omniture

YOFC ambil bahagian dalam Persidangan Gentian & Kabel Optik Dunia 2022

YOFC
2022-11-15 13:54 364

Memanfaatkan "BRIGHTS" untuk Merebut Peluang Pertumbuhan Baharu Ekonomi Digital

WUHAN, China, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Yangtze Optical Fibre and Cable Joint Stock Limited Company (YOFC), sebuah syarikat komunikasi optik yang terkemuka di dunia sebagai rakan kongsi dan penaja utama untuk Persidangan Gentian & Kabel Optik Dunia selama bertahun-tahun, mengambil bahagian dalam edisi 2022 bagi acara global yang diadakan di Milan pada 7-9 November 2022. Atas jemputan pihak penganjur, pengarah eksekutif dan presiden YOFC, Zhuang Dan menghadiri forum meja bulat yang diadakan semasa berlangsungnya acara tersebut pada 8 November, yang melaluinya beliau membincangkan status semasa industri gentian dan kabel bersama eksekutif-eksekutif lain daripada beberapa syarikat gergasi pengkabelan termasuk Prysmian Group, Eropah dan Corning Incorporated yang berpangkalan di AS. Di samping itu, naib presiden kanan YOFC Jan Bongaerts menyampaikan ucaptama yang bertajuk 'Memanfaatkan "BRIGHTS" untuk Merebut Peluang Pertumbuhan Baharu daripada Ekonomi Digital'.

Melihatkan transformasi digital yang berlaku dalam kesemua sektor di mana-mana dan dipercepatkan lagi oleh impak pandemik Covid-19, ekonomi digital semakin menjadi sebahagian daripada apa yang membuatkan dunia beroperasi lebih pantas daripada yang dijangkakan. Bekerja dari jauh, pengajaran dalam talian dan diagnosis perubatan semakin menjadi kebiasaan baharu. Hasilnya, akses jalur lebar yang berkelajuan tinggi dan andal telah menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan harian. Beralih daripada orang ramai yang dihubungkan kepada benda dihubungkan, daripada data besar-besaran kepada kecerdasan buatan dan daripada penggunaan kepada pembuatan pintar, pendigitalan semakin muncul sebagai daya penggerak teras dalam pembangunan ekonomi dan transformasi sosial di negara-negara utama seluruh dunia, mendorong pihak kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam pertumbuhan digital dengan terus mengukuhkan infrastruktur maklumat.

China telah menyaksikan peningkatan penerimaan jalur lebar gigabit, penembusan 5G yang dipercepatkan dan pelancaran projek Data Timur dan Pengkomputeran Barat yang bertujuan untuk merangsang pusat data di wilayah-wilayah barat negara ini yang lebih miskin dari segi ekonomi, tetapi kaya tenaga pada tahun ini. Dalam masa yang sama, banyak negara juga telah mempercepatkan pembinaan infrastruktur 5G dan FTTx dengan peningkatan pelaburan yang ketara, menghasilkan permintaan yang semakin meningkat terhadap gentian dan kabel optik. Menurut CRU, penyedia British yang terkemuka bagi analisis dan perundingan dalam pasaran komuniti, permintaan global terhadap gentian dan kabel optik dijangka mengekalkan trend menaik dari tahun 2022 hingga 2027. En. Zhuang turut menyatakan bahawa China, yang kini menyumbang sebanyak lebih 50% daripada permintaan global, dijangka menyaksikan pertumbuhan yang stabil dalam segmen ini beberapa tahun yang akan datang.

Didorong oleh transformasi digital global, sektor gentian dan kabel optik sedang memasuki peringkat pertumbuhan yang baharu. Dengan potensi yang besar, gentian G.654.E YOFC, pilihan utama untuk teknologi transmisi berkelajuan ultra-tinggi, diaplikasikan dengan jayanya dalam beberapa talian kabel jauh tiga pembawa utama China dan dalam State Grid Corporation melibatkan projek transmisi voltan ultra-tinggi China, dengan jumlah panjang teras yang digunakan melebihi 1 juta fkm. Permintaan agregat China untuk gentian G.654.E generasi yang seterusnya dijangka mencecah 10 juta fkm (panjang teras) menjelang tahun 2025. Aplikasi global yang berskala besar diramalkan kerana sesetengah pembawa seluruh dunia telah mula mempertimbangkan untuk menggunakan gentian dalam talian jauh.

Bagi memanfaatkan peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini yang dibawakan oleh transformasi digital dalam seluruh sektor, YOFC melancarkan siri "BRIGHTS" optik-penuh dengan produk dan penyelesaian gentian serta kabel optik berprestasi tinggi yang menampilkan lebar jalur yang besar, keandalan, kecerdasan, hijau, kualiti yang tinggi, penjimatan masa serta sekuriti.

Lebar Jalur Besar

Memandangkan terdapatnya kerumitan rangkaian yang semakin meningkat, lonjakan besar dari segi jumlah data yang perlu dihantar dan peningkatan tekanan ke atas lebar jalur tatkala kita beralih selanjutnya kepada ekonomi digital, YOFC memperkenalkan beberapa gentian optik canggih termasuk gentian optik talian jauh generasi baharu G.654.E, gentian berbilang-mod lebar jalur tinggi serta gentian berbilang teras dan teras berongga, mengukuhkan tulang belakang rangkaian optik.

Keandalan

Dengan portfolio gentian dan kabel optik lengkap yang boleh digunakan dalam rangkaian akses dan tulang belakang serta memenuhi keperluan transmisi optik pelbagai senario aplikasi dari darat hingga lautan, YOFC memenuhi keperluan segmen-segmen pasaran yang semakin meningkat dan dalam masa yang sama memastikan operasi rangkaian optik-penuh yang stabil.

Pintar

YOFC juga telah membangunkan beberapa penyelesaian pintar yang dapat meningkatkan kualiti sambungan optik-penuh secara keseluruhan dengan mengupayakan pengesanan dan pencarian kesalahan yang pantas, pemantauan prestasi laluan optik pada waktu sebenar dan ramalan kualiti. Penyelesaiannya termasuk sistem pemantauan kabel optik automatik, sistem penderiaan suhu teragih dan sebagainya.

Hijau

Gentian G.654.E YOFC dapat mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20% di stesen geganti optik dan 50% di stesen geganti elektrikal dalam transmisi saluran jarak jauh. Dengan mengintegrasikan bingkai pengedaran optik ketumpatan amat tinggi, kabel optik dan modul optik pratamat, penyelesaian pusat data Syarikat ini meningkatkan ketumpatan ruang pengkabelan dan mengurangkan halangan kepada saluran panas dan sejuk dan dalam masa yang sama mengupayakan lebar jalur boleh diskala, bagi membantu mengurangkan penggunaan tenaga.

Kualiti Tinggi

Berdasarkan kepada falsafahnya untuk mencari kesempurnaan, YOFC komited untuk membangunkan pelbagai produk gentian dan kabel optik yang diuji oleh masa dengan menggunakan bahan-bahan mentah premium dan mengoptimumkan proses pembuatan. Dengan pelanggan dari lebih 90 negara dan wilayah di seluruh dunia, Syarikat ini diiktiraf secara meluas dalam industri ini atas penyelesaiannya yang berkualiti tinggi.

Penjimatan Masa

Bagi meningkatkan prestasi apabila menggunakan rangkaian optik-penuh, YOFC, berdasarkan kepada aplikasi dan persekitaran peletakan, mereka bentuk dan membangunkan beberapa penyelesaian gentian dan kabel optik baharu yang memenuhi keperluan rangkaian optik-penuh dengan feksibel dan cekap dalam pelbagai senario, termasuk kabel kering-penuh, mikro-kluster, ditiup angin dan kiraan-gentian-ultra-tinggi (UHFC).

Sekuriti

Dalam persekitaran yang dicirikan oleh transmisi data berkelajuan tinggi dan perkongsian sumber terbuka, YOFC terus meninjau potensi teknologi komunikasi optik sekali gus menyediakan ciri keselamatan berbilang peringkat untuk operasi kemudahan besar yang lancar, termasuk grid kuasa, saluran paip minyak dan gas serta peralatan elektrik melalui produk penderiaan gentian optik dengan liputan yang luas, kepekaan yang tinggi serta ketepatan yang tinggi.

Di persidangan tersebut, En. Zhuang turut menyertai para eksekutif daripada Prysmian Group dan Corning dalam perbincangan mendalam berhubung status dan trend semasa, serta peluang dan cabaran daripada sektor gentian dan kabel optik global. En. Zhuang berkata bahawa biarpun dengan asas-asas yang positif dalam sektor ini, masih terdapat ketidaktentuan dan cabaran, termasuk ketegangan politik di beberapa wilayah, bekalan bahan mentah yang terhad, kapasiti pengangkutan yang tidak mencukupi dan kos pengangkutan yang tinggi. Hasilnya, para penguasa industri perlu mengukuhkan kerjasama bagi memastikan pembangunan industri yang mampan.

YOFC komited untuk meluaskan sambungan gentian optik ke setiap pelosok dunia dan membina asas yang kukuh untuk pembangunan ekonomi digital. Dengan mengambil kira misi ini, Syarikat ini, berdasarkan kepada inovasi bebas, merancang untuk meneruskan lelaran dan membangunkan produk dan penyelesaian baharu yang memacu pertumbuhan sektor, sekali gus meningkatkan lagi rangkaian pemasaran antarabangsanya ketika ia bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk memanfaatkan secara bersama peluang yang dibawakan oleh dunia digital yang sentiasa berkembang.

Source: YOFC
Related Stocks:
Shanghai:601689 Shanghai:601869
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities Trade show news