Peach menyertai pelancaran Basic with Ads daripada Netflix
LONDON, 6 November 2022 /PRNewswire/ -- Peach, peneraju pasaran global dalam aliran kerja dan penyampaian pengiklanan video telah mengumumkan perkhidmatan sokongan kepada Basic with Ads (Peringkat Asas dengan Iklan) yang merupakan perkhidmatan disokong iklan yang baharu daripada Netflix.
Sempena pelancaran perkhidmatan tersebut, Peach telah melancarkan destinasi baharu yang membolehkan para pelanggan menghantar iklan ke Netflix di pelbagai wilayah termasuk UK, Australia, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Mexico, Brazil dan banyak lagi yang akan menyusul. Peach menyediakan aliran kerja pengiklanan terhubung yang membolehkan para pelanggan menghantar iklan mereka ke Netflix secara terus daripada set penyuntingan sambil memastikan kualiti, format dan ketepatan tertinggi.
Doug Conely, Ketua Pegawai Produk dan Teknologi Peach berkata: "Ini merupakan detik penting untuk pengiklanan TV. Sebagai peneraju dalam penyampaian iklan kreatif global selama lebih 25 tahun, kami telah melihat perbelanjaan iklan dalam TV Terhubung telah berkembang dengan pesat di UK* dan seluruh dunia serta kami menjangkakan untuk melihat peningkatan pertumbuhan selanjutnya yang dipacu oleh peringkat disokong iklan seperti Netflix.
"Basic with Ads daripada Netflix akan menawarkan khalayak baharu dalam persekitaran premium kepada para pelanggan kami yang sekali gus, mewujudkan peluang untuk kandungan premium yang lebih mudah diakses. Kami amat berbangga dapat memainkan peranan dalam menjayakan usaha ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Microsoft Advertising dan Xandr atas kerjasama dan komitmen mereka yang berterusan demi menjayakan pelancaran ini."
Peach akan terus bekerjasama dengan Microsoft Advertising dan Xandr untuk meningkatkan lagi aliran kerja para pelanggan dengan menghubungkan kandungan iklan secara terus daripada komuniti pengeluar dan agensi global ke saluran penstriman premium yang menghasilkan pengalaman iklan berkualiti tinggi dengan lancar.
Tentang Peach
Peach ialah sebuah platform pengurusan iklan video global yang menguruskan kandungan pengiklanan dunia dan memudahkan pemilik jenama, agensi dan media untuk bekerjasama antara satu sama lain pada skala global. Sejak tahun 1996, Peach telah membawa pembaharuan kepada cara pengiklanan diedarkan serta memperkasakan bidang kreatif yang paling bercita-cita tinggi di dunia. Syarikat penyiaran di seluruh dunia bergantung pada Peach setiap hari. Beroperasi di lebih 100 buah negara di seluruh dunia, teknologi Peach telah merevolusikan aliran kerja industri pengiklanan, menggantikan tugas manual yang memerlukan tenaga dan memakan masa dengan proses automatik serta menawarkan kecekapan, kebolehlihatan dan keselamatan. Teknologi Peach memudahkan proses penyampaian iklan yang rumit dan memastikan semua iklan tiba di destinasi masing-masing dalam keadaan yang sempurna.
https://www.peach.me/blog/netflix-xandr-press-release/
*© Spark Ninety 2022
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1938702/Peach_Logo.jpg?p=medium600