GENEVA, 10 November 2022 /PRNewswire/-- Asian Development Bank (ADB) telah secara rasminya menyertai kerjasama global iaitu Sanitation and Water for All (Sanitasi dan Air untuk Semua) yang dianjurkan oleh PBB, suatu komitmen untuk meningkatkan keselamatan dan daya ketahanan air di rantau Asia Pasifik.
Kerjasama SWA ini menyatukan 305 rakan kongsi, termasuk institusi kewangan terkemuka seperti African Development Bank, Inter-American Development Bank dan Bank Dunia.
Hari ini, dua bilion orang di rantau Asia dan Pasifik kekurangan air dan sanitasi yang mencukupi. Ini menyukarkan mereka yang hidup dalam kemiskinan, menggalakkan penyakit berjangkit dan menyekat pertumbuhan ekonomi.
ADB menganggarkan bahawa rantau ini memerlukan pelaburan modal tahunan sebanyak kira-kira $60 bilion untuk infrastruktur dan perkhidmatan berkaitan air.
Melalui kerjasama ini, SWA dan ADB akan berusaha untuk menggerakkan pembiayaan inovatif yang akan memenuhi keperluan infrastruktur dan perkhidmatan. Selain itu, mereka akan bekerjasama dengan rakan kongsi kerajaan untuk meningkatkan strategi pengurangan dan penyesuaian iklim bagi menangani masalah kekurangan air dan ancaman infrastruktur sanitasi yang semakin meningkat.
"Air mengatasi ketujuh-tujuh operasi ADB yang utama termasuk memerangi kemiskinan, menangani perubahan iklim, mempercepat kesaksamaan jantina dan meningkatkan kebolehidupan di bandar-bandar. Menangani cabaran jaminan bekalan air di rantau ini penting untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata Neeta Pokhrel, Ketua Sektor Air Kumpulan ADB.
Ketua Pegawai Eksekutif SWA, Catarina de Albuquerque menambah: "ADB membawa satu kuasa kerjasama yang amat bermakna di rantau ini berserta pengetahuan dan kepakaran yang signifikan dalam sektor air dan sanitasi. Kami teruja dapat bekerjasama dengan mereka untuk memacu kesediaan politik dan mempercepat usaha mereka untuk merealisasikan hak asasi manusia ini."
TENTANG ASIAN DEVELOPMENT BANK (ADB)
ADB komited untuk mewujudkan sebuah rantau Asia dan Pasifik yang makmur, inklusif, berdaya tahan dan lestari sambil mengekalkan usahanya untuk menghapuskan kemiskinan melampau. Ditubuhkan pada tahun 1966, ia dimiliki oleh 68 orang ahli—49 orang daripadanya berasal dari rantau ini.
TENTANG SANITATION AND WATER FOR ALL (SWA)
SWA ialah sebuah jalinan kerjasama yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan objektif bersama untuk mengusahakan jaminan bekalan air, sanitasi dan kebersihan untuk semua. Rakan kongsi kami termasuk entiti kerajaan, utiliti, badan kawal selia, para penderma, institusi kewangan, agensi PBB, masyarakat awam dan organisasi penyelidikan serta sektor swasta. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sanitationandwaterforall.org.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1441352/Sanitation_and_Water_for_All_Logo.jpg?p=medium600