omniture

CGTN: Shanghai sasar inovasi sains-teknologi sebagai daya penggerak penting untuk pembangunan

CGTN
2022-11-09 19:00 258

BEIJING, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- Shanghai, hab komersial China, sekali lagi menarik minat para saintis terkemuka di dunia ke gala sains tahunannya – Forum Penerima Hadiah Dunia (World Laureates Forum, WLF), kerana bandar berkenaan menekankan inovasi sains dan teknologi sebagai daya penggerak yang penting untuk pembangunannya yang berkualiti tinggi.

WLF kelima, salah satu perhimpunan sains-teknologi yang terbesar di dunia yang diadakan setiap tahun di metropolitan tersebut sejak tahun 2018, bermula pada hari Ahad dengan tema "Sains ke hadapan: Cipta masa depan yang cerah."

Lebih daripada 60 saintis terkemuka dari lebih 20 negara dan wilayah termasuk 27 penerima Hadiah Nobel menghadiri acara selama dua hari itu secara dalam talian dan luar talian.

Dua saintis memenangi WLA Prize

Di majlis perasmian pada hari Ahad, World Laureates Association (WLA) Prize sulung, hadiah sains antarabangsa yang ditubuhkan di Shanghai pada tahun 2021, dianugerahkan kepada dua orang saintis.

WLA Prize dalam Sains Hayat atau Perubatan 2022 dianugerahkan kepada ahli biokimia Jerman Dirk Görlich atas penemuan penting oleh beliau yang menjelaskan mekanisme dan selektiviti pengangkut protein antara sitoplasma dan nukleus, manakala WLA Prize dalam Sains Komputer atau Matematik 2022 dianugerahkan kepada penyelidik Amerika Michael I. Jordan atas sumbangan asasi beliau kepada asas dalam pembelajaran mesin dan aplikasinya.

Selain daripada pingat dan sijil, setiap seorang daripada mereka turut menerima anugerah monetari bernilai 10 juta yuan (kira-kira $1.39 juta).

WLA Prize, dimulakan oleh WLA dan diurus oleh WLA Foundation, bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan menyokong para penyelidik yang terkemuka di seluruh dunia atas sumbangan mereka kepada bidang sains. Para penerima WLA Prize sulung diumumkan secara rasmi pada 29 September.

Sains-teknologi untuk umat manusia

WLA ditubuhkan dengan visi "sains dan teknologi untuk takdir umat manusia yang sama" dan tiga misi untuk mempromosikan sains asas, menyokong kerjasama antarabangsa dan menyokong pembangunan generasi muda saintis, kata Roger Kornberg, pengerusi WLA dan penerima Hadiah Nobel untuk Kimia dalam tahun 2006.

Dunia ini sedang berubah dan sains dapat membantu orang ramai menangani cabaran dan menyelesaikan masalah secara sepenuhnya pada masa akan datang, ujar beliau, menambah bahawa forum ini memberi peluang yang unik untuk hadirin berkomunikasi dengan pakar-pakar terkemuka di dunia.

Sepanjang beberapa tahun yang lalu, WLF menjadi saluran yang penting untuk menghubungkan para saintis yang terkemuka di dunia dan platform dialog tahap tinggi yang signifikan dalam komuniti saintifik global.

China menekankan peluasan pertukaran dan kerjasama saintifik serta teknologi antarabangsa di Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China, kata Wan Gang, presiden China Association for Science and Technology (CAST).

"Komuniti sains-teknologi China akan berpegang kepada nilai yang sama bagi seluruh insan dan mengikuti idea sains-teknologi demi kebaikan," ujar beliau.

Shanghai menyasarkan untuk menjadi pusat inovasi sains-teknologi global

Chen Jining, setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Shanghai Parti ini berkata di majlis perasmian bahawa bandar berkenaan telahpun menyaksikan penambahbaikan yang besar dari segi kekuatan sains-teknologi sepanjang lapan tahun yang lalu, dengan inovasi sains-teknologi berperanan sebagai daya penggerak yang penting untuk pembangunannya yang berterusan.

Dalam bulan September 2021, bandar ini mengeluarkan Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) untuk membangun menjadi pusat inovasi sains dan teknologi dengan pengaruh global.

Menurut rancangan tersebut, Shanghai bermatlamat untuk meningkatkan intensiti perbelanjaan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) atau perbelanjaan ke atas R&D sebagai peratusan KDNKnya, kepada sekitar 4.5 peratus menjelang tahun 2025. Antaranya, proposisi pendanaan untuk penyelidikan asas akan mencecah 12 peratus.

Bandar berkenaan juga bermatlamat untuk meningkatkan nilai tambahan industri-industri baru muncul yang strategik kepada 20 peratus daripada KDNKnya menjelang tahun 2025, tiga mata peratusan lebih tinggi berbanding sasaran keseluruhan negara ini.

Menjelang tahun 2025, bandar ini mempertimbangkan untuk memiliki lebih 26,000 perusahaan berteknologi tinggi dan 560 pusat R&D biayaan asing.

"Kerjasama dan keterbukaan merupakan trend yang tidak dapat dihalang," kata Chen, menambah bahawa Shanghai akan membina platform inovasi dengan kualiti yang lebih baik, menyediakan perkhidmatan yang mudah kepada saintis dari seluruh dunia dan mewujudkan persekitaran perniagaan kelas pertama.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-07/Shanghai-eyes-sci-tech-innovation-as-key-driving-force-for-development-1eLkHdc1WOA/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)