omniture

ANGUS AMBIL ALIH EXPRESSION SYSTEMS, LLC

ANGUS Chemical Company
2022-11-11 00:31 230

Expression Systems ialah pembekal utama bagi medium kultur sel yang inovatif, reagen molekul bakulovirus dan titisan sel yang digunakan dalam terapeutik berasaskan biologi yang termaju

BUFFALO GROVE, Illinois dan DAVIS, California, 11 November 2022 /PRNewswire/ -- ANGUS Chemical Company ("ANGUS" atau "Syarikat"), sebuah syarikat pengeluar dan pemasar global terkemuka bagi bahan khusus untuk pasaran Sains Hayat dan Perindustrian, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih Expression Systems, LLC ("Expression Systems"), sebuah syarikat pengeluar global terkemuka bagi medium kultur sel serta produk dan perkhidmatan berkaitan. ANGUS merupakan sebuah syarikat portfolio Ardian dan Golden Gate Capital.

Ditubuhkan pada tahun 1997, Expression Systems dikhususkan untuk membekal dan memenuhi keperluan platform ekspresi bakulovirus dengan formulasi medium kultur sel yang inovatif serta titisan sel, alat molekul, reagen dan perkhidmatan kontrak. Expression Systems beroperasi dari ibu pejabat pusat di Davis, California dan aktiviti pembuatan dan penyelidikannya patuh cGMP serta mendapat perakuan ISO 13485.

"Pengambilalihan Expression Systems merupakan suatu langkah yang penting dalam memperluas kedudukan ANGUS sebagai peneraju dalam bidang Sains Hayat yang mengatasi penimbal biologi kepada medium kultur sel khusus, satu strategi yang selaras dengan pertindihan pelanggan yang tinggi serta tawaran perkhidmatan dan produk pelengkap," kata David Neuberger, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ANGUS. "Gabungan ANGUS dan Expression Systems mengukuhkan lagi keupayaan kami untuk memberikan nilai melalui bahan dan perkhidmatan yang konsisten dan berkualiti tinggi yang penting dalam semua fasa pemprosesan bio, daripada pembangunan biologi peringkat awal hingga pengeluaran komersial berskala penuh."

Expression Systems ialah pembekal bebas bagi medium kultur sel khusus dan produk berkaitan yang amat terkenal dengan rekod prestasi yang kukuh dari segi kualiti dan inovasi produk berasaskan teknologi proprietari. Syarikat ini mengkhusus dalam sistem vektor ekspresi bakulovirus (BEVS) dan mempunyai kepakaran yang mendalam di seluruh proses yang merangkumi pengoptimuman gen hingga penulenan protein. Produk Expression Systems digunakan terutamanya oleh para penyelidik biologi struktur dan pengeluar biologi untuk menghasilkan calon ubat-ubatan tertentu, terapi berasaskan protein, vaksin dan terapi gen dengan cekap dan menjimatkan kos.

"Selama lebih 20 tahun, keluarga dan pekerja kami yang berdedikasi telah membina reputasi yang kukuh dengan para pelanggannya dengan memanfaatkan kepakaran teknikal kami yang terkenal di dunia dalam pembuatan medium dan platform ekspresi bakulovirus," kata David Hedin, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Expression Systems. "Apabila kami memandang ke arah masa depan syarikat kami, ANGUS dengan jelas berada pada kedudukan terbaik yang dapat menawarkan peluang baharu kepada pelanggan semasa dan baharu kami serta para pekerja kami. ANGUS akan meningkatkan kedudukan kami sebagai vendor yang berdedikasi dan terkemuka di dunia yang memberi tumpuan dalam memberikan perkhidmatan kepada segmen industri biologi yang menggunakan platform ekspresi bakulovirus."

Achelous Partners, LLC bertindak sebagai penasihat M&A eksklusif kepada Expression Systems, LLC dalam urus niaga ini.

TENTANG ANGUS

ANGUS ialah sebuah syarikat pengeluar dan pemasar global terkemuka bagi bahan khusus dan barangan guna habis untuk penggunaan sektor bioteknologi, farmaseutikal, pengguna dan perindustrian. Syarikat ini berinovasi melalui hasil kimia nitroalkana yang unik, termasuk produk utamanya iaitu bahan tambahan pelbagai fungsi AMP™ (aminometil propanol) dan penimbal TRIS AMINO™ (trometamin) yang dihasilkan di kemudahan pembuatan yang bersepadu sepenuhnya dan diperakui ISO 9001 yang terletak di Amerika Syarikat dan Jerman. ANGUS memberikan perkhidmatan kepada pelanggan globalnya melalui enam buah Pusat Penggunaan Pelanggan serantau yang terletak di Chicago, Illinois; Paris, Perancis; São Paulo, Brazil; Singapura; Shanghai, China; dan Mumbai, India. Syarikat ini merupakan milik persendirian Ardian dan Golden Gate Capital serta mempunyai ibu pejabat di Buffalo Grove, Illinois. Untuk maklumat lanjut, sila layari angus.com.

Ikuti ANGUS di FacebookTwitter dan LinkedIn.

UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN
Perhubungan Media ANGUS
Scott C. Johnson
+1 847-808-3769
scjohnson@angus.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/460234/ANGUS_Chemical_Company_Logo.jpg?p=medium600

Source: ANGUS Chemical Company
Keywords: Biotechnology Chemical Health Care/Hospital Acquisitions, mergers, takeovers