omniture

Pemenang-pemenang Pertandingan She Loves Tech Global Startup Didedahkan

She Loves Tech
2022-11-09 02:31 218

SINGAPURA, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- Penjagaan Kesihatan & Kesejahteraan, Pendidikan dan Impak Sosial merupakan tiga bidang tumpuan utama bagi Pertandingan Global She Loves Tech tahun ini, kini memasuki tahun ke-8. Femtech (teknologi wanita) membuat kemunculan sulung dalam Sepuluh Industri Teratas 2022, mencerminkan trend yang semakin berkembang yang memberi petanda baik untuk wanita dan teknologi.

Startups and Judges at the She Loves Tech 2022 Grand Finals
Startups and Judges at the She Loves Tech 2022 Grand Finals

She Loves Tech—Peringkat Akhir 2022 bagi pertandingan syarikat pemula terbesar di dunia untuk wanita dan teknologi telahpun diadakan pada 5 November dengan 28 finalis pic (daripada 5000 dari lebih 90 negara) dengan Lios (mewakili Nordik), syarikat pemula pengubah keadaan dengan material akustik baharu dan aplikasi terapi-bunyi yang menghapuskan kerosakan pendengaran yang boleh dielakkan, muncul sebagai Juara Global. Algbio Turki (biobahan api berasaskan alga) dan GoBEBA Afrika (perdagangan pantas barangan keperluan rumah) masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga global. Mimicrete berpangkalan di UK (konkrit pulih sendiri biomimetik) memenangi Anugerah Impak ADBV.

Pertandingan tahun ini menyaksikan impak sosial [13.1%] membuat kemunculan semula dalam vertikal 3 Teratas dengan peningkatan 44.3% berbanding pada tahun 2021, selepas penjagaan kesihatan & kesejahteraan [17.4%] dan pendidikan [14.8%]. Ketiga-tiganya juga memiliki perkadaran signifikan bagi pengguna akhir wanita dan menyelesaikan masalah yang memberi kesan tidak seimbang ke atas wanita. Bagi menguatkan lagi trend ini, femtech [8.9%], memasuki senarai 10 Teratas buat julung kalinya. Kami dapat menyaksikan kepelbagaian yang lebih besar dari segi penyelesaian merentas pelbagai industri dan lonjakan dalam femtech, kelestarian dan teknologi bantu di seluruh dunia. Kami juga menyaksikan trend yang positif dari segi pengasas—66% merupakan pengasas kali pertama, 55% memiliki latar belakang teknologi, 80% mempunyai pasukan pengasas yang pelbagai.

Finalis She Loves Tech Startup dari serata dunia akan berhimpun di Singapura di Persidangan Global She Loves Tech minggu ini, 10-11 November.

Tema Persidangan tahun ini ialah #daringtobe (berani menjadi). Cik Sim Ann, Menteri Kanan Negara Singapura daripada Kementerian Pembangunan Negara dan Kementerian Luar Negeri akan merasmikan Persidangan tersebut bersama Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi Iceland Áslaug Arna Sigurbjörnsdóttir bagi dialog "From the Arctic to the Equator: Great Strides in Women Empowerment and Technology" ("Dari Artik ke Khatulistiwa: Langkah Hebat dalam Pemerkasaan Wanita dan Teknologi").

Persidangan tahun ini akan menampilkan buat julung kalinya, Trek Gadis (Girls Track), Festival Kesejahteraan (Wellness Festival) dan Bengkel Pembangunan Diri (Personal Development Workshops) (pencarian tujuan/nilai, rundingan, kepimpinan sedar). Topik-topik seperti femtech, kelestarian, masa depan kerja peringkat tak formal dan awal, wang, pembinaan daya tahan, impak dan web3/metaverse akan turut dibincangkan sepanjang dua hari. Persidangan tersebut disokong oleh Microsoft, P&G, UBS, IMDA, SWIRE Group, MTR Corporation Limited, Stripe, ADB Ventures, McDermott Will & Emery, Citigate Dewe Rogerson, Potato Production, Branded, Shareable Apps dan Soldout.

Pertanyaan: 

Sharon Lim
sharon@shelovestech.org
+65-9479-0511

 

 

Source: She Loves Tech
Keywords: Computer/Electronics Women-related news