omniture

Kad Hong Leong Bank Merupakan Antara yang Pertama di Malaysia Kini dapat Ditambah pada Google Wallet

Hong Leong Bank
2022-11-15 16:44 163

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Pemegang kad Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank ("HLB", "HLISB" atau "Bank") boleh menikmati pengalaman pembayaran tanpa sentuh yang ringkas, terjamin dan lancar dengan Google Wallet bermula pada hari ini.

Fuda mengatakan dengan Google Wallet, hampir 65% pelanggan HLB yang merupakan pengguna Android akan menikmati pengalaman pembayaran tanpa sentuh yang mudah, terjamin dan lancar
Fuda mengatakan dengan Google Wallet, hampir 65% pelanggan HLB yang merupakan pengguna Android akan menikmati pengalaman pembayaran tanpa sentuh yang mudah, terjamin dan lancar

Google Wallet ialah aplikasi mudah alih yang menawarkan cara yang ringkas untuk membuat bayaran tanpa sentuh dengan telefon Android atau peranti Wear OS. Langkah untuk membolehkan pelanggan kad kredit dan debit HLB serta kad debit HLISB (secara kolektif dikenali sebagai Kad HLB) menambah kad bayaran mereka ke platform Android merupakan sebahagian daripada usaha Bank ini untuk melaksanakan satu lagi cara mudah untuk mengupayakan pembayaran mudah alih.

Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkata, "Selaras dengan etos "Digital sebagai Teras" Bank kami, kami amat teruja menjadi antara bank pertama dalam pasaran yang menyokong Google Wallet untuk kad kami. Dengan penerimaan pantas kod QR DuitNow, aplikasi perbankan mudah alih dan dompet mudah alih, pembayaran mudah alih disepadukan dengan lancar ke dalam gaya hidup digital rakyat Malaysia dan merupakan salah satu kaedah transaksi pilihan pada hari ini. Bekerjasama dengan Google merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran yang ringkas dan lancar kepada pelanggan kami."

Dengan Google Wallet, pemegang kad HLB berupaya untuk membuat bayaran tanpa sentuh dengan memanfaatkan komunikasi medan dekat ("NFC") melalui peranti yang disokong oleh Android dengan menambah Kad HLB mereka kepada aplikasi Google Wallet. Pemegang kad kemudian boleh mengetik untuk membayar di mana-mana bayaran tanpa sentuh diterima.

Menurut Andrew Jong, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB, "Memandangkan rakyat Malaysia semakin menerima gaya hidup digital yang diterajui oleh ciri mudah alih, kami tetap teguh untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. Penembusan telefon pintar di Malaysia adalah hampir 95% dan banyak aktiviti harian telahpun dimudahkan secara digital. Dengan Google Wallet sebagai ciri baharu, hampir 65% pelanggan kami yang berada pada platform Android akan dapat menikmati pengalaman penggunaan dan pembayaran yang mudah, selamat dan terjamin."

Sama seperti transaksi tanpa sentuh yang dilakukan menggunakan kad fizikal, pembayaran melalui Google Wallet juga berkongsi amaun maksimum harian yang sama untuk transaksi tanpa sentuh. Transaksi berjumlah hingga RM250 tidak memerlukan pengesahan PIN.

 

Source: Hong Leong Bank
Keywords: Banking/Financial Service