omniture

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Mentransformasi Teknologi Tempat Kerja dengan Penyatuan Penyelesaian Komunikasi

FUJIFILM Business Innovation
2022-11-15 07:51 275

Memperkenalkan Work:Sphere, penyelesaian komunikasi yang menyatukan video, suara dan alat kolaborasi untuk meletakkan syarikat di kedudukan bagi mencapai pertumbuhan di Asia Pasifik.

SINGAPURA, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific mengumumkan pelancaran Work:Sphere, penyatuan penyelesaian yang memastikan komunikasi berjalan dengan lancar, menambah baik pengalaman, meningkatkan interaksi bersama pelanggan dan ditambah pula dengan penglibatan rakan-rakan kongsi terkenal*1  seperti Fun Technology Innovation Inc. (FTI), Newline, ViewSonic, Jabra, Reactive Suite, Microsoft Teams, dan Zoom.

Memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap integrasi sambungan merentasi pelbagai lokasi - persekitaran rumah dan pejabat serta mengoptimumkan pengalaman komunikasi jarak jauh dan di tempat kerja, Work:Sphere dimajukan untuk memberikan tiga faedah penting – Komunikasi Lancar, Kolaborasi Kerja yang Efektif dan Integrasi Perkhidmatan Hujung ke Hujung.

  • Komunikasi Lancar

Membawa bersama ruang, individu dan pengetahuan menggunakan teknologi bagi merapatkan jurang antara mesyuarat di pejabat dan mesyuarat maya.

  • Kolaborasi Kerja yang Efektif

Meningkatkan produktiviti kerja sambil menikmati mesyuarat yang lebih menarik dengan kombinasi komponen audio dan video termaju, digandingkan dengan perisian kolaborasi untuk sambungan waktu sebenar.

  • Integrasi Perkhidmatan Hujung ke Hujung

Menawarkan perundingan komprehensif, sokongan pelanggan dan kepakaran teknikal yang menjangkau keperluan perniagaan anda.

"Walaupun COVID-19 telah memberikan impak yang besar, ia juga telah mengubah cara kita berfikir, bekerja dan berkomunikasi serta mengulangi keperluan untuk menikmati kesinambungan perniagaan tanpa mengira lokasi dan menjejaskan produktiviti," kata Masatsugu Naito, Presiden, FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific. "Kami amat teruja untuk berkongsi penyelesaian komunikasi baharu kami, Work:Sphere, yang dapat membantu pelanggan kami untuk beradaptasi, menggunakan dan memajukan gaya kerja hibrid dengan mudah. Bersama-sama rakan kongsi kami, ayuh kita bekerjasama dan menyerlahkan potensi anda untuk mendorong pertumbuhan perniagaan. Tetapi perkara yang paling penting adalah berkomunikasi dengan lancar tanpa had."

Daripada meluangkan masa berjam-jam menyelidik pelbagai vendor yang menggunakan berbilang alat dan perisian kolaborasi, semua perniagaan kini berupaya untuk mengakses integrasi rangkaian alat dan penyelesaian yang menawarkan empat pilihan ruang kerja, setiap satu memenuhi keperluan mereka secara spesifik – meja peribadi, ruang berkumpul, bilik mesyuarat 4 hingga 8 orang dan bilik mesyuarat lebih 8 orang.

Bagaimana penyelesaian Work:Sphere menyokong pelbagai  pilihan ruang kerja
Bagaimana penyelesaian Work:Sphere menyokong pelbagai  pilihan ruang kerja

1.  Meja Peribadi

Sebuah meja pejabat peribadi atau pejabat rumah dengan alat yang sesuai untuk mesyuarat hibrid.

Dilengkapi dengan paparan interaktif 23.8-inci, kamera dengan sudut pandangan yang luas, dwi mikrofon meliputi semua arah, set alat pendengaran, perisian kolaborasi dan persidangan video.

2.  Ruang Berkumpul

Daripada mesyuarat tanpa persediaan kepada mesyuarat kasual dengan saiz kumpulan yang kecil, alat yang disediakan berupaya memastikan perbualan berjalan dengan lancar.

Dilengkapi dengan paparan interaktif 23.8-inci, kamera liputan bilik penuh, dwi mikrofon meliputi semua arah, fon pembesar suara, perisian kolaborasi dan persidangan video.

3.  Bilik Mesyuarat untuk 4-8 orang

Bilik lebih besar membolehkan mesyuarat hibrid dengan kualiti persidangan video dan alat kolaborasi yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Dilengkapi dengan paparan interaktif 65-inci, kamera liputan bilik penuh, dwi mikrofon meliputi semua arah, fon pembesar suara, perisian kolaborasi dan persidangan video.

4.  Bilik Mesyuarat untuk lebih 8 orang

Pelanggan boleh meningkatkan pengalaman mesyuarat dengan perisian audio, video dan komunikasi lengkap untuk perbincangan yang lancar dan tanpa gangguan.

Dilengkapi dengan paparan interaktif 75-inci atau 86-inci, kamera panoramik, mikrofon meliputi semua arah, fon pembesar suara serta perisian kolaborasi dan persidangan video.

Dengan Work:Sphere, kini pengguna dapat menikmati produktiviti yang lebih tinggi dan pengurusan kos yang berkesan melalui rangkaian penyelesaian komunikasi pejabat yang diintegrasikan. Untuk maklumat lanjut tentang Work:Sphere, sila kunjungi https://www.fujifilm.com/fbsg/sgp/worksphere

*1 – Sila semak dengan pejabat FUJIFILM Business Innovation berhampiran anda mengenai ketersediaan penyelesaian ini.

Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation

FUJIFILM Business Innovation ialah peneraju global yang komited dalam menawarkan inovasi untuk perniagaan pelanggan di seluruh dunia, bagi mewujudkan tempat kerja yang inovatif dan memberikan kepuasan dengan menggunakan maklumat dan pengetahuan secara berkesan melalui transformasi digital (DX). Kami telah mempelopori pelbagai teknologi dan mengumpul banyak pengalaman sejak penubuhan kami pada tahun 1962, untuk membina sebuah persekitaran yang mampu menggalakkan penggunaan daya kreativiti seseorang dalam memaksimumkan kekuatan organisasi. Portfolio kami termasuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan penyelesaian aliran kerja yang bertaraf dunia, perkhidmatan IT dan peralatan pencetakan seperti pencetak digital berbilang fungsi (MFP). Kami juga menawarkan perkhidmatan penyumberan luar proses perniagaan (BPO) serta sokongan pemasaran dan pelaksanaan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP).

Pada 1 April 2021, kami menukar nama syarikat kepada FUJIFILM Business Innovation. Bukan hanya sekadar pertukaran nama, ia merangkumkan komitmen kami sebagai sebuah syarikat untuk sentiasa menawarkan inovasi dalam perniagaan. 

https://fujifilm.com/fbglobal

 

Source: FUJIFILM Business Innovation
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services