omniture

Air China Akan Memulakan Perkhidmatan Wuhan-Chiang Mai pada 10 Disember

Air China
2013-12-05 21:55 161

BEIJING, 5 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Air China Limited, atau singkatannya Air China, akan memperkenalkan perkhidmatan Wuhan-Chiang Mai pada 10 Disember. Penerbangan dua kali seminggu itu dengan CA705/6 akan beroperasi pada hari Selasa dan Jumaat. Ingin mengalami sendiri pengalaman menelusuri jalan yang indah seperti yang ditayangkan dalam filem pecah panggung Cina 2013 "Lost in Thailand"? Terbanglah dari Wuhan ke Negara Thai dengan Air China.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

Chiang Mai terletak di rantau utara Negara Thai yang bergunung-ganang dan merupakan bandar kedua terbesar di Negara Thai, dan juga pusat politik, ekonomi dan budaya utara Negara Thai. Bandar ini, yang terkemuka dengan tradisi Buddhanya, mempunyai banyak tapak serta monumen budaya dan bersejarah. Walaupun hanya boleh ditandingi daripada segi kemodenan oleh ibu negara Negara Thai, Bangkok, bandar yang digelar "Mawar Utara Thailand" ini mempunyai tarikan tersendiri yang tidak dapat ditemui dalam hiruk-pikuk Bangkok. Tempoh masa dari Oktober ke Mac ialah masa yang terbaik untuk berkunjung ke sana. Ada banyak benda yang boleh dilakukan bagi memuaskan hati anda – bersiar-siar menaiki motosikal sewa, menggayakan pakaian etnik, menjamu selera dengan masakan kari, menikmati urutan Thai, bersiar-siar dalam kuil, menerbangkan lantera langit – Malah filem "Lost in Thailand" boleh dijadikan panduan anda.

Selepas pengenalan perkhidmatan Beijing-Chiang Mai Air China pada 7 November, perkhidmatan Wuhan-Chiang Mai akan memperluas lagi jadual Asia Tenggara syarikat penerbangan itu, lalu menawarkan satu lagi pilihan penerbangan yang lebih mudah untuk para penumpang. Ia bakal menarik pasaran penumpang yang ramai dari Wuhan ke Chiang Mai. Ia juga penambahan yang penting untuk rangkaian laluan global Air China, yang membenarkan penumpang, terutamanya mereka dari timur China, mengambil penerbangan sambungan ke Chiang Mai melalui Wuhan dan bukan melalui Beijing.

SUMBER  Air China

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Amusement Parks and Tourist Attractions Passenger Aviation Travel New products/services