omniture

American Capital Energy & Infrastructure Menguntukkan $130 Juta kepada Sektor Kuasa Nigeria

American Capital Energy & Infrastructure
2013-12-06 22:19 227

ANNAPOLIS, Maryland, 6 Disember 2013 /PRNewswire/ -- American Capital Energy & Infrastructure ("ACEI") mengumumkan hari ini yang ia telah menguntukkan pelaburan sehingga $130 juta dalam Azura Power Holdings Ltd. ("Azura"), syarikat yang bertanggungjawab untuk memajukan projek kuasa Azura-Edo di Negeri Edo, Nigeria. Dengan matlamat untuk menjadi syarikat pemaju kuasa yang menerajui di Afrika Barat, Azura akan menggunakan pelaburan ACEI bagi membiayai fasa pertama dan kedua untuk projek kuasa Azura-Edo, melaksanakan rancangan pembangunan lapangan hijaunya dan pemerolehan masa hadapan, memperbesar pasukannya, serta mengembangkan kemampuan pembinaan dan pengendaliannya.

Projek kuasa Azura-Edo ialah stesen kuasa turbin gas kitaran terbuka dengan janaan 450MW yang dicadangkan untuk dibina berhampiran Bandar Benin di Negeri Edo dan mewakili fasa pertama untuk fasiliti loji kuasa yang menjana 1,000 MW. Azura dan Nigerian Bulk Electricity Trading Plc telah menandatangani persetujuan pembelian kuasa yang memberi kesan besar pada 22 April 2013, yang sedang digunakan sebagai templat untuk pengeluar kuasa bebas yang dibiayai projek yang lain di negara itu. Urus niaga itu telah diketengahkan oleh Presiden Goodluck Jonathan sebagai kritikal terhadap proses pembaharuan semula sektor kuasa Nigeria. Fasa pertama loji itu, yang disasarkan untuk mencapai peringkat kewangan muktamad pada awal tahun 2014 dan mula beroperasi pada tahun 2016/2017, diramal dapat mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan langsung sewaktu proses pembinaan dan operasinya. Projek itu dijangka akan mempunyai impak positif ke atas kesejahteraan perindustrian dan sosial di kawasan itu, lalu membawa kepada kemajuan ekonomi lanjutan serta pertambahan peluang pekerjaan.

En. Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama ACEI berkata: "Kami sangat gembira dapat mengumumkan pelaburan kami dalam Azura, contoh baik untuk jenis pelaburan terhadap platform pertumbuhan tinggi dalam ruang infrastruktur tenaga, yang merupakan sasaran kami. Pelaburan kami ialah pengiktirafan terhadap kemajuan signifikan yang dicapai oleh para pengasas bersama Azura dalam fasa pertama projek kuasa Azura-Edo, peluang pertumbuhan dalam pasaran Nigeria dan Afrika Barat, serta keyakinan kami dalam program pembaharuan semula sektor kuasa Kerajaan Persekutuan Nigeria."

Pada bulan Jun 2013, ACEI menyertai Power Africa, inisiatif Kerajaan Amerika Syarikat yang dilancarkan oleh Presiden Obama yang memberi tumpuan terhadap menyokong pertumbuhan dan kemajuan ekonomi di Afrika, dengan meningkatkan akses yang bersih dan andal untuk kuasa elektrik. Kerajaan Amerika Syarikat bersama kerajaan Etiopia, Ghana, Kenya, Liberia, Nigeria dan Tanzania, serta rakan kongsi sektor swasta telah menyelaraskan diri bagi memecut dan menggalakkan lagi pelaburan di benua itu. ACEI sedang berusaha keras untuk menjayakan pelaburan dalam syarikat kuasa Afrika sebagai rakan kongsi inisiatif berpresiden itu, untuk mewujudkan, memajukan, membiayai dan mengendalikan aset infrastruktur tenaga serantau di Afrika Barat, Afrika Timur dan Afrika Selatan, yang dalam empat tahun seterusnya, mungkin boleh mencapai jumlah pelaburan sebanyak $800 juta.

"Seiring dengan usaha Power Africa kami, ACEI sedang melabur dalam platform pengeluar kuasa bebas yang menerajui dalam pasaran Afrika yang penting ini," kata Lisa Pinsley, Pengarah Pelaburan Afrika ACEI. "Nigeria ialah negara dengan kepadatan penduduk paling tinggi di Afrika, dengan salah satu kadar pertumbuhan tertinggi di dunia. Dengan populasi semasa seramai lebih 170 juta orang, yang ketujuh terbesar di dunia, ekonomi Nigeria yang berkembang terjejas kerana kekurangan infrastruktur kuasa. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menganggarkan populasi Nigeria akan mencapai 230 juta orang dalam masa 20 tahun seterusnya, dan jumlah kapasiti janaan kuasa berasaskan grid mesti meningkat sepuluh kali menjadi 40,000MW bagi memenuhi permintaannya. Azura ialah, dan akan terus menjadi, pemacu yang penting bagi pertumbuhan dalam kapasiti ini."

En. Sundeep Bahanda, pengasas bersama Amaya Capital Partners, penaja utama Azura dan Dr. David Ladipo, Pengarah Urusan Azura bercakap dalam satu kenyataan bersama: "Pelaburan ACEI akan memberikan impak pembaharuan terhadap perniagaan kami dan memecut matlamat Azura bagi mencipta syarikat janaan kuasa berbilang aset yang pertama. Pembangunan industri bekalan tenaga elektrik Nigeria ialah satu projek yang besar dan memerlukan komitmen jangka panjang daripada semua pihak. Bersama ACEI, Kerajaan Persekutuan Nigeria, kerajaan negeri dan rakan kongsi serta penasihat kami, kami komited bagi mewujudkan perniagaan asli bertaraf dunia yang akan membekalkan tenaga elektrik kepada rakyat Nigeria dan dengan itu, akan merangsang pertumbuhan perindustrian negara itu, kewujudan peluang pekerjaan serta kebajikan sosialnya."

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL ENERGY & INFRASTRUCTURE

American Capital Energy & Infrastructure melabur dalam aset infrastruktur tenaga global, termasuk fasiliti penjanaan kuasa, rangkaian penghantaran dan pengedaran kuasa, aset pengangkutan tenaga, peluang penghasilan bahan api serta syarikat produk dan perkhidmatan yang memberi tumpuan terhadap sektor kuasa dan tenaga. ACEI ialah sebahagian daripada rakan gabungan pengurusan aset American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) ("American Capital"), American Capital Asset Management, LLC. Bagi maklumat lanjut, sila rujuk www.ACEI.com.

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL

American Capital ialah pengurus aset global dan firma ekuiti swasta dagangan awam. American Capital, secara langsung dan juga melalui perniagaan pengurusan asetnya, mewujudkan, menaja jamin dan menguruskan pelaburan dalam ekuiti swasta pasaran pertengahan, kewangan berkeumpilan, hartanah, tenaga dan infrastruktur serta produk berstruktur. American Capital menguruskan aset bernilai $20 bilion, termasuk aset pada kunci kira-kiranya dan aset pendapatan fi di bawah pengurusan oleh pengurus gabungan, dengan jumlah aset bernilai $117 bilion di bawah pengurusannya (termasuk aset berkeumpilan). Melalui satu rakan gabungan, American Capital menguruskan syarikat dagangan awam American Capital Agency Corp. (Nasdaq: AGNC) dengan kira-kira $10 bilion nilai buku bersih serta American Capital Mortgage Investment Corp. (Nasdaq: MTGE) dengan kira-kira $1 bilion nilai buku bersih. Dari lapan pejabatnya di A.S. dan Eropah, American Capital serta rakan gabungannya European Capital, akan mempertimbangkan peluang pelaburan dalam lingkungan $10 juta ke $750 juta. Bagi maklumat lanjut, sila rujuk www.americancapital.com.

LATAR BELAKANG AZURA POWER HOLDINGS LTD.

Azura diasaskan oleh Amaya Capital Partners dan merupakan syarikat pembangunan kuasa bertaraf dunia yang diwujudkan bagi memberi tumpuan terhadap pembangunan, pembinaan, pemerolehan dan pengendalian fasiliti janaan kuasa di Nigeria dan tidak lama lagi, Afrika Barat. Azura menggunakan kemahiran pembangunan serta pembiayaan projeknya, berserta modal dan kepakaran Amaya serta rakan kongsinya, bagi membangunkan dan memperoleh Loji Kuasa Bebas berskala besar yang dikuasakan dengan gas di Nigeria. Bagi maklumat lanjut, sila rujuk www.azurawa.com.

LATAR BELAKANG AMAYA CAPITAL PARTNERS

Amaya, ditubuhkan pada tahun 2009, ialah firma pelaburan utama yang memberi tumpuan terhadap projek berkaitan tenaga di Afrika Barat. Tidak seperti dana ekuiti swasta yang biasa, Amaya tidak menguruskan dana pihak ketiga tetapi sebaliknya melabur sebagai prinsipal sejak peringkat pembangunan awal secara proaktif, dengan menggunakan modal, kemampuan dan sumber pengasas dan rakan sekutunya. Amaya mempunyai kepentingan dalam sektor gas dan kuasa di Nigeria. Bagi maklumat lanjut, sila rujuk www.amayacap.com.

Hubungi: +1-443-214-7070
Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif
Richard Santoroski, Pengarah Urusan
Rajeev Garside, Naib Presiden
Lisa Pinsley, Pengarah, Pelaburan Afrika

Source: American Capital Energy & Infrastructure
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Utilities Financing agreements