omniture

Pemenang Anugerah Inovasi ICIS, Renmatix dan Virent, Mengumumkan Kolaborasi untuk Pembungkusan Berasaskan Bio

Renmatix; Virent
2013-12-10 07:00 159

-- Kaedah Baharu dalam Kimia Mampan Bermatlamat untuk Menyediakan Bekalan Bioplastik Mampu Milik yang Lebih Luas

LONDON, 10 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Anugerah Inovasi ICIS – Semasa Anugerah Inovasi ICIS hari ini di London, pemenang Renmatix dan Virent mengumumkan kolaborasi strategik bagi menukarkan gula selulosa mampu milik menjadi bahan kimia boleh diperbaharui serta bahan pembungkusan berasaskan bio.

Di bawah syarat projek pembangunan berbilang fasa, platform Plantrose™ Renmatix akan dinilai dan berkemungkinan boleh dioptimumkan bagi menyediakan aliran gula mampu milik untuk proses Bioforming® Virent bagi penghasilan paraxilena berasaskan bio berskala besar. Paraxilena ialah bahan mentah asas yang digunakan dalam penghasilan asid tereftalik tulen (PTA), bahan kimia yang penting dalam penghasilan botol plastik dan serat yang dibuat daripada polietilena tereftalat (PET). Menyepadukan pemprosesan stok suapan tempatan dengan penghasilan komersil di tapak itu sendiri akan mengurangkan kos dan meningkatkan daya maju penggunaan bahan kimia boleh diperbaharui dalam pembungkusan berasaskan bio dan plastik untuk barangan perindustrian serta pengguna.

Sebagai Inovasi Terbaik oleh syarikat kecil ke sederhana pilihan ICIS, proses Plantrose™ Renmatix menghasilkan gula selulosa mampu milik sebagai jejambat yang menghubungkan biojisim huluan dan bahan kimia hiliran berasaskan tumbuhan. Sebagai alternatif untuk bahan berasaskan petroleum semasa, gula Plantro® C5 (xilosa) dan C6 (glukosa) Renmatix dihasilkan melalui kaedah berasaskan air yang canggih dan dikenali sebagai hidrolisis lampau genting. Sebagai gantian bahan kimia dan kaedah berenzim yang lebih mahal untuk mendapatkan gula selulosa yang masih digunakan hari ini, Plantrose menggunakan kelebihan hidrolisis lampau genting untuk menukarkan rangkaian stok suapan global yang boleh diperbaharui secara jimat kos menjadi blok binaan berasaskan bio yang boleh digunakan dalam produk seharian seperti cat, lampin, serbuk cuci pakaian atau botol dan jenis pembungkusan plastik lain.

"Produk yang diterbitkan daripada sumber yang boleh diperbaharui mendapat permintaan yang hebat dan permintaan itu sedang memacu perubahan signifikan merentasi rantaian nilai konvensional. Pengiktirafan daripada ICIS ini memperkuat lagi kenyataan teknologi mampan, yang pernah dilihat sebagai benih bagi anjakan yang bermakna, kini telah bercambah menjadi kewajipan dalam industri," kata Mike Hamilton, Ketua Pegawai Eksekutif Renmatix. "Kerjasama dengan rakan kongsi yang betul, seperti Virent, demi matlamat sama untuk menyediakan penyelesaian boleh skala dengan ilmu ekonomi mampu milik, membolehkan kami merintis rantaian nilai berasaskan bio yang boleh memenuhi semua permintaan itu."

Produk paraxilena berasaskan bio Virent, dengan tanda dagangan BioFormPX™, memenangi anugerah ICIS tahun ini untuk Inovasi Terbaik bagi Kemampanan. BioFormPX™ Virent mempunyai komposisi kimia yang mirip dengan paraxilena yang dibuat daripada petroleum dan membenarkan pengeluar menawarkan filem, serat dan pembungkusan PET berasaskan bio sepenuhnya kepada para pelanggan. Virent dan The Coca-Cola Company memasuki hubungan perkongsian strategik pada tahun 2011 untuk memecut pengkomersilan pembungkusan PlantBottle® yang boleh diperbaharui dan dikitar semula sepenuhnya.

"Tumpuan kami adalah untuk membantu memajukan teknologi bioplastik cemerlang yang kami percaya dapat diskala dan dimampankan," kata Scott Vitters, Pengurus Besar, Platform Inovasi Pembungkusan PlantBottle, The Coca-Cola Company. "Potensi menggabungkan teknologi stok suapan selulosa inovatif Renmatix dengan proses paraxilena berasaskan bio Virent menawarkan laluan yang berpotensi tinggi untuk merealisasikan lagi matlamat pembungkusan PlantBottle kami."

"Pertumbuhan pasaran untuk produk boleh mampan akan bertembung dengan teknologi inovatif dengan kerjasama jenama yang menerajui di dunia," kata Lee Edwards, Ketua Pegawai Eksekutif Virent. "Kolaborasi bersama yang diumumkan hari ini antara Renmatix dan Virent bagi menyokong matlamat PlantBottle Coca–Cola menunjukkan janji wawasan ini. Kami ingin bersama-sama mempercepat penyampaian jumlah komersil bagi bahan kimia boleh diperbaharui dengan menyepadukan teknologi bertaraf dunia kami agar mencapai kos yang lebih rendah dan kecekapan yang lebih tinggi daripada stok suapan berasaskan biojisim mampan. Kami gembira dan berbesar hati kerana diiktiraf oleh ICIS bersama-sama dengan Renmatix dalam anugerah tahun ini."            

Latar Belakang Renmatix

Renmatix ialah pemberi lesen teknologi yang menerajui untuk proses penukaran biojisim menjadi gula selulosa, stok suapan yang membolehkan alternatif petroleum digunakan dalam pasaran biokimia dan bahan api bio. Proses Plantrose™ milikan syarikat itu mencabar ilmu ekonomi gula konvensional dengan menukarkan biojisim selulosa – daripada bahan buangan kayu hinggalah sisa pertanian – menjadi gula yang berguna dan berkesan kos dengan cara yang murah. Teknologi hidrolisis lampau genting Renmatix menguraikan biojisim bukan makanan secara lebih pantas sebanyak satu magnitud berbanding proses lain dan mempertingkatkan kelebihan kosnya dengan tidak menggunakan jumlah bahan guna habis yang signifikan. Renmatix ialah syarikat pegangan swasta, dengan operasi di Georgia (AS) yang kini mampu mengubah tiga tan kering biojisim selulosa menjadi gula Plantro® setiap hari, dan satu pusat teknikal bertaraf dunia di Pennsylvania (AS). Bagi maklumat lanjut, lawati www.renmatix.com.

Latar Belakang Virent

Virent sedang menggantikan minyak mentah dengan mencipta bahan kimia dan menyemarakkan lagi permintaan dunia menggunakan rangkaian luas sumber boleh diperbaharui yang boleh didapati daripada alam semula jadi. Teknologinya yang dipatenkan terdiri daripada proses kimia bermangkin bagi menukarkan bahan berasaskan tumbuhan menjadi rangkaian penuh produk yang mirip dengan yang diperbuat daripada petroleum, termasuk gasolin, diesel, bahan api jet, dan bahan kimia untuk plastik dan serat. Produk ini ialah penggantian tersinggah yang membolehkan penggunaan sepenuhnya bagi infrastruktur logistik sedia ada tanpa pengehadan penyebatian. Pembangunan platform teknologi BioForming® Virent disokong melalui rakan kongsi strategik termasuk Cargill, The Coca-Cola Company, Honda dan Shell, serta 80 kakitangan yang berpusat di Madison, Wisconsin. Syarikat itu telah menerima beberapa geran daripada Jabatan Perdagangan, Tenaga dan Pertanian A.S. dan telah menerima banyak pengiktirafan, termasuk anugerah Perintis Teknologi Forum Ekonomi Dunia dan Anugerah Cabaran Kimia Hijau Berpresiden EPA. Sila ketahui lebih lanjut di www.Virent.com.

Hubungi:

Renmatix

Duncan Cross

Pengarah Pemasaran

Telefon: +484 751 4006

Duncan.Cross@renmatix.com

 

Perhubungan Media

Caroline Venza

MissionCTRL

Telefon : +415 601 9645

Caroline@missionCTRLcommunications.com

Virent

David Hitchcock

Naib Presiden, Hal Ehwal Korporat

Telefon: +202 507 1316

David_Hitchcock@virent.com

 

Perhubungan Media

Megan Weber

Penyelaras Pemasaran Bersekutu

+608-210-3368

Megan_Weber@virent.com

Source: Renmatix; Virent
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Chemical Utilities Awards