omniture

Enfagrow A+ MindPro x Jualan Satu-Hari Terbesar 11.11 Lazada Tawar Hadiah Percuma

Mead Johnson Nutrition Malaysia
2022-11-11 12:49 276

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 November 2022 /PRNewswire/ -- Enfagrow A+ MindPro di bawah Mead Johnson Nutrition, peneraju global bagi nutrisi, bekerjasama dengan Lazada, platform eDagang terkemuka Asia Tenggara sempena Jualan Satu Hari Terbesar 11.11 (11.11 Biggest One Day Sale) pada tahun ini. Tahun ini, pengguna boleh mengharapkan tawaran dalam talian sahaja yang baharu dan eksklusif, jualan pukal serta hadiah yang belum pernah dilihat sebelum ini. Pembeli-belah boleh mula melayari tawaran 11.11 di Gedung Rasmi Enfagrow A+ MindPro dan mula menambah ke dalam troli. Semak pada 11 November 2022 untuk tawaran terbaik dan untuk menjadi sebahagian daripada kempen Jualan Satu Hari Terbesar 11.11 Lazada Malaysia.

 

Pada masa kini, apabila anak-anak membesar, ibu bapa memerhatikan pertumbuhan dan perkembangan otak mereka termasuk IQ & EQ. Mereka juga akan memastikan agar mereka memberi sokongan yang terbaik termasuk nutrisi yang tepat disediakan bagi membantu anak mereka mencapai perkembangan otak yang holistik. Dengan satu-satunya jenama yang mempunyai MFGM dan Expert DHA level^, Enfagrow A+ MindPro merupakan pemangkin yang membangunkan IQ dan EQ kanak-kanak dengan menghubungkan keupayaan kognitif, afektif dan psikomotor, kesedaran sosial dan pengaturan sendiri, membolehkan mereka untuk mengamalkan apa yang mereka belajar daripada situasi kehidupan sebenar yang berbeza. Ia juga merupakan jenama #1 yang disyorkan oleh pakar-pakar** di Malaysia dan jenama dipercayai yang diundi oleh ibu bapa Malaysia sebagai Susu Membesar Terbaik (Best Growing Up Milk) selama 2 tahun berturut-turut.

Enfagrow A+ MindPro sentiasa berinovasi untuk memastikan pengguna menerima nutrisi terbaik untuk anak mereka dan dalam masa yang sama turut menikmati pengalaman membeli-belah yang terbaik. Melalui kempen ini, pelanggan akan dididik tentang beberapa panduan berguna dari segi bagaimana ibu bapa dapat menyokong perkembangan EQ anak-anak mereka melalui beberapa kaedah yang ringkas dan menarik yang mereka boleh lakukan di rumah bersama anak-anak mereka semasa siaran langsung Lazada akan datang yang menampilkan tetamu khas ibu dengan 2 orang anak yang mempunyai pengalaman luas dalam perkembangan awal kanak-kanak dan Pengamal Kesihatan Keluarga & Awal Alam Kanak-kanak di Klinik Kenit berlangsung pada 8 November, 1.30 petang. Nantikan untuk memperoleh beberapa hadiah istimewa dan baucar Potongan Lazada RM30 bernilai RM 500*.

Pada 11 November 2022, Gedung Rasmi Enfagrow A+ akan memperkenalkan tawaran dalam talian sahaja yang eksklusif di Lazada, menyediakan kepada pembeli-belah dengan nilai terbaik dan penjimatan termasuk:

  • Hadiah STACKABLE dalam talian yang eksklusif dengan Pembelian:
    • Motosikal Vespa PERCUMA* untuk kanak-kanak DAN beg jinjing barang runcit Christy Ng x Enfagrow A+ MindPro apabila anda membelanjakan minimum RM1400 pada produk-produk terpilih.
    • Beg jinjing barang runcit Christy Ng x Enfagrow A+ MindPro Edisi Terhad PERCUMA* apabila anda membelanjakan minimum RM700 pada produk terpilih.
  • Baucar potongan sehingga RM250*
  • Bonus Lazada RM10 Setiap RM100 Dibelanjakan
  • Jimat RM30 bagi Penghantaran
  • Siaran langsung Lazada (2 petang, 11 November) yang mana pelanggan berpeluang memenangi baucar Lazada RM30*
  • Tawaran Istimewa Prajualan (mulai 25 Oktober hingga 10 November): papan magnetik 3-dalam-1 PERCUMA, blok binaan busa dengan pembelian produk-produk terpilih. Penjimatan sehingga 25% secara pukal.

Ketahui lebih lanjut tentang Jualan Satu-Hari Terbesar 11.11 Enfagrow A+ MindPro x Lazada di (https://bit.ly/3FyGxC7). Muat turun aplikasi Lazada secara percuma pada Apple App Store atau Google Play Store.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat

^FAO/WHO mengesyorkan pengambilan DHA pemakanan harian 10-12mg/kg berat badan untuk kanak-kanak 12-24 bulan atau 100-150mg DHA+EPA untuk kanak-kanak 2-4 tahun. Langkah 3 Enfagrow A+ MindPro menyediakan120mg DHA dengan 3 hidangan/hari. Rujukan: FAO 2010. Lemak dan asid lemak dalam nutrisi manusia. Laporan daripada perundingan pakar. Kertas Makanan dan Nutrisi FAO no.91. FAO: Rome

**Tuntutan berdasarkan kepada Laporan 1 Penjejak-Gelombang Kesihatan Jenama MJN HCP 2020.


Source: Mead Johnson Nutrition Malaysia
Keywords: Education Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys