omniture

Kemudahan Pusat Data Huawei Perkenal Dasar Rakan Kongsi Baharu dan Inovasi Produk

Huawei
2022-11-14 10:58 135

SHENZHEN, China, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Di bawah tema "Keadilan, Kepercayaan, Pertumbuhan dan Saling Menguntungkan", Dasar Ekosistem Global Kemudahan Pusat Data Huawei dan Majlis Pelancaran Produk telahpun diadakan pada 11 November di Taman Sanyapo Huawei di China. Semasa berlangsungnya acara tersebut, dasar rakan kongsi baharu dan inovasi produk, termasuk FusionModule2000 6.0, penyelesaian pusat data modular bersaiz kecil/sederhana dan Small SmartLi UPS diperkenalkan kepada rakan-rakan kongsi dari seluruh dunia. Acara ini menunjukkan komitmen Huawei untuk membina ekosistem rakan kongsi yang adil dan mantap berdasarkan kepercayaan bersama demi kejayaan bersama.

Dalam ucapan pembukaan beliau, En. Hou Jinlong, Presiden Huawei Digital Power, berkata memandangkan permintaan terhadap pusat data meningkat secara mendadak, Huawei akan terus meningkatkan pelaburan dalam kemudahan pusat data, memfokuskan kepada ekosistem, penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan pasukan. Beliau menekankan bahawa syarikat ini akan menyokong rakan-rakan kongsi secara komprehensif dan menyumbang bersama-sama untuk industri pusat data yang berkembang pesat.

Membina Ekosistem Berkembang Pesat melalui Inisiatif Pengupayaan Rakan Kongsi dan Program Insentif

Rakan-rakan kongsi merupakan tumpuan utama untuk strategi pertumbuhan Huawei Digital Power. Presiden Jabatan Pemasaran dan Perkhidmatan Jualan Global di Huawei Digital Power, melancarkan Dasar Ekosistem Global Kemudahan Pusat Data Huawei di acara tersebut.

Menurut kenyataan oleh Yang, Huawei melakukan dan akan berbuat apa sahaja yang mampu untuk mempersiapkan rakan-rakan kongsi bagi mencapai kejayaan jangka panjang dengan menawarkan produk dan platform digital yang utama dalam industri kepada rakan-rakan kongsi. "Huawei mematuhi Strategi Ekosistem Rakan Kongsi 'Menjadi Bersepadu' dan Prinsip-prinsip Kerjasama 'Faedah-faedah dikongsi bersama sebagai jambatan, Integriti sebagai asas dan Peraturan sebagai jaminan'. Justeru itu, Kemudahan Pusat Data Huawei memperkenalkan 'Empat Perubahan dan Sepuluh Dasar' untuk membina sistem penjualan dan perkhidmatan berorientasikan rakan kongsi dan meletakkan asas untuk laluan pertumbuhan bersama," kata Yang.

Huawei akan membantu rakan-rakan kongsi mempercepatkan pertumbuhan daripada empat aspek ini:

Perlindungan: Kami akan mengambil langkah-langkah yang aktif untuk memberi perlindungan pelanggan, urus niaga dan serantau, termasuk peta rakan kongsi, pendaftaran urus niaga dan kontrak sekali gus, bagi melindungai hak dan faedah pelanggan.

Keuntungan: Kami akan mewujudkan banyak program insentif untuk meningkatkan keuntungan rakan kongsi dan memotivasikan kakitangan rakan kongsi bagi meningkatkan keupayaan melalui inisiatif pengupayaan.

Keringkasan: Kami akan menambah baik kemudahan berurus niaga bersama Huawei, menaik taraf sistem IT dan melancarkan platform sehenti untuk meluaskan pertumbuhan rakan kongsi.

Pertumbuhan: Kami akan merombak program kecekapan rakan kongsi dan membantu rakan kongsi membina keupayaan baharu bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan berkesan.

Inovasi Baharu untuk Masa Depan Karbon-rendah

Di majlis pelancaran, En. Fei Zhenfu, Presiden Domain Kemudahan Pusat Data Huawei, memperkenalkan dua penambahan baharu kepada DC Modular Pintar Huawei dan siri bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) SmartLi – FusionModule2000 6.0 dan Small SmartLi UPS.

Membawakan reka bentuk serba baharu, FusionModule2000 6.0 dibina untuk memenuhi permintaan daripada pelanggan pendidikan, kerajaan dan runcit yang mencari pusat data modular yang lebih kecil dan lebih hijau. Dengan ciri-ciri hijau, dipermudah dan andal, purata keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) tahunan boleh mencapai serendah 1.111. Sebuah pusat data dengan kuasa input 100kW dapat mengurangkan PUE sebanyak 30% menggunakan FusionModule2000 6.0 berbanding penyelesaian pesaing, seterusnya menjimatkan penggunaan kuasa elektrik sebanyak sekitar $27,000 setiap tahun. Ia meminimumkan keperluan persekitaran dengan jejak yang kecil, ketinggian yang rendah dan berat yang rendah. Bermula daripada peralatan dan seni bina hingga perisian, setiap komponen FusionModule2000 6.0 direka bentuk dengan ciri keselamatan sebagai keutamaan tertinggi.

Selain itu, Huawei memperkenalkan UPS2000-H, penyelesaian bekalan kuasa yang dipermudah, andal dan hijau yang diintegrasikan dengan SmartLi Mini, bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. UPS2000-H dimulakan hanya dengan satu klik dan beroperasi dalam masa 3 minit secara automatik, lalu memastikan penggunaan yang dipermudah, pantas dan tanpa bimbang. SmartLi Mini menggunakan alat pemadam api tahap-pek untuk mencegah nyalaan terbuka daripada merebak, memastikan keandalan unggul UPS2000-H. Penyelesaian SmartLi UPS kecil menyampaikan kecekapan yang utama dalam industri hingga 96%, dua peratus lebih tinggi daripada model-model pesaing.

Di samping itu, Pasukan Ekosistem Kemudahan Pusat Data Huawei membuat kemunculan sulungnya di acara tersebut. Pasukan baharu itu akan berdedikasi untuk menyokong dan memperkasa rakan-rakan kongsi bagi menyerlahkan potensi perniagaan mereka.

Sekiranya anda ingin bergerak pantas, bergeraklah sendirian. Sekiranya anda ingin pergi jauh, pergilah bersama-sama. Huawei akan terus berinovasi dan bergandingan tangan bersama rakan-rakan kongsi bagi mencapai kerjasama yang saling menguntungkan dengan penyelesaian pusat data yang amat kompetitif dan dasar rakan kongsi yang boleh dipercayai.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities New products/services Trade show news