omniture

Demensia, Cabaran Kesihatan Global Terbesar Generasi Masa Kini

Alzheimer's Disease International
2013-12-05 22:29 218

LONDON, 5 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Dalam ringkasan dasar yang dilancarkan pada hari ini, Alzheimer's Disease International (ADI) mengumumkan bilangan individu yang menghidap demensia di serata dunia pada tahun 2013 dijangkakan seramai 44 juta (dijangkakan 35 juta pada tahun 2010), menjadi 76 juta pada tahun 2030 (66 juta) dan 135 juta menjelang tahun 2050 (115 juta).

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131205/658175-a-INFO)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131205/658175-b-INFO)

Ringkasan Dasar bertajuk 'Impak Demensia pada Peringkat Global 2013-2050' melaporkan peningkatan mengejutkan sebanyak 17% dalam anggaran global bagi individu yang menghidap demensia, berbanding anggaran ADI yang asal dalam Laporan Alzheimer Dunia 2009.

Walaupun negara berpendapatan tinggi seperti negara G8 menanggung bebanan epidemik demensia, penyakit ini merupakan fenomena peringkat global. Pada beberapa dekad akan datang, bebanan penyakit ini pada peringkat global pasti beralih kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana, dengan 71% daripada penghidap demensia didapati menetap di negara berpendapatan rendah dan sederhana menjelang tahun 2050.

Marc Wortmann, Pengarah Eksekutif ADI mengulas, "Menjelang Persidangan Demensia G8 di London, UK, bukan sahaja negara G8, malah semua negara di dunia mesti berusaha demi peningkatan yang berterusan untuk penyelidikan penyakit demensia."

Profesor Martin Prince daripada King's College London dan penulis Ringkasan Dasar berkata: "Kerajaan di negara yang paling kaya di serata dunia kini memberi tumpuan terhadap penyakit demensia. Ini merupakan masalah global yang terus meningkat dari segi impak terhadap negara membangun dengan sumber yang terhad dan sedikit masa untuk membangunkan sistem yang lengkap bagi perlindungan sosial, kesihatan dan penjagaan sosial. Sementara kita terus mengharapkan berlakunya kemajuan dari segi rawatan yang dapat menangani impak epidemik yang bakal berlaku, kita perlu sama-sama bersetuju untuk berusaha bersama-sama demi merapatkan jurang diagnosis dan rawatan. Tiada sesiapa pun patut dibiarkan tanpa menerima apa-apa sokongan dan penjagaan."

Kebanyakan kerajaan masih belum bersedia untuk berhadapan dengan epidemik demensia ini dan hanya 13 negara yang melaksanakan rancangan demensia pada peringkat kebangsaan. Semua kerajaan patut memulakan dialog kebangsaan berkenaan peruntukan pada masa depan dan kewangan bagi penjagaan jangka panjang. Terdapat keperluan yang mendesak bagi pelan tindakan global dan kolaboratif bagi kerajaan, industri dan organisasi bukan keuntungan seperti persatuan Alzheimer.

Penyelidikan perlu menjadi keutamaan global jika kita benar-benar mahu meningkatkan kualiti dan liputan penjagaan, menemukan rawatan yang dapat merawat penyakit tersebut, serta mengenal pasti lebih pilihan yang ada bagi mencegahnya. Keutamaan perlu diberikan secara saksama kepada penggubalan dasar, perkhidmatan kesihatan dan penjagaan sosial serta pembangunan sistem kesihatan.

NOTA KEPADA EDITOR

Ringkasan dasar penuh boleh didapati di sini: http://www.alz.co.uk/G8policybrief

Persatuan ahli Alzheimer G8 ADI akan turut hadir di Persidangan Demensia G8.

Sedia untuk ditemu ramah

  • Profesor Martin Prince, Institut Psikiatri King's College London
  • Marc Wortmann, Pengarah Eksekutif, Alzheimer's Disease International

Latar Belakang Alzheimer's Disease International

ADI merupakan persekutuan antarabangsa bagi 79 persatuan Alzheimer di seluruh dunia. Setiap daripada 79 ahli ini merupakan Persatuan Alzheimer bukan keuntungan yang membantu pesakit yang menghidap demensia dan ahli keluarga mereka. ADI ditubuhkan pada tahun 1984 dan didaftarkan sebagai organisasi bukan keuntungan di AS. Berpusat di London, ADI mempunyai hubungan rasmi bersama WHO sejak tahun 1996 dan mempunyai status perundingan bersama PBB sejak tahun 2012.

Wawasan ADI adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit demensia serta ahli keluarga mereka di seluruh dunia. ADI percaya faktor utama untuk berjaya memerangi penyakit demensia terletak pada kombinasi tersendiri yang terdiri daripada penyelesaian global dan pengetahuan awam. Maka, kombinasi tersebut berfungsi pada peringkat kebangsaan dengan memperkasa persatuan Alzheimer untuk mempromosi dan menawarkan penjagaan dan sokongan bagi pesakit demensia dan penjaga mereka, di samping berfungsi pada peringkat global untuk memberi tumpuan terhadap demensia serta kempen bagi pertukaran dasar daripada kerajaan.

Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.alz.co.uk.

Bagi pertanyaan media, sila hubungi:

Anastasia Psoma, Pegawai Projek, Alzheimer's Disease International

a.psoma@alz.co.uk / +44(0)7990-869-052

SUMBER  Alzheimer's Disease International

Source: Alzheimer's Disease International
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Economic news, trends, analysis