omniture

CGTN: China, Tanzania tingkatkan hubungan kepada perkongsian kerjasama strategik komprehensif

CGTN
2022-11-08 04:26 188

BEIJING, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- China dan Tanzania telah menikmati hubungan persahabatan yang telah kekal lama serta kerjasama yang komprehensif dan perkembangan hubungan tersebut digalakkan pada tahap yang lebih tinggi dengan ketibaan Presiden Tanzania Samia Suluhu Hassan di Beijing untuk lawatan selama tiga hari.

Pada hari Khamis, kedua-dua negara mengumumkan peningkatan hubungan dua hala kepada perkongsian kerjasama strategik yang komprehensif semasa mesyuarat Presiden Cina Xi Jinping bersama Hassan, ketua negara Afrika pertama yang disambut oleh China selepas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China.

Persahabatan China-Tanzania yang 'sebenar dan boleh dipercayai'

Mengambil maklum bahawa kedua-dua negara harus menjadikan perkongsian kerjasama strategik yang komprehensif sebagai panduan untuk memajukan kerjasama dalam pelbagai bidang di peringkat yang seterusnya, Xi berkata China akan terus mengimport lebih banyak produk Tanzania, menyokong syarikat-syarikat Cina dengan melabur dan menjalankan perniagaan di Tanzania serta memberi bantuan untuk pembangunan ekonomi dan sosial Tanzania.

Beliau berkata China sentiasa melihat hubungannya dengan Tanzania dari perspektif strategik dan sentiasa menjadi sahabat yang boleh dipercayai.

Hubungan dua hala antara China dan Tanzania telah berkembang pesat. Volum dagangan mencecah $6.74 bilion, meningkat 47.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Antaranya, eksport Tanzania ke China berjumlah $606 juta, meningkat 47.3 peratus berbanding tahun sebelumnya dan kadar pertumbuhan adalah lebih pantas berbanding paras purata di Afrika, menurut statistik Cina.

Hassan berkata Tanzania menganggap China sebagai "sahabat sebenar dan paling penting" serta bersedia untuk menjadi rakan kongsi China yang dipercayai selama-lamanya.

Beliau berkata Tanzania akan terus memberi sokongan padu kepada China terhadap isu-isu berhubung kepentingan teras China seperti isu-isu yang berkaitan dengan Taiwan, Xinjiang dan Hong Kong.

Kedua-dua pemimpin itu menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dua hala bagi perdagangan, pelaburan, kerjasama pembangunan, ekonomi digital dan pembangunan hijau. 

Kedua-dua pihak turut mengeluarkan satu kenyataan bersama untuk membina perkongsian kerjasama strategik yang komprehensif meliputi isu-isu seperti memanfaatkan peranan politik panduan diplomasi ketua negara, meningkatkan perdagangan dua hala dan mengukuhkan penyelarasan serta kerjasama berhubung hal ehwal antarabangsa, antara lain.

Membina komuniti China-Afrika dengan masa depan dikongsi bersama

Pada tahun 2013, semasa kunjungan beliau ke Tanzania, Xi mengemukakan prinsip-prinsip panduan dasar China terhadap Afrika, iaitu keikhlasan, hasil sebenar, setia kawan dan penuh percaya yang sejak itu menjadi dasar asas China dalam meneruskan solidariti dan kerjasama bersama negara-negara sedang membangun yang lain.

Xi memberitahu Hassan bahawa di bawah keadaan baharu itu, perkembangan hubungan China-Tanzania yang baik bukan sahaja memenuhi kepentingan bersama dan dalam tempoh jangka panjang untuk kedua-dua negara, tetapi juga amat penting untuk membina komuniti China-Afrika dengan masa depan yang dikongsi bersama dalam era baharu.

China bersedia untuk mencipta peluang baharu untuk Afrika menerusi pembangunan baharunya, menjadikan prasarana sebagai panduan, mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan pembiayaan serta memupuk pemacu baharu bagi kerjasama China-Afrika, kata beliau.

Hassan berkata negara beliau akan menyertai China untuk menjadikan pewujudan perkongsian kerjasama strategik yang komprehensif sebagai satu peluang untuk mengukuhkan kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang dan membina hubungan dua hala menjadi model bagi hubungan Afrika-China dalam era baharu.

Menekankan peranan Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) bagi menggalakkan pembangunan negara-negara Afrika, beliau berkata Tanzania akan terus mengambil bahagian dengan aktif dan menyokong pembangunan FOCAC. 

FOCAC ialah sebuah platform yang efektif dan mekanisme berbilang hala untuk China dan negara-negara Afrika mengadakan rundingan kolektif serta menjalin kerjasama yang pragmatik.

Sejak penubuhan FOCAC, perusahaan Cina telah membina lebih 10,000 kilometer landasan kereta api, hampir 100,000 kilometer jalan raya, hampir 1,000 jambatan, hampir 100 pelaburan dan sejumlah besar hospital dan sekolah di Afrika, kata Duta Cina ke Tanzania Chen Mingjian semasa satu persidangan berhubung kerjasama China-Afrika melalui FOCAC di Dar es Salaam Tanzania pada bulan Oktober.

Pada tahun 2021, volum dagangan China-Afrika mencecah $254.2 bilion dan saham pelaburan langsung China di Afrika melebihi $56 bilion, masing-masing 25 kali ganda dan 100 kali ganda berbanding tahun 2000 apabila forum berkenaan ditubuhkan, menurut utusan Cina itu.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-03/President-Xi-meets-Tanzanian-counterpart-in-Beijing-1eF2emfkt20/index.html 

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service