omniture

CGTN: Ekonomi digital menjadi enjin pertumbuhan baharu untuk China dan anggota-anggota G20 yang lain

CGTN
2022-11-15 21:37 408

BEIJING, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Tiga tahun menempuhi pandemik COVID, ekonomi dunia, semasa menghadapi ketidaktentuan dan cabaran yang semakin memuncak, telah mengalami perubahan yang mendalam, dengan evolusi digital dipercepatkan dan ekonomi digital semakin muncul sebagai enjin yang baharu untuk pemulihan dan pertumbuhan ekonomi.

Ekonomi digital merujuk kepada pelbagai jenis aktiviti ekonomi termasuk menggunakan maklumat dan pengetahuan yang didigitalkan sebagai faktor utama pengeluaran, rangkaian maklumat moden sebagai ruang aktiviti yang penting dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkesan sebagai pemacu penting pertumbuhan produktiviti dan pengoptimuman struktur ekonomi, menurut Inisiatif Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi Digital G20 yang dipersetujui di sidang kemuncak Hangzhou G20 2016.

Pada tahun 2021, nilai tambahan ekonomi digital 47 negara utama di seluruh dunia mencapai $38.1 trilion, meningkat 15.6 peratus berbanding setahun sebelumnya, menyumbang sebanyak 45 peratus daripada KDNK gabungan mereka, menurut satu kertas putih yang dikeluarkan oleh China Academy of Information and Communications Technology (CAICT) dalam bulan Julai 2022.

Antaranya, anggota-anggota G20 yang mewakili lebih daripada 85 peratus KDNK global, 75 peratus daripada perdagangan antarabangsa dan 60 peratus daripada penduduk dunia, meneraju dunia dalam pembangunan ekonomi digital.

A.S. dengan ekonomi digital yang bernilai $15.3 trilion, menduduki tempat pertama di dunia. China menduduki tempat kedua dengan ekonomi digitalnya mencecah $7.1 trilion. Kesatuan Eropah menduduki tempat ketiga dengan nilai $6.3 trilion.

Dari segi bahagian ekonomi digital dalam KDNK, Jerman, Britain dan A.S. menduduki senarai tiga teratas, kesemuanya melebihi 65 peratus.

Konsensus G20 ke atas ekonomi digital

Di Sidang Kemuncak G20 2016 yang diadakan di Hangzhou, China, sebagai jawatan presiden bergilir-gilir, merangkumkan ekonomi digital sebagai topik yang penting dalam sidang kemuncak tersebut buat julung kalinya. Negara ini juga menerajui formulasi dan pelancaran Inisiatif Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi Digital G20 yang merupakan dokumen dasar ekonomi digital pertama yang diendorskan oleh pemimpin-pemimpin G20.

Dokumen berkenaan mencadangkan tujuh prinsip panduan untuk pembangunan ekonomi digital iaitu inovasi, perkongsian, sinergi, kefleksibelan, keterangkuman, persekitaran perniagaan yang terbuka dan didayakan, aliran maklumat untuk pertumbuhan ekonomi, kepercayaan dan keselamatan.

Ia turut mengenal pasti enam bidang utama untuk kerjasama dalam ekonomi digital termasuk meluaskan akses jalur lebar dan meningkatkan kualiti; menggalakkan pelaburan dalam sektor ICT, menyokong keusahawanan dan mempromosikan transformasi digital; menggalakkan kerjasama e-dagang; meningkatkan keterangkuman digital dan mendorong pembangunan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana.

Ekonomi digital China yang berkembang pesat

Ekonomi digital China mencecah $7.1 trilion dalam tahun 2021, menyumbang sebanyak 39.8 peratus daripada KDNK negara ini, menurut kertas putih yang dikeluarkan oleh CAICT.

Dari tahun 2012 hingga 2021, purata kadar pertumbuhan ekonomi digital China mencapai 15.9 peratus manakala bahagian ekonomi digital dalam KDNKnya meningkat daripada 21.6 peratus kepada 39.8 peratus, seperti yang ditunjukkan oleh kertas putih tersebut.

Peranan ekonomi digital sebagai penstabil dan pemecut ekonomi keseluruhan China telah menjadi semakin menonjol, menurut kertas putih tersebut.

Setakat bulan Jun 2022, China mempunyai 1.05 bilion pengguna internet, lantas mewujudkan masyarakat digital yang terbesar dan paling dinamik di dunia.

Negara ini juga telah membina rangkaian 5G yang terbesar di dunia dengan 1.97 juta stesen utama 5G pada penghujung bulan Julai.

Walaupun ekonomi digital China berkembang pesat dan menjadi enjin pertumbuhan yang semakin penting untuk pembangunan ekonominya, negara ini turut menawarkan lebih banyak peluang untuk syarikat-syarikat antarabangsa berkembang dalam pasaran Cina dan menyaksikan kerjasama yang aktif dengan anggota-anggota G20 dalam bidang ini.

Dalam bulan Jun, syarikat Jerman, Siemens menubuhkan Pusat Pengupayaan Pendigitalan Infrastruktur Pintar (Smart Infrastructure Digitalization Enablement Center) pertama di China bagi meninjau peluang kolaborasi dengan firma-firma domestik dalam infrastruktur pintar.

Syarikat gergasi teknologi A.S., IBM, dengan perkhidmatan berasaskan awannya, bekerjasama dengan aktif bersama syarikat-syarikat Cina dalam transformasi digital mereka.

China juga bekerjasama dengan Brazil bagi melindungi ekosistem hutan hujan Amazon dengan teknologi digital.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-14/Digital-economy-turns-new-growth-engine-for-China-other-G20-members--1eWXYmrvcXe/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news