pengedar Korea. Sebelum itu, beliau merupakan Pemimpin Komersial dan ketua MS&P Korporat bagi P&G MSV (Malaysia, Singapura, Vietnam).

Selama bertahun-tahun dalam kapasiti yang pelbagai, Nantha Kalimuthu telah membuktikan diri beliau sebagai pemimpin Strategi Pasaran yang cemerlang dan inovatif dengan sejarah yang ditunjukkan dalam menggembirakan pembeli-belah dan membangunkan organisasi.

Berhubung pelantikan baharu beliau, Nantha Kalimuthu berkata, "Saya berbesar hati dengan peluang untuk memimpin P&G Malaysia & Singapore. Ia merupakan sesuatu yang mengujakan dan mencabar. Bersama-sama pasukan hebat kami yang terdiri daripada bakat-bakat P&G dan jenama-jenama bertaraf dunia kami, saya yakin bahawa kami akan terus membina jenama-jenama kukuh dan membawa inovasi yang bermakna dan unggul kepada pembeli-belah dan pengguna kami."

Malaysia & Singapura merupakan pasaran yang penting untuk P&G pada hari ini dan masa akan datang. Sejajar dengan strategi pertumbuhan mampan P&G, syarikat ini terus melabur dalam inovasi bagi meninggikan standard kecemerlangan dan menyampaikan produk unggul yang menggembirakan pengguna tempatan. Komited untuk menjadi Kuasa untuk Pertumbuhan dan Kuasa untuk Kebaikan, P&G Malaysia & Singapore telah mengambil tanggungjawab untuk memainkan peranannya dalam membina dunia yang lebih sama rata dan inklusif, melindungi planet dan mewujudkan impak yang signifikan ke atas komuniti.

Latar Belakang Procter & Gamble

P&G menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di serata dunia menerusi salah satu portfolio paling mantap yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berciri kepimpinan, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G melibatkan operasi kira-kira di 70 negara seluruh dunia. Sila kunjungi http://www.pg.com untuk berita dan maklumat terkini tentang P&G serta jenama-jenamanya.

Latar Belakang Procter & Gamble Malaysia & Singapore

Mula beroperasi di Malaysia dan Singapura pada tahun 1987, P&G Malaysia & Singapore merupakan pusat kepada salah satu portfolio paling kukuh bagi jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti, berciri kepimpinan termasuk Dynamo, Downy, Fab, Ambi Pur, Febreze, Joy, Pantene, Head & Shoulders, Rejoice, Herbal Essences, Hair Recipe, Olay, SK-II, Gillette, Oral-B, Pampers, Tampax, Whisper, Vicks, Becombion, Cavit-D 3, Cebion Vitamin C, Hemobion, lliadin, Neurobion, Sangobion, Seven Seas.

 

Source: Procter & Gamble
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics