omniture

Coty Inc. Lantik Patrice de Talhouet Sebagai Ketua Pegawai Kewangan

Coty Inc.
2013-12-03 20:00 155

-- Eksekutif Kewangan Kanan Mars, Inc., Bakal Menyertai Syarikat Kecantikan Peringkat Global pada awal tahun 2014

NEW YORK, 3 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, syarikat kecantikan peringkat global yang menerajui, Coty Inc. (NYSE: COTY), mengumumkan pelantikan Patrice de Talhouet sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang berkuat kuasa pada awal tahun 2014. Beliau akan menggantikan Sergio Pedreiro, yang akan kekal sehingga Mac 2014 di Coty bagi membolehkan pertukaran yang lancar bagi En. de Talhouet dan juga untuk melengkapkan perolehan pendapatan Coty bagi suku kedua Fiskal tahun 2014.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130917/NY80540LOGO)

Sebagai Pegawai Kewangan Korporat di Benua Amerika dan ahli jawatankuasa eksekutif kewangan bagi Mars, Inc., En. de Talhouet, antara lainnya telah berjaya menerajui program selama beberapa tahun untuk mengubah fungsi Kewangan peringkat global bagi syarikat tersebut, menyelia urusan pentadbiran dan pematuhan serantau serta merupakan Dekan Kewangan di Universiti Mars. Lima tahun sebelumnya, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Eropah bagi Mars Global Chocolate. Sebelum menyertai Mars, Inc., En. de Talhouet telah menghabiskan masa lebih sedekad dengan memegang kedudukan kewangan kanan bagi Alcatel-Lucent dan ini mempertingkatkan kepakaran beliau dalam bidang kewangan serta kemahiran perintis bersama dengan syarikat global di Eropah dan Benua Amerika. Beliau memulakan kerjaya beliau di bank Societe Generale dengan bekerja di situ selama empat tahun.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengurusan Antarabangsa serta Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan, Perakaunan dan Undang-undang Korporat.

"Saya amat mengalu-alukan kedatangan Patrice sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu bagi Coty. Patrice mempunyai profil yang hebat serta rekod yang cemerlang dan terbukti dalam menerajui operasi kewangan besar bersama syarikat multinasional yang terkemuka," ujar Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif Coty Inc. "Beliau bakal menjadi penyumbang penting dalam Pasukan Eksekutif kami."

En. Pedreiro menyertai Coty sewaktu krisis kewangan global yang melanda pada tahun 2009 dan melaksanakan strategi yang membawakan sumbangan besar terhadap peningkatan pendapatan Coty serta pengembangan margin. En. Pedreiro turut mengukuhkan pentadbiran dan pematuhan, termasuklah pelaksanaan SOX yang amat penting bagi membawakan Coty ke dalam pasaran awam pada Jun 2013.

"Bersama-sama Pasukan Eksekutif Coty, saya ingin mengiktiraf pelbagai bakat yang dimiliki Sergio serta berterima kasih atas sumbangan beliau terhadap pertumbuhan dalam keuntungan kami yang telah berjaya dicapai dalam tempoh lima tahun yang lalu. Kami amat menghargai kecekapan dalam perniagaan serta kemahiran antara perseorangan yang dimiliki beliau. Beliau akan terus diingati dan kami mengharapkan yang terbaik buat masa depan beliau," sambung Scannavini.

Latar Belakang Coty Inc.
Coty merupakan syarikat kecantikan peringkat global yang menerajui dengan pendapatan bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013. Syarikat yang ditubuhkan di Paris pada tahun 1904 ini merupakan syarikat kecantikan semata-mata, dengan portfolio minyak wangi, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit & tubuh yang terkenal dan dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Penawaran produk Coty termasuklah jenama peringkat global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

 

 

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements