omniture

Vespa Primavera Legenda Kini Kembali

Piaggio Group
2013-12-07 00:05 133

MILAN, 7 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Bertempat di Paris Salon de la Moto, yang dibuka dari 3 hingga 8 Disember, Vespa Primavera yang baharu membuat penampilan julung kalinyadi Perancis.

Setelah dilancarkan pada bulan lepas di sidang akhbar dunia semasa pertunjukan EICMA 2013, Vespa Primavera sekarang dipasarkan ke serata Eropah dan – berikutan sebuah persembahan di Hanoi – di Vietnam dan negara Asian juga.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/63504-vespa-primavera-legend-is-back

Vespa Primavera pertama telah dikeluarkan pada tahun 1968. Tahun tersebut menyaksikan saat munculnya kesedaran baharu dalam kalangan generasi muda yang mahukan kebebasan. 45 tahun yang lalu, Vespa Primavera merupakan satu kemunculan yang amat dinanti-nantikan oleh individu yang mahukan perubahan dan Vespa ini tampil dengan ciri-ciri yang lincah dan berinovatif, prestasi yang mengagumkan, serta mudah dan seronok untuk ditunggang. Kecil dan pantas, ia menjadi salah satu model yang paling lama digunakan dan disayangi, digemari oleh lelaki dan wanita.

Vespa Primavera menampilkan jiwa muda, berteknologi terkini, dan tangkas, serta mesra alam. Ciri-ciri ini menjadikan Vespa Primavera protagonis di waktu kegemilangannya, membawakan kesegaran dan keriangan kehidupan yang seiring dengan kisah kejayaan model tersebut berbanding rangkaian model Vespa yang lain.

Vespa Primavera kembali dengan reka bentuk baharu, badan keluli baharu, pelbagai saiz baharu, masih tangkas namun lebih stabil dan selesa, serta berfungsi dengan kuasa enjin 3 injap 50cc, 125cc dan 3 injap 150cc berekologi dan ultra moden, dengan penyelesaian bergaya dan teknikal Vespa 946, yang merupakan model paling berprestij dan maju dari segi teknologi yang pernah dihasilkan.

Primavera baharu kini kembali pada salah satu daripada saat kegemilangan dalam sejarah Vespa, yang juga merupakan tahun kemunculan Vespa 946 yang pertama, yang diperkenalkan ke pasaran Amerika dengan pelancaran yang berlaku di Manhattan pada 25 Oktober selepas diperkenalkan di Eropah dan Asia.

Rekod produk baharu yang ditawarkan menepati rekod jualan: dari bulan Januari ke Oktober 2013, jenama Vespa menguntukkan bilangan sebanyak lebih 158,000 unit dijual seluruh dunia, 20,600 kenderaan melebihi 137,000 yang dijual dalam sepuluh bulan yang pertama pada tahun 2012.

Ini merupakan pengesahan lanjutan bagi kemajuan luar biasa yang dicapai jenama Vespa selama sepuluh tahun yang lalu: dari 2004, apabila jualan keseluruhan mencapai 58,000 unit, bilangannya meningkat ke 100,000 pada tahun 2006, dan 165,000 Vespa dihasilkan pada tahun 2012, rekod yang bakal dipecahkan pada tahun 2013.

Dalam masa kurang sepuluh tahun, dari Januari 2004 ke Oktober tahun ini, sejumlah 1,207,827 Vespa dijual di seluruh dunia.

Contact:
Piaggio Group Press Office
20121 Milano - Via Broletto, 13
tel +39(0)2-319612-15/16/17/18/19
fax +39(0)2-31961288
press@piaggio.com 

SUMBER  Piaggio Group

Source: Piaggio Group
Keywords: Auto Transportation New products/services