omniture

WEMADE PLAY, mulakan Prapendaftaran global tiga Permainan Kasual Baharu

WEMADE PLAY
2022-11-15 10:00 351
  • Wemade Play, pembangun siri permainan mudah alih, memulakan prapendaftaran bersama subsidiari mereka
  • Prapendaftaran dan Pengenalan untuk 3 Permainan Baharu meliputi IP permainan paling terkenal 'Anipang' kini bermula

SEOUL, Korea Selatan, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Wemade Play (Ketua Pegawai Eksekutif: Hodae Lee) mengumumkan bahawa mereka akan meneruskan pengenalan dan prapendaftaran permainan sebelum melancarkan permainan mudah alih baharu, 'Anipang Match', 'Anipang Blast' bersekali dengan subsidiari mereka 'Anipang Coins'.

Three new Wemade Play Games starting Pre-registration
Three new Wemade Play Games starting Pre-registration

Permainan-permainan ini telah mendapat perhatian daripada pasaran Korea dan luar negara malah sebelum pelancarannya kerana ia merupakan permainan teka-teki mudah alih yang paling terkenal di Korea, siri 'Anipang' dan ia turut dilancarkan di luar negara. Siri Anipang mempelopori pasaran permainan mudah alih Korea dan mencipta istilah 'permainan nasional' sementara Wemade Play melancarkan dan menyediakan servis empat siri asli daripada Anipang 1 hingga 4, serta lebih daripada 10 permainan menggunakan IP. Selain itu, selepas disenaraikan dalam pasaran saham melalui IPO, Wemade Play mencatatkan purata pertumbuhan tahunan sebanyak lebih 20% dalam pengewangan Iklan menerusi siri Anipang yang memiliki lebih 1 juta pengguna sehari. Berdasarkan kepada pencapaian ini, Wemade Play dijadualkan untuk mendirikan reruainya di 'G-Star 2022', sebuah Pameran Permainan Antarabangsa yang bakal diadakan di Busan, Korea Selatan, mulai 17 November dan akan memperluaskan perkongsian perniagaannya dan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi luar negara berhubung topik 'Anipang' IP dan 'Ad Monetization' ('Pengewangan Iklan').

Tiga jenis permainan mudah alih yang mana Wemade Play mengadakan acara prapendaftaran ialah permainan kasual popular menggunakan kepakaran dan teknologi untuk membangunkan teka-teki dalam permainan nasional Korea dan siri 'Anipang' IP yang terkenal. 'Anipang Match,' dibangunkan berdasarkan kepada Anipang4, ialah permainan mudah alih yang membolehkan anda menikmati pelbagai kandungan teka-teki seperti permainan teka-teki Match-3 dengan pelbagai blok dan pertempuran waktu sebenar dengan pengguna-pengguna lain. 'Anipang Blast' ialah permainan teka-teki Match-2 yang berfungsi dengan menyentuh dan memecahkan blok dengan warna yang sama, karakter bergerak, menggali dan sebagainya. Ia merupakan permainan teka-teki jenis-aksi yang membolehkan anda menikmati rasa kelajuan yang pantas dengan operasi yang mudah. Permainan-permainan ini yang disenaraikan sebagai paling laris terjual di Korean Google Play Store dan Apple App Store akan mempersembahkan kostum dan item permainan edisi terhad kepada pengguna prapendaftaran. Selain itu, 'Anipang Coins' yang menunjukkan pelbagai karakter Anipang IP merupakan permainan kasual yang mana pengguna boleh mengumpul item melalui permainan putaran dan menikmati pertandingan skor dengan pengguna-pengguna lain, merancang untuk memberi item permainan kepada sesiapa yang menyertai prapendaftaran.

"Kami berharap acara prapendaftaran ini akan memperkenalkan kepada pengguna global dengan keseronokan dan keterujaan IP permainan teka-teki terbaik Korea, 'Anipang'," kata Hodae Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Wemade Play.

Corak permainan ketiga-tiga permainan ini akan disokong dan dimaksimumkan faedah-faedah perkhidmatannya melalui platform permainan Wemade, 'Wemix Play' dan 'Anipang Club,' dibangunkan dan dikendalikan oleh Wemade Play. Ia dirancang untuk dilancarkan pada penghujung tahun 2022. Selain itu, sesiapa pun boleh menyemak maklumat lanjut secara bebas tentang permainan dan acara serta mengambil bahagian dalam prapendaftaran di Apple App Store dan Google Play Store.

Cara menyertai Prapendaftaran:

Anipang Match: https://anipangmatch.onelink.me/juXx/68k43xei

Anipang Blast: https://anipangblast.onelink.me/gx5P/txq5ktci

Anipang Coins: https://anipangcoins.onelink.me/0xJY/r840ry2p

 

Source: WEMADE PLAY
Keywords: Advertising Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment New products/services Future Events