NEW YORK, 11 Disember 2013 /PRNewswire/ -- DDB dinamakan sebagai Rangkaian Terbaik di Pesta Kreativiti Eurobest 2013, yang merupakan Pesta dan Anugerah tahunan yang menerajui di Eropah bagi kreativiti dalam bidang komunikasi. Upacara anugerah itu berlangsung di Lisbon, Portugal pada 6 Disember 2013. Secara keseluruhannya, DDB membawa pulang lima emas, 19 perak, 24 gangsa dan 27 anugerah finalis.
"Kami amat berbangga DDB dinamakan sebagai Rangkaian Terbaik buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2009," kata Pietro Tramontin, Ketua Pegawai Eksekutif DDB Eropah, Timur Tengah dan Afrika. "Ini menunjukkan agensi kami di Eropah terus menjadi yang paling kreatif merentasi bidang dan kategori agar memberikan penyelesaian yang paling inovatif kepada para pelanggan kami. Saya amat berbangga dengan pasukan DDB Paris, adam&eveDDB London, DDB & Tribal dan RAPP Amsterdam serta DDB Copenhagen bagi prestasi yang telah dicapai sehingga memperoleh pengiktirafan di Anugerah Eurobest pada tahun ini."
Kempen DDB Paris untuk Leon Vivien-Facebook 1914 bagi Musee de la Grande Guerre (Muzium Perang Besar) dan ANLCI, Persatuan Buta Huruf, kempen adam&eveDDB London untuk Volkswagen (Brek Kecemasan Bandar), DDB & Tribal Amsterdam dan kempen KLM Space RAPP Amsterdam serta Koleksi SS DDB Copenhagen untuk Hank Kjobenhavn, masing-masing mendapat pingat Emas bagi kategori yang terdiri daripada Hiburan Berjenama hinggalah kepada Interaktif, Langsung, PR, Poster & Cetakan Kraf, Cetakan, Bersepadu, Promosi & Pengaktifan, Reka Bentuk, Mudah Alih serta Kraf Filem.
Amir Kassaei, Ketua Pegawai Kreatif DDB Worldwide mengulas, "Di DDB, kami percaya mengambil tindakan pada simpang kreativiti, kemanusiaan dan teknologi merupakan satu-satunya cara untuk membentuk penyelesaian berinovatif kepada para klien kami dan jenama mereka. Pengiktirafan kreatif daripada industri ini merupakan bukti kami mempunyai wawasan dan strategi yang betul. Saya amat berbangga dengan kesemua rangkaian pejabat DDB di Eropah yang menyumbang kepada kejayaan ini dan juga merupakan antara syarikat paling berinovasi bukan setakat dalam pasaran sendiri sahaja, malahan juga di seluruh Eropah."
DDB turut dinamakan sebagai Rangkaian Eurobest yang Terbaik selama tiga tahun daripada empat tahun yang lepas, termasuk tahun 2009, 2010 dan 2011.
Eurobest – Pesta Kreativiti Eropah
Eurobest yang dilancarkan pada tahun 1988 merupakan pertandingan bagi anugerah tahunan yang menerajui di Eropah bagi kecemerlangan kreatif dalam kategori pengiklanan Filem, Cetakan, Luaran, Radio, Kraf, Interaktif, Media, Langsung, Promosi & Pengaktifan, Reka Bentuk, PR, Bersepadu, Mudah Alih dan Kandungan Berjenama & Hiburan. Sejak tahun 2008, anugerah tersebut yang dihakimi oleh artis kreatif terkemuka Eropah, membentuk Pesta bertema selama dua hari setengah bagi mengenal pasti dan melibatkan topik tertentu yang berkaitan dengan pasaran Eropah. Pesta tersebut turut dihadiri oleh lebih 1,800 wakil, yang sebelum ini diadakan di Stockholm, Amsterdam, Hamburg dan Lisbon. Eurobest dianjurkan oleh Lions Festivals. www.eurobest.com
Latar Belakang DDB
DDB Worldwide (www.ddb.com) merupakan rangkaian pengiklanan dan pemasaran paling besar di dunia dan paling banyak menerima anugerah. Pada tahun 2012, DDB dinamakan sebagai Rangkaian Pengiklanan Terbaik oleh Campaign serta Agensi Terbaik dan juga Agensi Digital Terbaik oleh majalah Strategy. Pada Pesta Kreativiti Antarabangsa Cannes 2013 yang berprestij, DDB memenangi 93 anugerah Lions, yang merupakan pencapaian terbaik bagi rangkaian tersebut. Di samping itu, The Gunn Report turut menyenaraikan DDB sebagai salah satu daripada tiga Rangkaian Global Paling Hebat dalam tempoh 12 tahun yang lalu. Para klien agensi ini termasuklah Volkswagen, McDonald's, Unilever, Mars, Johnson & Johnson dan juga Exxon Mobil antara lainnya.
DDB ditubuhkan pada tahun 1949 dan merupakan sebahagian daripada Omnicom Group (NYSE) dan mempunyai lebih 200 pejabat di lebih 90 negara dengan pejabat utamanya di New York, NY.
Latar Belakang Omnicon Group Inc.
Omnicom Group Inc. (NYSE-OMC) merupakan syarikat pemasaran dan komunikasi korporat yang menerajui pada peringkat global. Rangkaian berjenama Omnicom dan banyak firma kepakaran yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan, perancangan dan pembelian media strategik, pemasaran digital dan interaktif, pemasaran langsung dan promosi, perhubungan awam dan perkhidmatan komunikasi pengkhususan lain kepada lebih 5,000 klien di lebih 100 negara.
Bagi maklumat lanjut tentang Omnicon dan jenamanya, sila layari www.omnicomgroup.com
Maklumat Perhubungan:
Melanie Vignon
Telefon: +44 (0) 20 7258 3979
E-mel: melanie.vignon@ddb.fr
Christie Giera
Telefon: +1-212-415-2186
E-mel: christie.giera@ddb.com