omniture

Pembalikan Takdir: Peralatan Perubatan Hisense Penting bagi Menyelamatkan Kanak-kanak 2 tahun dengan Kanser Hati

Hisense Group
2013-12-12 13:55 100

Sasaran pembuat peralatan perubatan terhadap pasaran elektronik perubatan menyelamatkan nyawa kanak-kanak

QINGDAO, China, 12 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dengan tumor hati yang besar, kes yang dianggap tidak mempunyai harapan oleh kebanyakan hospital besar, telah menjalani pembedahan bagi membuang tumor tersebut di Qingdao pada 3 Disember lalu. Dengan bantuan peralatan perubatan daripada Hisense Higemi, pembedahan reseksi tumor hati yang berisiko tinggi serta rumit itu mengambil masa hanya tiga jam berbanding lebih tujuh jam seperti kebiasaannya, dengan kehilangan darah sebanyak 30 ml sahaja semasa pembedahan reseksi itu. Pembedahan tersebut juga merupakan aplikasi pertama yang menggunakan peralatan Hisense Higemi di dalam bilik operasi sekitar China, pasaran domestiknya sendiri. Dong Qian, Naib Presiden Hospital Gabungan Universiti Qingdao yang melakukan pembedahan itu berkata: "Saya berharap agar peralatan Higemi dengan inovasi perubatan berteknologi tinggi ini dapat digunakan dengan kadar segera dan meluas bagi memberi manfaat kepada pakar bedah dan para pesakit di negara ini."

Beberapa tahun lalu, Hisense telah mula memanfaatkan industri elektronik perubatan ini dengan menubuhkan makmal teknologi utama serta menceburkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi canggih bagi aplikasi perubatan. Hisense telah bekerjasama dengan unit penyelidikan teknologi paparan miliknya beberapa tahun yang lalu bagi memanfaatkan kekuatan Hisense dalam teknik memproses imej dan paparan dalam pembangunan peralatan paparan perubatan dan pembangunan teknik simulasi pembedahan, serta perkakasan dan perisian komersil yang memberi tumpuan terhadap "platform paparan mudah alih + stesen kerja" yang memanfaatkan Internet mudah alih dan teknologi awan. 

Industri elektronik perubatan secara tradisinya dianggap sebagai laluan yang menjanjikan keuntungan kepada para pengeluar elektronik. Syarikat elektronik pengguna yang besar seperti GE, Philips, Siemens, Samsung, Sony, Canon, Toshiba dan NEC terus berkembang dalam sektor ini. Industri elektronik perubatan China dijangka akan mencapai nilai sebanyak 190 bilion yuan (kira-kira AS$31 bilion) pada tahun 2013 dan 340 bilion yuan (kira-kira AS$56 bilion) pada tahun 2015.

Hisense telah bekerjasama dengan hospital terkemuka termasuk Hospital Beijing, Hospital Qilu dan Hospital Gabungan Universiti Qingdao serta institut akademik bagi projek pembangunan bersama dan pembangunan aplikasi perubatan klinikal. Syarikat ini turut merancang untuk menubuhkan syarikat subsidiari yang memberi tumpuan terhadap elektronik perubatan pada masa hadapan setelah segala usaha awalnya dapat dibuktikan.

 

 

 

 

           

Source: Hisense Group
Keywords: Medical Equipment Children-related news