omniture

Appetizer, platform berasaskan awan dengan API Korea unggul kini tersedia

KOSA(Korea Software Industry Association)
2022-11-15 23:10 455
  • Appetizer menarik minat pengguna global API SaaS.
  • Mempermudah proses pembangunan dan membangunkan perkhidmatan yang inovatif dengan API SaaS Korea unggul!

SEOUL, Korea Selatan, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- API perkhidmatan-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) Korea Unggul baru-baru ini menggamit perhatian seluruh dunia seperti API yang mengupayakan produksi animasi menggunakan tangkapan pergerakan dan teknologi AI, AI yang mengurangkan kos pengurusan ESG sebanyak 95% menggunakan penyelesaian digital dan API yang berfungsi sebagai alat kerjasama perniagaan global untuk meningkatkan produktiviti perniagaan. API Korea sedemikian unggul itu tersedia pada pasaran API, Appetizer, lantas menarik minat pengguna API SaaS global. Appetizer ialah platform berasaskan awan untuk API SaaS Korea dan dibangunkan oleh NAVER Cloud dan Korea Software Industry Association dengan tujuan untuk maju ke dalam pasaran global dan memupuk syarikat-syarikat API domestik.

Appetizer (API Marketplace) membawakan pelbagai API Korea yang unggul dalam industri-industri bermula daripada ekonomi hingga media, perniagaan dan kewangan. Antaranya, kami bertemu dengan syarikat-syarikat API Korea terkenal yang mengukuhkan kedudukan untuk maju ke dalam pasaran global.

Wakil Lee Junho daripada Plask yang memiliki API yang mengupayakan produksi animasi menggunakan tangkapan pergerakan dan teknologi AI tanpa memerlukan peralatan, studio atau pelakon berkata, "Saya berharap Appetizer dapat memberi peluang kepada kami untuk bertemu ramai pelanggan korporat agar ramai pengguna boleh menemui kami dan automasi dalam hiburan media dapat dicapai." Sekiranya anda ingin meningkatkan kecekapan produksi animasi secara spatial, menjimatkan atau mengikut masa, cubalah API Plask untuk Produksi Animasi dengan Beberapa Klik.

Wakil Kim Jongwoong daripada i-ESG, usaha niaga dalaman rasmi POSCO International yang membangunkan API yang menyediakan perkhidmatan SaaS tersuai berasaskan data raya yang mengkhusus dalam alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kepada syarikat-syarikat berkata, "Kami menyediakan penyelesaian pengurusan bersepadu yang mengkhusus dalam ESG yang menyediakan diagnosis, notis awam, maklum balas dan analisis trend yang memperlihatkan persekitaran dalaman dan luaran yang berubah dengan pantas, dan juga meminimumkan beban kos syarikat-syarikat yang bergelut untuk bertindak balas dan menginternalisasi ESG berdasarkan kepada wawancara bersama syarikat-syarikat." Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan dengan ESG, kami amat menyarankan anda menggunakan API Penyelesaian Pengurusan Bersepadu Digital Khusus-ESG i-ESG yang boleh digunakan tanpa pengetahuan atau pengalaman terdahulu.

"Kami memfokuskan kepada keterbukaan dan saling kendali dalam membangunkan Rocket Work untuk memaparkan tugasan agar dilakukan dan diurus dengan cara yang teratur," wakil Choi Hyuk-soo daripada Mycroft yang membangunkan alat kerjasama perniagaan, Rocket Work yang meningkatkan produktiviti perniagaan dengan menambah baik pendekatan kepada tugas dan menginovasi struktur pelaksanaan tugas berkata, Sekiranya anda memerlukan alat kerjasama perniagaan yang boleh digunakan di mana-mana dalam banyak negara untuk melihat tugas yang teratur, cubalah Rocket Work Mycroft pada Appetizer.

Sementara itu, pelbagai jenis API disenaraikan pada Appetizer oleh industri termasuk ekonomi, politik, budaya dan kesihatan seperti Data B (perkhidmatan pembetulan dokumen Bahasa Inggeris AI "Pcanpi"), STEPPAY (platform khusus-langganan), Giftpack (sistem cadangan berasaskan AI), Sentience (perkhidmatan pengguna permainan dan analisis mental TentuPlay, HASHSCRAPER (pemprosesan data, analisis dan sistem visualisasi), WINNING.I (biometrik tanpa sentuh) dan Smart Diagnosis (sistem AI pengukuran biometrik berasaskan iris).

Untuk mengalami API Korea yang lebih unggul, kunjungi www.appetizer.kr.

Source: KOSA(Korea Software Industry Association)
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications