omniture

TIMEX MENJADI PENJAGA MASA RASMI METAVERSE DENGAN "Race Against TimeX" YANG DIHASILKAN DALAM FORTNITE

Timex
2022-11-12 11:44 2836

Jenama Jam Tangan Paling Laris #1 di AS Menerapkan Pemasaan ke dalam Permainan

Dan Menjadi Jenama Jam Tangan Pertama Yang Memiliki Pulau Khas Dalam Fortnite Creative

MIDDLEBURY, Connecticut, 12 November 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini Timex®, jenama jam tangan paling laris #1*, melancarkan pengalaman yang unik dan interaktif yang akan memberikan pemain peluang untuk bermain "Race Against TimeX" dalam Fortnite®, salah satu permainan video paling popular di dunia. Cabaran ini menyaksikan pemain bersaing dalam pelbagai perlumbaan mengejar masa – dalam dunia maya yang diterapkan dengan ciri-ciri jam tangan di mana jam tangan menjadi lambang kekuasaan apabila para pemain diberikan kepantasan dan kuasa tambahan untuk memiliki kelebihan daya saing.

 

"Timex telah menjadi pembawa pembaharuan selama hampir 170 tahun dan kami mempunyai sejarah yang dalam membuat kejutan," kata Shari Fabiani, Naib Presiden Kanan Jenama & Kreatif Timex Group. "Sebagai penjaga masa rasmi metaverse ini, kami bermain menggunakan konsep pemasaan serta menggabungkan teknologi analog dengan dunia digital dalam Fortnite, salah satu permainan dalam talian berbilang pemain yang paling popular di dunia. Timex telah memasuki dunia metaverse sebelum ini dan kini kami mengorak langkah sepenuhnya ke dalam cabang permainan dengan pengalaman maya imersif tambahan serta menceburi dunia web3 yang bakal muncul tidak lama lagi."

Kerjasama ini akan disokong oleh sebuah kempen yang bersepadu sepenuhnya yang merapatkan dunia maya dengan pengalaman kehidupan dunia sebenar seperti pemberian hadiah percuma dalam permainan dengan kerjasama pempengaruh permainan termasuk Parker Locke, Sushi Bae, SypherPK, Bintang YouTube, Ali-A, serta ikon bergaya Gen Z yang juga pemain tegar Fortnite iaitu Landon Barker.

"Bagi saya, masa yang dihabiskan untuk bermain Fortnite adalah masa yang diluangkan secara bermanfaat kerana ia merupakan salah satu cara untuk saya meluangkan masa bersama rakan-rakan tanpa sebarang unsur negatif yang boleh menghalang perhubungan," kata Landon Barker. "Saya teruja untuk bekerjasama dengan Timex, saya menggemari jam tangan mereka dan permainan video Fortnite, maka bagi saya ini adalah satu padanan yang sempurna."

Race Against TimeX merangkumi 6 permainan mini dengan setiap satunya membuatkan para pemain bersaing mengejar masa dengan cabaran termasuklah air yang meningkat naik, dinding yang tertutup dan lantai yang merekah, serta memerlukan pemain mengelak ombak yang datang bertalu-talu dan mencari jalan untuk merentasi laluan yang mencabar dalam suasana yang gelap. Pemain boleh membeli peningkatan kuasa dengan jam tangan hebat yang memindahkan kuasa istimewa ke pergelangan tangan mereka, memberikan mereka kepantasan tambahan dan keupayaan lain sewaktu mereka cuba menyelesaikan kesemua 6 permainan mini ini dalam masa terpantas.

Timex mula memasuki dunia metaverse melalui satu kerjasama inovatif yang melibatkan kira detik sebelum bermulanya persembahan rasmi konsert Justin Bieber secara langsung, maya dan interaktif anjuran Wave dan Jelajah Konsert VR Megan Thee Stallion AmazeVR, "Enter The Hottieverse," di mana jam tangan Timex maya ditambah pada pergelangan tangan avatar setiap pengguna menggunakan keupayaan pengesanan tangan VR khas. Kini dalam "Race Against TimeX," Timex menawarkan pengalaman maya yang paling interaktif pernah mereka hasilkan setakat ini dengan lebih banyak inisiatif yang telah dirancang, sekali gus meletakkan Timex sebagai peneraju dalam dunia metaverse.

Timex bekerjasama dengan rakan kongsi terbaik untuk menghasilkan "Race Against TimeX", termasuk MetabrandsTM, sebuah agensi metaverse untuk jenama, SuperAwesome, sebuah syarikat di bawah Epic Games yang membantu penglibatan digital dalam kalangan para pemain Gen Z, dan Beyond Creative, pembangun permainan Fortnite Creative yang terkemuka.

Untuk bermain "Race Against TimeX," pemain perlu ke Fortnite, pilih mod "Kreatif", pilih "Main" dan masukkan "Kod Pulau." Fortnite boleh dimainkan secara percuma pada PC, PlayStation (4 dan 5), Xbox One (S, X dan Siri X atau S), Nintendo Switch dan peranti mudah alih Android.

Kod Pulau: 1359-6287-8998 atau untuk pautan terus: https://epicgames.com/fn/1359-6287-8998

Sila klik DI SINI untuk melihat/memuat turun aset.

TENTANG TIMEX GROUP

Timex Group mereka bentuk, membuat dan memasarkan jam tangan yang inovatif ke seluruh dunia. Timex Group ialah sebuah syarikat persendirian yang beribu pejabat di Middlebury, Connecticut dengan beberapa unit operasi dan lebih 3,000 orang pekerja di seluruh dunia. Sebagai salah sebuah syarikat pembuatan jam tangan terbesar di dunia, syarikat-syarikat Timex Group menghasilkan jam tangan di bawah beberapa jenama bertaraf dunia yang merangkumi Timex, adidas, Furla, Gc, Guess, Missoni, Nautica, Philipp Plein, Plein Sport, Salvatore Ferragamo, Ted Baker dan Versace.

Sertai Timex di media sosial: @timex

Hubungan Media: 

Paport Patricia Rappaport, patricia.rappaport@civic-us.com

Kim Gallo, kim.gallo@civic-us.com

Rachel Walder, rachel.walder@civic-us.com

Race Against Timex
Race Against Timex

 


Video - https://mma.prnasia.com/media2/1943359/TIMEX_v2_Optimal_M4V.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1943361/image001_ID_8237028b94e8.jpg?p=medium600   
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1825034/Timex_Logo_1.jpg?p=medium600

Source: Timex
Keywords: Computer/Electronics Retail