omniture

42Gears Lancar Awan Hab SureMDM Untuk MSP

42Gears
2022-11-15 14:36 147

Platform Awan Hab SureMDM membantu Penyedia Perkhidmatan Terurus menawarkan penyelesaian MDM berbilang penyewa di samping mengurangkan kerumitan pelaksanaan dan kos operasi.

BENGALURU, India, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- 42Gears dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Awan Hab SureMDM untuk Penyedia Perkhidmatan Terurus (MSP). Siaran akhbar ini meningkatkan lagi tawaran Hab Di Premis SureMDM yang sememangnya telah sedia berjaya.

Hab SureMDM membolehkan rakan niaga 42Gears menawarkan perkhidmatan pengurusan peranti mudah alih yang selamat dan boleh diskala kepada pelanggan mereka daripada sebuah pelayan tunggal dengan sokongan berbilang penyewa. Awan Hab SureMDM kini menjadikan tugas ini lebih mudah. "Dengan Awan Hab SureMDM, rakan niaga kami boleh menguruskan berbilang pelanggan tanpa perlu bimbang tentang pengehosan, penyelenggaraan atau kos penyediaan awal," ujar Prakash Gupta, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Teknologi 42Gears.

Kebaikan Hab SureMDM:

  • Pengurusan Berbilang Penyewa - Mengurus berbilang pelanggan daripada sebuah konsol pentadbir tunggal serta menyimpan data setiap pelanggan secara berasingan.
  • Penjimatan Kos: Bermula dengan versi Awan tanpa sebarang kos penyediaan.
  • Pengurusan Lesen: Menguntukkan, mengurus dan mengubah suai lesen secara berpusat untuk setiap penyewa.
  • Penyesuaian: Memperibadikan penjenamaan konsol pentadbir dan pelanggan Hab SureMDM.
  • Keselamatan: Keupayaan keselamatan, konfigurasi, penyesuaian dan kawalan akses yang terbaik dalam industri.
  • Akses Daftar Diri Tunggal (SSO): Mengakses dan memiliki berbilang akaun pelanggan dengan mudah menggunakan hanya satu kelayakan log masuk.
  • Pelesenan Berbilang Peringkat: Menyokong pelbagai jenis lesen sama seperti SureMDM supaya para pelanggan boleh memilih peringkat lesen yang memenuhi keperluan mereka.

"Objektif kami melalui tawaran Awan Hab SureMDM adalah untuk memberikan fleksibiliti kepada rakan niaga kami dalam menguruskan berbilang pelanggan daripada sebuah konsol pentadbir tunggal pada harga yang lebih rendah," simpul Prakash.

Awan Hab SureMDM sesuai untuk rakan niaga yang mencari pelaksanaan yang pantas dengan kos pendahuluan yang minimum bagi mewujudkan persekitaran berbilang penyewa, manakala Hab Di Premis SureMDM tersedia untuk rakan niaga yang memerlukan kawalan yang lebih besar terhadap persekitaran pengehosan.

Sekiranya berminat untuk menjadi rakan kongsi 42Gears atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang Hab SureMDM, sila e-mel kepada partnerships@42gears.com.

Tentang 42Gears 

42Gears merupakan sebuah syarikat peneraju dalam bidang pengurusan mobiliti perusahaan yang menawarkan penyelesaian canggih dengan matlamat untuk mengubah tempat kerja digital. Disampaikan dari awan dan di premis, produk 42Gears menyokong kesemua sistem operasi mudah alih dan komputer meja utama yang membolehkan pasukan IT dan Operasi Pembangunan meningkatkan produktiviti tenaga kerja barisan hadapan dan kecekapan pasukan pembangunan perisian. Produk 42Gears digunakan oleh lebih 18,000 pelanggan daripada pelbagai industri di lebih 115 buah negara dan tersedia untuk dibeli melalui rangkaian rakan kongsi di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.42gears.com.

Logo:  https://mma.prnasia.com/media2/517153/42Gears_Mobility_Systems_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: 42Gears
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services