omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan bagi Suku Ketiga Tahun Fiskal 2022

Coway Co., Ltd.
2022-11-11 10:00 335
  • Hasil kumulatif bagi tahun 2022 dilaporkan mencecah KRW 2,875.9 bilion (+5.8% YoY) dan keuntungan kendalian mencecah KRW 513.7 bilion (+2.5% YoY)
  • Prestasi perolehan yang mantap adalah ekoran pelancaran produk yang inovatif termasuk Icon Ice Water Purifier
  • Bagi pertumbuhan yang konsisten dan berterusan, Coway merancang untuk menumpukan kepada R&D dan inovasi baharu

SEOUL, Korea Selatan, 11 November 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," mengumumkan keputusan kewangan bagi suku ketiga tahun 2022.

Coway Financial Results
Coway Financial Results

"Kami telah mengalami suku tahun ketiga yang mantap hasil peluang daripada Transformasi Digital (DX) kami dan pelancaran produk yang inovatif," kata Soon Tae Kim, ketua pegawai kewangan Coway. "Untuk meneruskan trajektori stabil kami dalam pasaran yang sukar ini, kami akan memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan untuk produk-produk masa depan yang mengujakan."

Perolehan yang dilaporkan adalah seperti berikut:

  • Hasil suku ketiga: KRW 969.8 bilion (+3.8% YoY)
  • Keuntungan kendalian suku ketiga: KRW 165.1 bilion (+0.8% YoY)

* Angka-angka yang dilaporkan adalah daripada K-IFRS (International Financial Reporting Standards) disatukan,

Hasil pada suku ketiga meningkat 3.8% berbanding tahun sebelumnya dan kini berjumlah KRW 969.8 bilion dengan keuntungan kendalian sebanyak KRW 165.1 bilion (+0.8% YoY).

Hasil kumulatif bagi tahun 2022 kini mencecah KRW 2,875.9 bilion (+5.8% YoY), dengan keuntungan kendalian sebanyak KRW 513.7 bilion (+2.5% YoY).

Hasil jualan perkakas rumah persekitaran domestik dalam suku ketiga dilaporkan mencecah KRW 571.3 bilion (+2.7% YoY), hasil daripada pelancaran produk yang inovatif termasuk Icon Ice Water Purifier.

Jumlah hasil bagi subsidiari-subsidiari luar negara untuk suku ketiga dilaporkan mencecah KRW 354.9 bilion, meningkat 6.5% berbanding tahun sebelumnya. Subsidiari Malaysia khususnya mencapai suku tahun yang kukuh dengan peningkatan hasil sebanyak KRW 276.5 bilion (+7.9% YoY).

Untuk butiran tambahan tentang prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat ini.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Earnings