VANCOUVER, BC, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah jenama baharu yang baru saja dilancarkan, merancang untuk melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Setiap produk yang dihasilkan oleh jenama ini akan menjadi hanya satu-satunya yang tersedia, di samping menjual produk-produk ini untuk mencapai misi dermawan mereka. Jenama ini dikenali sebagai wonwonleywon.
Beberapa jenama mewah menghasilkan koleksi kecil untuk menjual 1,000 atau 100 produk yang sama. Jadi, sebagai pelanggan, anda boleh membeli produk yang merupakan 1 daripada 1,000 atau 1 daripada 100 produk tersebut yang tersedia. Namun, jenama tersebut jarang sekali menghasilkan produk yang merupakan 1 daripada 1, atau satu-satunya produk. Malah, apabila mereka menghasilkan mana-mana koleksi kecil ini, mereka akan menyediakannya hanya untuk produk tertentu sahaja. Bagi produk lain yang mereka jual, mereka menghasilkannya secara besar-besaran dan menjual beribu-ribu produk yang serupa.
Namun begitu, tidak ada jenama yang menjual pakaian, beg, kasut, barang kemas, jam tangan, peralatan mata dan produk rumah yang menghasilkan semua produk mereka sentiasa menjadi 1 daripada 1 sahaja atau tidak pernah menghasilkan mana-mana produk mereka lebih daripada sekali. Ini merupakan perkara yang dirancang oleh wonwonleywon untuk dilakukan.
wonwonleywon menggelarkannya sebagai "satu-satunya kemewahan" yang menjadikan ia sebagai jenama mewah paling eksklusif di dunia, dari segi teknikal. Ini adalah kerana apabila seseorang membeli mana-mana produk daripada wonwonleywon, mereka tahu bahawa mereka merupakan satu-satunya manusia di dunia ini yang memiliki produk tersebut, yang memberikan tahap eksklusif tertinggi.
Oleh itu, disebabkan wonwonleywon hanya akan menjual produk yang merupakan 1 daripada 1 sahaja serta menepati matlamat mereka yang dikenali sebagai "satu-satunya kemewahan", mereka meniru sifat manusia. Setiap manusia merupakan 1 daripada 1 sahaja dan begitu juga dengan wonwonleywon, setiap produk adalah 1 daripada 1. Melalui mimik ini, ia mempunyai matlamat yang lebih besar berbanding menjual produk fizikal. Ia juga mempunyai matlamat yang lebih besar berbanding menjadi jenama mewah yang paling eksklusif di dunia. Syarikat ini mempunyai misi dermawan untuk membantu orang ramai menjadi versi diri mereka yang terbaik. Memandangkan kita semua merupakan satu-satunya individu yang ada dan tidak ada sesiapa yang menyerupai kita, wonwonleywon percaya sifat tersebut menjadi kuasa kita, jadi syarikat ini mahu membantu orang ramai menjadi yang terbaik.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.wonwonleywon.com
support@wonwonleywon.com, 6046579040