omniture

Xinhua Silk Road: Jiangsu Kunshan Timur China tumpukan integrasi dengan Shanghai, mendorong inovasi

Xinhua Silk Road
2022-11-14 08:27 333

BEIJING, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Kunshan, Wilayah Jiangsu, timur China baru-baru ini memulakan Minggu Kunshan di Shanghai, dengan siri pelaburan dan aktiviti promosi diadakan untuk memaparkan persekitaran perniagaan, menjalin kerjasama dan mempercepatkan pembangunan bersepadu dengan Shanghai.

Foto menunjukkan Stesen Huaqiao Shanghai Metro Line 11 di zon pembangunan ekonomi Huaqiao Kunshan
Foto menunjukkan Stesen Huaqiao Shanghai Metro Line 11 di zon pembangunan ekonomi Huaqiao Kunshan

Satu pelan tindakan berkaitan inovasi dan pembangunan industri Metaverse Kunshan bagi tahun 2022-2025, serta langkah-langkah terperinci untuk menyokong pembangunan kluster inovasi perindustrian telahpun dilancarkan semasa berlangsungnya acara tersebut, yang turut memeterai 20 projek kerjasama antara Shanghai dan Kunshan.

Di bawah pelan tindakan tersebut, Kunshan menumpukan untuk membina kompleks perindustrian dan taman perindustrian dengan kawasan berkeluasan lebih 300,000 meter persegi, untuk meningkatkan skala industri-industri berkaitan Metaverse sehingga 100 bilion yuan menjelang tahun 2025 dan menyiapkan lebih daripada 15 projek senario aplikasi tipikal.

Diketahui bahawa Kunshan telah mempercepatkan integrasi dengan Shanghai di tengah-tengah integrasi serantau yang bergerak pantas di Delta Sungai Yangtze, salah satu hab ekonomi negara ini yang merangkumi Shanghai dan wilayah-wilayah Jiangsu, Zhejiang dan Anhui.

Usaha yang berterusan telah dibuat untuk keterhubungan infrastruktur yang lebih baik, aplikasi inovasi saintifik dan teknologi, kolaborasi industri, perkhidmatan kewangan dan integrasi sumber.

Sebagai contoh, baru-baru ini, Kunshan Industrial Technology Research Institute memulakan komuniti inovasi saintifik dan teknologi Shanghai-Kunshan bersama-sama National Eastern Tech-Transfer Center, Shanghai Technology Exchange serta institusi-institusi dan ejen-ejen perkhidmatan lain bagi menjadikan Kunshan sebagai hab baik untuk aplikasi perindustrian mahupun inovasi sains-teknologi.

Sebuah bandar peringkat-daerah di Jiangsu Suzhou, Kunshan hanya terletak sejauh 40 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai melalui lebuh raya dan 17 minit melalui kereta api berkelajuan tinggi. KDNK Kunshan melebihi 470 bilion yuan dalam tahun 2021.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/331053.html

 

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service