omniture

Bao Viet Memusatkan Sistem Insurans Awam Terasnya dan Memperbaiki Kecekapan dengan SSP

SSP
2013-12-06 00:19 130

SINGAPURA, 6 Disember 2013 /PRNewswire/ -- SSP, penyedia global yang menerajui untuk penyelesaian teknologi insurans, hari ini mengumumkan Bao Viet General Insurance Corporation (BVGI) yang berpusat di Hanoi, Vietnam, telah mula beroperasi dalam talian. BVGI ialah salah satu daripada syarikat insurans awam yang paling tua dan besar dalam pasaran Asia Tenggara yang pantas berkembang, dengan lebih 8 juta polisi merentasi 67 cawangan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131205/658181)

Sebagai sebahagian daripada pendekatan pelaksanaan berfasa, sistem insurans teras SSP telah menggantikan legasi syarikat BVGI sedia ada serta sistem manual bagi mempertingkatkan kemampuan perniagaan syarikat itu secara keseluruhan, untuk masa kini dan masa hadapan.

Sementara syarikat itu mengedarkan produk melalui lebih 60 cawangan, salah satu pemacu perniagaan penting BVGI adalah untuk memusatkan sistem dan datanya dalam satu lokasi, lalu membenarkan pengendalian perniagaan dilancarkan dan dipiawaikan. Dengan melaksanakan penyelesaian SSP, perniagaan BVGI telah diubah menjadi model pemprosesan berpusat yang telah memperbaiki kecekapan pengendalian, membenarkan kawalan lebih ketat terhadap pengendalian perniagaan dan meningkatkan kepantasan ke pasaran untuk produk baharu. BVGI merancang untuk mengeluarkan secara besar-besaran model beroperasi baharu itu, disokong oleh penyelesaian SSP, ke semua cawangannya pada tahun 2014 bagi mengambil kesempatan penuh ke atas semua peningkatan ini.

Penyelesaian SSP ini juga akan menyediakan penghasilan laporan kewangan berpusat untuk BVGI, bagi membenarkan standard antarabangsa digunakan untuk item seperti pendapatan premium dan penghasilan laporan kewangan bersepadu mengikut undang-undang.

En. Nguyen Xuan Thuy, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BVGI, berkata: "Kami memilih SSP sebagai rakan kongsi strategik kami bagi membantu kami memodenkan dan mengubah operasi insurans teras kami, dan mereka telah berjaya melaksanakan ini. Sejak mula lagi, kami menyedari penyelesaian SSP adalah sangat lentur, boleh diskalakan dan berkesan kos. Ia juga telah menyediakan penyelesaian yang sempurna bagi memberi perhatian terhadap keutamaan perniagaan kami, lalu membenarkan kami menggantikan infrastruktur legasi kami dengan impak yang minimum ke atas organisasi kami.

"Sistem insurans teras SSP sudah membolehkan kami mengubah operasi kami, menambah produk baharu dengan cepat, dan yang paling penting, menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk ejen dan pemegang polisi kami. Projek ini ialah langkah ke hadapan yang signifikan dalam strategi pemodenan kami, menyediakan kami dengan platform IT kukuh yang akan membenarkan kami memperbaiki lagi prestasi pengendalian kami dan menguatkan lagi kedudukan kami dalam pasaran."

Michael Clarke, Pengurus Besar SSP untuk Asia Pasifik berkata: "Kami gembira BVGI telah mula beroperasi dalam talian. Ini merupakan pelaksanaan terhadap keseluruhan syarikat yang signifikan dan menyediakan kelenturan yang diperlukan oleh BVGI bagi melancarkan proses sehariannya, memperbaiki perkhidmatan pelanggan dan memenuhi objektif strategiknya. Memandangkan pemilik perniagaan kini boleh mengkonfigurasikan produk baharu tanpa perlu melibatkan pengatur cara, syarikat itu kini telah mencipta dan mengeluarkan secara besar-besaran 50 produk insurans, dan itu baru permulaannya sahaja untuk BVGI."

Nota kepada Editor:

Bao Viet Group

Bao Viet ialah Kumpulan Insurans-Kewangan yang menerajui di Vietnam. Memulakan pembangunan bersejarahnya pada 15 Januari 1965 dengan insurans marin dan kargo, Bao Viet ialah syarikat insurans pertama yang ditubuhkan di Vietnam. Bao Viet Group mempunyai enam syarikat yang menyediakan rangkaian insurans dan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh, termasuk insurans awam, insurans hayat, perbankan, pengurusan dana lindung nilai, sekuriti dan pelaburan. Ibu pejabat Bao Viet terletak di Hanoi, dengan lebih 150 cawangan daerah dan 300 pejabat subcawangan di semua daerah negara itu. Syarikat itu disenaraikan dalam Bursa Saham Bandar Hochiminh pada bulan Jun 2009.

Bao Viet Insurance Corporation (BVGI)

BVGI ialah ahli teras Bao Viet Group, dan mewarisi pengalaman Bao Viet selama 45 tahun dalam perniagaan insurans awam di Vietnam. BVGI ialah syarikat peneraju dalam pasaran insurans awam dalam rangkaian perkhidmatan, keuntungan dan bahagian pasaran.

Wawasan BVGI adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai syarikat nombor satu dalam pasaran insurans peribadi dan isi rumah di Vietnam. Sepanjang masa kami beroperasi, kami telah menetapkan hubungan yang kukuh dengan banyak penjamin/penjamin semula global yang diyakini seperti Munich Re, Swiss Re, Hannover Re, Allianz Re. Perhubungan ini memastikan kami mengekalkan keselamatan kewangan yang hebat untuk pelabur dan kontraktor tempatan dan antarabangsa yang besar.

SSP

SSP ialah syarikat teknologi global dengan kepakaran yang tiada tandingan merentasi seluruh rantaian bekalan insurans am - lalu membentuk industri yang lebih baik. Dengan pengetahuan, bakat dan teknologi yang terbaik dalam pasaran kami, kami membawakan nilai kepada setiap penglibatan dengan klien.

  • Pengetahuan: Pengalaman selama 25 tahun
  • Bakat: Lebih 700 profesional IT yang paling berbakat
  • Teknologi: Rangkaian kebolehan yang paling luas

Tiada syarikat lain yang lebih lengkap bagi memberikan kemampuan perniagaan yang memperbaiki prestasi, membantu pengedaran yang lebih baik dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan untuk pulangan yang terbaik. Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.ssp-worldwide.com.   

Bagi maklumat lanjut tentang SSP, sila hubungi Daniel Fletcher di talian +44-(0)121-779-8334 / +44-(0)7920-078349 atau e-mel daniel.fletcher@ssp-worldwide.com.

SUMBER  SSP

Source: SSP
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Health Insurance