omniture

Merck KGaA, Darmstadt, Jerman dan p-Chip Corporation Bekerjasama untuk Meningkatkan Kepercayaan dan Ketelusan dalam Rantaian Nilai Perindustrian yang Dipacu Mesin ke Mesin

p-Chip Corporation
2022-11-07 22:22 239

CHICAGO, 7 November 2022 /PRNewswire/ -- Merck KGaA, Darmstadt, Jerman, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dan p-Chip Corporation, sebuah syarikat yang merevolusikan penjejakan produk dan bahan fizikal dengan teknologi transponder mikronya yang cemerlang, hari ini mengumumkan tentang perjanjian pembangunan bersama yang telah dimuktamadkan untuk membangun dan melaksanakan penyelesaian baharu yang menawarkan tahap kepercayaan digital yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada rantaian nilai perindustrian yang terhubung mesin ke mesin (M2M).

"Proses dan teknologi yang menggerakkan pembangunan produk kini berkembang pesat," kata Bill Eibon, Ketua Pegawai Teknologi p-Chip Corporation. "Namun kaedah untuk memantau proses-proses tersebut perlu seiring dengan teknologi pengeluaran. Perjanjian ini akan memajukan kebolehlihatan, kebolehkesanan dan jaminan kualiti kepada tahap yang bukan sahaja revolusioner, tetapi juga benar-benar diperlukan untuk situasi yang didayakan mesin bagi rantaian nilai perindustrian moden kami."

Penyelesaian rantaian blok Merck KGaA, Darmstadt, Jerman ialah sebuah teknologi yang dipatenkan yang membolehkan penambatan data digital dengan objek dunia nyata dengan memanfaatkan sauh kripto untuk mencipta objek kripto dan seterusnya menghasilkan kembar digital. Teknologi transponder mikro p-Chip yang digunakan sebagai pendaya kembar digital untuk Merck KGaA, Darmstadt, Jerman yang memperkasakan ciri-ciri Kembar Digital seperti kebolehkesanan digital, kerjasama manusia-mesin dan automasi proses yang kompleks melalui Kontrak Pintar.

Perjanjian pembangunan bersama ini memberi tumpuan kepada kemajuan kebolehlihatan dan komunikasi M2M dalam kalangan beribu-ribu syarikat dan vendor.

Tentang p-Chip Corporation

Sejak tahun 2017, p-Chip Corporation telah merevolusikan penjejakan produk dan bahan fizikal dengan teknologi transponder mikronya yang cemerlang. Sangat tahan lama dan sekecil sebutir garam, sauh kripto p-Chip miliknya berfungsi seperti kembar digital untuk barangan fizikal, memberikan kebolehlihatan dan keselamatan yang cemerlang pada titik harga yang boleh diskala. Daripada farmaseutikal hingga elektronik dan daripada komponen automotif hingga bahan-bahan pertanian, syarikat-syarikat di seluruh dunia bergantung kepada transponder mikro p-Chip yang dipatenkan untuk merungkai kecerdasan perniagaan, melindungi integriti jenama dan produk serta menambahkan pendapatan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.p-chip.com.

Tentang Merck KGaA, Darmstadt, Jerman

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka yang beroperasi dalam seluruh bidang sains hayat, penjagaan kesihatan dan elektronik. Lebih 60,000 orang pekerja berusaha untuk membawa perubahan yang positif kepada kehidupan jutaan orang setiap hari dengan mewujudkan cara hidup yang lebih ceria dan lestari. Daripada menyediakan produk dan perkhidmatan yang mempercepat pembangunan dan pembuatan ubat-ubatan serta menemui cara yang unik untuk merawat penyakit yang paling mencabar hingga mendayakan kecerdasan peranti – syarikat ini berada di mana-mana sahaja. Pada tahun 2021, Merck KGaA, Darmstadt, Jerman telah menjana jualan sebanyak €19.7 bilion di 66 buah negara.

Syarikat ini memegang hak global untuk nama dan tanda dagangan "Merck" di peringkat antarabangsa. Satu-satunya pengecualian ialah di Amerika Syarikat dan Kanada di mana sektor perniagaan Merck KGaA, Darmstadt, Jerman beroperasi sebagai MilliporeSigma dalam bidang sains hayat, EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan dan EMD Electronics dalam bidang elektronik. Sejak penubuhannya pada tahun 1668, penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab merupakan kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik syarikat ini. Sehingga ke hari ini, keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat tersenarai awam ini.

Hubungan:

Libby Cortez
libby.cortez@p-chip.com

 

 

Source: p-Chip Corporation
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts Blockchain STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)