omniture

Ekspo Digital Perdagangan Antarabangsa Negara-negara Anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau 2022

ZhongZhan Information Cooperation Data Service Company
2022-11-14 09:15 228

BEIJING, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 14 November, Ekspo Digital Perdagangan Antarabangsa Negara-negara Anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang dianjurkan oleh CCPIT- China Council for the Promotion of International Trade dan dihoskan secara bersama oleh China Chamber of International Commerce (CCOIC) dan ZhongZhan Information Cooperation Data Service Company, dibuka secara dalam talian pada "platform pameran awan CCPIT".

2022 Regional Comprehensive Economic Partnership Member States International Trade Digital Expo
2022 Regional Comprehensive Economic Partnership Member States International Trade Digital Expo

Pameran ini menjadikan perusahaan-perusahaan Cina sebagai badan utama, mengambil kira keperluan pembeli-pembeli di Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan sepuluh wilayah negara ASEAN sebagai terasnya dan menggunakan platform pameran digital untuk menyediakan peluang rundingan dalam talian serta perkhidmatan pemadanan yang tepat kepada perusahaan. Dijangkakan bahawa lebih daripada 15,000 pembeli akan melawat dan berhubung secara dalam talian. Barang pameran meliputi tekstil dan pakaian serta pembuatan pintar, tenaga dan peralatan baharu, automobil serta alat ganti, alat elektromekanikal, bahan binaan, teknologi-tinggi, perdagangan perkhidmatan, e-dagang dan bidang-bidang lain. Pameran ini turut menyediakan 13 kawasan pameran, antaranya ialah kawasan pameran "Jenama Cina" yang mengetengahkan perusahaan, produk dan perkhidmatan jenama Cina serta mewujudkan imej yang baik untuk Jenama-jenama Cina; Di kawasan pameran "Perdagangan Perkhidmatan", perusahaan perdagangan perkhidmatan diutamakan dan usaha dilaksanakan untuk menggalakkan "perkhidmatan Cina" berkembang ke peringkat global dan bersepadu secara mendalam pada rantaian industri global, rantaian nilai dan rantaian logistik.

Ketika ini, mod digital yang menggabungkan antara dalam talian dan luar talian menjadi kebiasaan baharu industri pameran. China Council for the Promotion of International Trade (CCPIT) merancang dengan aktif untuk terus membantu perusahaan Cina "mengekalkan pesanan" dan "menstabilkan perdagangan asing" dengan bergantung kepada pengalaman terkumpul dalam menganjurkan pameran digital dan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan platform "Pameran awan CCPIT" untuk memaparkan pencapaian pembangunan China, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan sepuluh wilayah negara ASEAN, sekali gus memperkenalkan persekitaran perniagaan di daerah-daerah berkaitan, mentafsir perjanjian perdagangan bebas yang relevan dan indeks geseran ekonomi dan perdagangan global serta maklumat penting yang lain. Semasa berlangsungnya pameran ini, enam mesyuarat pemadanan industri akan diadakan, dengan tema pakaian tekstil dan produk kapas Xinjiang, pembuatan pintar, tenaga dan peralatan baharu, alat ganti kereta dan motosikal, bahan binaan, alat elektromekanikal, bagi membantu perusahaan Cina berkomunikasi selanjutnya dalam talian bersama ahli-ahli politik dan ahli-ahli perniagaan di Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan sepuluh wilayah negara ASEAN. Tempoh pameran ekspo ini ialah 10 hari dan akan berakhir pada 23 November 2022.

Source: ZhongZhan Information Cooperation Data Service Company
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Trade show news Future Events