omniture

ZF Buka Kilang Pemasangan Gandar Kereta Penumpang Pertama di Malaysia

ZF Friedrichshafen AG
2013-12-04 17:10 315

KULIM, Malaysia dan FRIEDRICHSHAFEN, Jerman, 4 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Pada penghujung November 2013, ZF telah membuka sebuah lokasi pemasangan tambahan bagi set gandar kereta penumpang di daerah Kulim, Malaysia, yang terletak kira-kira 350 kilometer di utara dari ibu negaranya, Kuala Lumpur. Pada mulanya, kira-kira 74 pekerja akan membuat pemasangan set gandar di kilang baru itu di Semenanjung Malaysia untuk pengeluaran di kilang BMW yang berdekatan.

"Pembukaan kilang di Kulim menunjukkan ZF telah menubuhkan lokasi pengeluaran dalam pasaran yang berpotensi di peringkat awal," kata Ketua Pegawai Eksekutif ZF, Dr. Stefan Sommer di pembukaan rasmi pada 27 November 2013. Seperti Thailand, negara yang ZF telah memulakan pemasangan gandar bagi kereta penumpang sejak sebelas tahun lalu, Malaysia ialah di antara negara yang dikenali sebagai "15 Negara Seterusnya".Para pakar percaya negara-negara ini akan menyaksikan kenaikan mendadak bagi permintaan bidang automotif menjelang tahun 2020. Oleh itu, kebanyakan pengeluar dan pembekal seperti ZF telah mewujudkan kapasiti pengeluaran di tapak tersebut sebagai permulaan bagi pasaran dinamik seperti yang diramalkan.

Di Kulim, ZF akan memulakan pemasangan gandar CKD (Completely Knocked Down) iaitu set gandar yang boleh pasang siap,dihantar dari lokasi ZF yang lain. Pelanggan ZF yang sedia ada ialah BMW Group; gandar depan dan belakang akan dipasang pada beberapa model BMW dan Mini. "Kilang baru di Kulim ini merupakan pengembangan rangkaian peringkat dunia kami bagi lokasi pemasangan gandar. Kilang ini memperoleh manfaat daripada kapasiti penghasilan yang sedia ada di rantau ini dan berdasarkan pengalaman kami di Asia Pasifik," kata Dr. Peter Holdmann yang bertanggungjawab bagi perniagaan antarabangsa dalam sistem gandar kereta penumpang di bahagian Teknologi Casis Kereta ZF.

Sejak akhir tahun 1990an, pemasangan gandar depan dan belakang bagi pengeluar kereta penumpang yang menggunakan sistem "tepat-pada-masa" dan "tepat-pada-turutan" menjadikannya salah satu tindakan antarabangsa yang penting bagi ZF Group. Dengan jumlah 16 lokasinya di seluruh dunia, Kumpulan tersebut berjaya menghasilkan set gandar yang lengkap berhampiran para pengguna dengan lapan lokasinya bertempat di rantau Asia Pasifik.

Sejak tahun 1981, ZF telah menjalankan perniagaan dengan pejabat perwakilannya di rantau Asia Pasifik yang kian berkembang. Cawangan ZF di Singapura telah menyelaraskan segala aktiviti pasaran Kumpulan tersebut sejak tahun 2005. Pada tahun 2012, Kumpulan tersebut juga telah mencapai jualan sebanyak €3.18 bilion di rantau tersebut. ZF mempunyai seramai 8,000 orang pekerja di Asia Pasifik dan semakin berkembang. Dalam konteks ini, kemunculan "15 Negara Seterusnya" memainkan peranan yang penting.

ZF Friedrichshafen AG
Komunikasi Korporat
Telefon: +49-(0)7541-77-2705
press@zf.com

Sumber: ZF Friedrichshafen AG

Source: ZF Friedrichshafen AG
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion