![]() |
Mixpanel memudahkan para pengguna Google Cloud untuk mula menggunakan analisis produk
SAN FRANCISCO, 10 November 2022 /PRNewswire/ -- Mixpanel, inovator analisis produk terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia kini tersediadiGoogleCloudMarketplace. Kerjasama yang diperluas ini memudahkan lagi para pelanggan Google Cloud untuk bermula dengan Mixpanel.
Penyelesaian analisis produk Mixpanel yang hebat dan mudah digunakan ini menunjukkan kepada pasukan produk apa yang sesuai dan tidak sesuai dengan produk mereka, menjadikan data lebih mudah diakses merentasi pasukan mereka serta membantu mereka mengutamakan pelan hala tuju dan membina produk yang berjaya.
"Segala apa yang kami lakukan di Mixpanel adalah untuk membantu pasukan produk melakukan lebih banyak lagi dan bergerak lebih cepat," kata Naib Presiden Perkongsian Global Mixpanel, Scott Singerman. "Penyelesaian analisis produk kami yang tersedia di Google Cloud Marketplace memperkukuh fokus tersebut dengan menjadikannya lebih mudah untuk pasukan produk yang menggunakan Google Cloud untuk bermula dengan Mixpanel."
Mixpanel yang tersedia di Google Cloud Marketplace membolehkan pasukan produk memanfaatkan hubungan vendor sedia ada dengan Google Cloud tanpa menghabiskan masa untuk memperakui Mixpanel sebagai vendor baharu. Selain itu, urus niaga dan terma pasaran yang seragam dapat memudahkan urusan dan tidak memerlukan banyak penglibatan daripada pasukan perundangan dan kontrak, sekali gus membantu pasukan produk menggunakan Mixpanel dengan lebih pantas.
Mixpanel menyertai pelbagai penyelesaian terbaik lain yang tersedia secara percuma di Google Cloud Marketplace — termasuk Fivetran, OneSignal dan Airship. Syarikat kini boleh mencipta barisan produk yang dapat disesuaikan untuk memenuhi keperluan mereka.
"Teknologi yang membantu pasukan produk membangun dan menyampaikan penyelesaian dengan maklumat yang disokong data adalah penting untuk mengoptimumkan keseluruhan pengalaman pelanggan," kata Dai Vu, Pengarah Urusan Program GTM ISV & Google Cloud Marketplace. "Dengan membawa penyelesaian analisis produknya ke Google Cloud Marketplace, Mixpanel memudahkan lagi para pelanggan Google Cloud untuk menggunakan, mengurus dan menskalakan Mixpanel pada infrastruktur global Google Cloud yang dipercayai."
Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta untuk bermula, sila layari Mixpanel di Google Cloud Marketplace.
Tentang Mixpanel
Mixpanel membantu syarikat menilai perkara-perkara penting, membuat keputusan dengan pantas dan membangunkan produk digital yang lebih baik melalui data. Dengan penyelesaian analisis produk layan dirinya yang hebat, pasukan berkaitan boleh melakukan analisis tentang bagaimana dan mengapa orang ramai terlibat, bertukar dan kekal—dalam masa nyata, pada pelbagai peranti—untuk meningkatkan pengalaman pengguna mereka. Dengan ibu pejabatnya di San Francisco, Mixpanel mengamalkan budaya dan pengalaman pekerja yang memenangi anugerah dengan pejabat-pejabat di New York, Seattle, London, Barcelona dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.mixpanel.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/722004/Mixpanel_Inc_Logo.jpg?p=medium600