omniture

Pembukaan Terminal 1 Pulkovo Baharu

Northern Capital Gateway LLC
2013-12-05 22:19 170

ST PETERSBURG, Rusia, 5 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Pada 4 Disember 2013, Terminal 1 Pulkovo baharu telah memulakan operasinya. Keluasan kawasannya melebihi 110,000 meter persegi dengan kapasiti maksimum seramai 17 juta penumpang setiap tahun.

Di terminal baharu ini, terdapat 88 kaunter daftar masuk, 110 pondok kawalan pasport dan 7 tali sawat bagasi. Salah satu tali sawat tersebut dapat digunakan untuk mengendalikan bagasi para penumpang yang tiba melalui penerbangan domestik atau antarabangsa. Terminal tersebut turut dilengkapi dengan jejantas untuk menaiki dan turun daripada kapal terbang, 45 lif dan 17 eskalator. Bagi memenuhi keperluan persekitaran yang bebas halangan, segala kemudahan yang disediakan di terminal dapat diakses sepenuhnya oleh individu kurang upaya.

Restoran, kafe, bar, kedai Bebas Cukai dan pelbagai kedai memenuhi kawasan seluas 15,400 meter persegi di ruangan terminal baharu itu.

Di sisi tanahnya pula terdapat Hotel Park Inn bertaraf empat bintang oleh Radisson (215 bilik), pusat perniagaan, tempat letak kereta bertingkat dengan 560 ruangan dan juga medan letak kereta dengan lebih 2300 ruangan turut dibina.

Semasa fasa 1 pembinaan Lapangan Terbang Pulkovo, apron bagi lapangan terbang telah diubah suai dan jumlah keseluruhan kawasan apron meningkat daripada 250,000 meter persegi kepada 450,000 meter persegi. Bangunan sokongan penerbangan berlampu, pangkalan pengendalian darat, bangunan perkhidmatan beroperasi, dua stesen kecemasan dan penyelamat, pusat tenaga dan lain-lain kemudahan infrastruktur lapangan terbang kecil telah dibina.

Sergey Emdin, Ketua Pegawai Eksekutif Northern Capital Gateway LLC:

"Kami menjalankan pembinaan terminal penumpang pusat yang baharu dan berusaha sebaiknya bagi mewujudkan suasana yang selesa di terminal yang sedia ada secara serentak. Pembukaan terminal canggih baharu akan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi berserta kawalan keselamatan lapangan terbang yang ketat. Kini, kami hampir merealisasikan rancangan terdahulu untuk menjadikan lapangan terbang Pulkovo sebagai hab utama di rantau Baltik. Ini bukan sahaja menyediakan ruang bagi perluasan wilayah penerbangan serta merangsang pertumbuhan pasaran pelancongan Saint Petersburg pada masa hadapan, malah ini dapat meningkatkan potensi ekonomi bagi seluruh wilayah Barat Laut."

Latar Belakang NCG:

VTB Capital, Fraport AG dan Capelouzos Group membentuk konsortium antarabangsa, Northern Capital Gateway (NCG) LLC. Pada 29 April 2010, Northern Capital Gateway memulakan kawalan beroperasi untuk Lapangan Terbang Pulkovo. Tugas utama syarikat ini termasuklah pengurusan, pembangunan dan pembinaan semula lapangan terbang tersebut. Projek modenisasi Pulkovo merupakan contoh perkongsian awam swasta yang berjaya dilaksanakan di Rusia tanpa peruntukan belanjawan negeri. Jumlah keseluruhan bagi pelaburan terhadap projek ini adalah sebanyak 1.2 bilion Euro.

http://www.pulkovoairport.ru

SUMBER  Northern Capital Gateway LLC

Source: Northern Capital Gateway LLC
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Corporate Expansion