omniture

Guangxi galakkan pembinaan Pelabuhan Maklumat China-ASEAN

CRIOnline
2022-11-14 22:00 410

Wilayah ini mengeluarkan senarai 29 projek yang menyokong pembentukan pelabuhan

BEIJING, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada CRIOnline:

Baru-baru ini, satu senarai 29 projek didayakan secara digital yang melibatkan perkhidmatan awam, inovasi teknologi, perdagangan rentas sempadan, perkhidmatan khusus dan pertukaran budaya digital diumumkan sebagai contoh bagi kolaborasi antara wilayah Guangxi China dan ASEAN pada tahun 2022.

Sebagai wakil perkhidmatan awam, lapan projek telah dipilih, termasuk Online CAEXPO, kluster pusat data di Filipina dan Vietnam serta platform operasi data transaksi China-ASEAN. Wajar diperhatikan ialah kluster pusat data di Filipina dan Vietnam, memandangkan kedua-dua negara akan mendapat manfaat yang besar daripada kluster berkenaan serta mempererat lagi perkongsian digital mereka dengan China.

Bagi inovasi teknologi, satu daripada lima kes yang dipilih menonjol atas keupayaannya untuk melindungi nyawa dan harta benda: sistem pemantauan bencana geologi rentas sempadan berasaskan Beidou China-ASEAN yang menangani cabaran pengukuran berkejituan tinggi untuk pemantauan tanah runtuh dengan perubahan condong dan menyediakan pemantauan deformasi berkejituan tinggi bangunan di Kemboja, Laos, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Tiga projek yang dipilih dalam segmen perdagangan rentas sempadan ini termasuk sistem perkhidmatan inkubasi perniagaan e-dagang rentas sempadan didayakan secara digital, platform perkhidmatan kredit rentas sempadan China-ASEAN dan platform kerjasama perdagangan China-ASEAN.

Di samping itu, lapan kes yang dipilih melibatkan perkhidmatan khusus, termasuk sistem pengenalan pintar untuk serangga perosak Camellia oleifera di wilayah Lancang-Mekong, platform perkhidmatan suara dan bahasa berasaskan data raya pintar China-ASEAN dan pangkalan data geologi ASEAN. Lima kes yang dikategorikan sebagai pertukaran budaya digital termasuk platform terbitan omnimedia China-ASEAN untuk perubatan tradisional, perkhidmatan penterjemahan dan penerbitan filem dan drama TV berasaskan AI untuk negara-negara ASEAN serta Minggu Drama China-ASEAN (Nanning).

Source: CRIOnline
Keywords: Agriculture Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Natural Disasters