ANNAPOLIS, Maryland, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- TRACE, sebuah persatuan perniagaan antarabangsa bukan berkeuntungan yang dikhususkan untuk antirasuah, pematuhan dan tadbir urus yang baik, telah mengeluarkan Bribery Risk Matrix 2022 yang mengukur risiko rasuah dalam perniagaan bagi 194 bidang kuasa. Menurut data pada tahun ini, Korea Utara, Turkmenistan, Guinea Khatulistiwa, Syria dan Venezuela menunjukkan risiko rasuah komersial tertinggi, manakala Norway, New Zealand, Sweden, Switzerland dan Denmark menunjukkan kadar terendah.
Penemuan utama yang lain:
Matrix TRACE yang pada asalnya diterbitkan pada tahun 2014 untuk memenuhi keperluan komuniti perniagaan bagi mendapatkan maklumat yang lebih dipercayai tentang risiko rasuah di seluruh dunia, menumpukan kepada kemungkinan berlakunya permintaan rasuah ketika menjalankan perniagaan dalam bidang kuasa tertentu.
"Walaupun terdapat tanda-tanda yang menggalakkan dalam pengurangan toleransi terhadap rasuah, masalah ini masih kekal serius dan meluas," kata Presiden TRACE, Alexandra Wrage. "Dalam keadaan ini, adalah penting bagi komuniti perniagaan untuk meningkatkan usahanya bagi mengawal insentif ekonomi haram yang mengancam untuk menjejaskan ketenteraman dan tadbir urus yang baik. Dengan edisi Bribery Risk Matrix tahun ini, TRACE terus menyediakan maklumat yang diperlukan oleh syarikat-syarikat untuk menilai dan menguruskan risiko rasuah dalam pasaran di tempat mereka beroperasi."
Matrix TRACE ini membantu syarikat mengkaji situasi yang menguatkan risiko rasuah perniagaan: (1) sifat dan tahap interaksi kerajaan dengan sektor swasta; (2) sikap masyarakat terhadap rasuah dan keupayaan kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang antirasuah; (3) ketelusan kerajaan; serta (4) keupayaan masyarakat awam untuk memantau dan mendedahkan rasuah.
Matrix TRACE tersedia kepada umum di TRACEinternational.org/trace-matrix. Akses Pelayar Data Matriks di matrixbrowser.TRACEinternational.org.