- Satu janji baharu dalam pembelajaran jarak jauh
SAO PAULO, 12 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Pada fasa sebelum operasi, MaxyAll (www.maxyall.com) memperkenalkan cadangan berinovatif ke dalam pasaran: platform pembelajaran jarak jauh peringkat global yang berbeza daripada apa-apa yang boleh didapati pada masa kini. Menurut Arsenio Pagliarini, presiden syarikat peringkat dunia itu, gabungan teknologi dan pengajaran kendiri ini membolehkan pembelajaran dilakukan dalam bentuk yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Seiring dengan arah aliran pembelajaran jarak jauh yang telah ditunjukkan dengan kemasukan Google ke dalam sektor ini, (google.com/edu), MaxyAll akan memperoleh ekosistem aplikasi bagi sistem iOS (www.apple.com/br/ipad) dan Android (www.android.com) agar memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pengguna yang akan mendapatkan kursus dan Berinteraksi dengan e-dagang, serta para pengedar yang dapat mengendalikan sesi latihan dan dapat memantau transaksi.
"MaxyAll telah dicipta demi misi untuk memaksimumkan kemampuan dan kejayaan individu menerusi bidang global yang termasuk pengajaran, teknologi, pemasaran dan e-dagang," kata Arsenio. Ketua eksekutif MaxyAll merupakan bekas Presiden Packard Bell Computers di Amerika Latin (www.packardbell.com), Naib Presiden Buscape (www.buscape.com.br) dan telah mengumpulkan pelbagai pengalaman sepanjang perkhidmatan beliau, serta turut menguruskan perniagaan di A.S., Eropah dan Timur Tengah.
"Ini merupakan saat untuk melabur dalam pendidikan yang merupakan salah satu pasaran yang paling pesat berkembang di dunia, terutamanya dalam era ini ketika ilmu pengetahuan kian diberi keutamaan," ujar Arsenio.
Pelancaran rasmi MaxyAll dijadualkan berlangsung pada beberapa bulan akan datang, namun video sebelum pelancaran sudah boleh ditonton:
Konsep: http://www.youtube.com/watch?v=6BWlqwwPEkc
Institusi: http://www.youtube.com/watch?v=A4PEr5hGMZQ
Hubungi:
Fernando Baddini
marketing@maxyall.com
+55-15-9-8166-3100