omniture

Perkembangan Enterprise diteruskan dengan Pelantikan Francais di Switzerland, Belgium dan Luxembourg

Enterprise Rent-A-Car
2013-12-12 23:00 172

-- Rangkaian Enterprise Rent-A-Car diperkembangkan ke seluruh Eropah

LONDON, 12 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Pelantikan pemegang francais baharu di Belgium, Luxembourg dan Switzerland telah membantu Enterprise Rent-A-Car mencapai peristiwa penting dalam perkembangan kehadirannya di Eropah: sebagai rangkaian tanpa gangguan yang akan memperkembangkan jenama Enterprise tersebut di seluruh EU.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/MM55552LOGO-d)  

Perkongsian baharu ini membawakan syarikat tersebut selangkah menghampiri matlamat yang ingin dicapainya, untuk menawarkan jenama Enterprise kepada kesemua pelanggan sewa kereta tidak kira destinasi yang dituju, menambahkan pilihan serta menunjukkan nilai perkhidmatan pelanggan syarikat ini kepada penyewa domestik serta pelancong antarabangsa.

Sebagai sebahagian daripada perancangan program perkembangannya yang terkini, perniagaan ini telah memilih dengan teliti dua perniagaan yang terbaik dalam kelasnya bagi membantu pertumbuhan rangkaiannya.

Di Belgium dan Luxembourg, General Lease yang merupakan sebahagian daripada Groep Boden beroperasi di bawah jenama "Rent A Car". Ini merupakan peneraju pasaran kenderaan gantian di Belgium dengan rangkaian yang terdiri daripada 40 cawangan. General Lease kini bersedia untuk melanjutkan perkhidmatannya ke lapangan terbang dan pusat bandar agar memenuhi keperluan para pelancong antarabangsa dan domestik.

Auto-Interleasing (AIL) pula ialah perniagaan yang dimiliki keluarga sejak 80 tahun lalu dan merupakan salah satu organisasi pengedaran dan pengurusan armada terbesar di Switzerland. Pengalaman pasaran dan automotif AIL adalah amat penting bagi memperkenalkan jenama Enterprise Rent-A-Car di hab pengangkutan utama seluruh negara.

Peter A. Smith, naib presiden pemfrancaisan global Enterprise berkata: "Kami akan mencapai matlamat ini langkah demi langkah dengan memperkembangkan jenama Enterprise di seluruh pasaran Eropah bagi memberikan nilai dan pilihan yang lebih hebat di beberapa destinasi pelancongan paling sibuk di dunia.

"General Lease dan AIL merupakan badan perniagaan yang kukuh dalam pasaran masing-masing dengan reputasi yang mantap bagi perkhidmatan berkualiti. Kedua-duanya merupakan ahli baharu yang penting kepada keluarga perniagaan Enterprise dan turut menambahkan unsur baharu yang penting kepada jenama kami, memandangkan kedua-duanya membolehkan kami menyediakan rangkaian cawangan berterusan yang merangkumi keseluruhan Eropah.

"Perjanjian francais terkini ini merupakan saat penting bagi Enterprise Rent-A-Car, agar menyatukan kehadiran kami di seluruh benua ini. Kekuatan hubungan pemberi francais kami ini telah memperlihatkan kebolehan untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami serta peluang kepada semua rakan kongsi perniagaan kami."

Philip Boden, Ketua Pegawai Eksekutif General Lease berkata: "Dengan menggabungkan rangkaian Enterprise ini, aspirasi kami adalah untuk membangun sebagai perniagaan di dalam wilayah sedia ada kami serta memainkan peranan dalam rangkaian penyedia kereta sewa yang berkembang dan dinamik ini. Kini, penyewaan kereta membuka peluang baharu bagi para pelancong dan penyewa di bandar.

"Wilayah Belux merupakan pusat yang penting bagi politik dan perniagaan Eropah serta hab antarabangsa untuk para pelancong dari dalam dan luar benua ini. Ini membolehkan kami memainkan peranan penting dalam memperkembangkan rangkaian Enterprise di dalam wilayah kami. Rangkaian bandar kami yang kukuh serta pengalaman dengan pelanggan kenderaan gantian benar-benar sesuai dengan kekuatan Enterprise sebagai penyedia bagi pasaran insurans dan pembaikan."

Beat Imwinkelried, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AIL berkata: "Switzerland kekal sebagai destinasi utama bagi pelancongan perniagaan dan langkah menyertai rangkaian Enterprise ini mewujudkan peluang istimewa bagi memperkembangkan perkhidmatan kami, terutamanya kepada para pelancong eksekutif ke negara ini.

"Kami berpendapat pengalaman kami di seluruh sektor armada dan automotif sebagai aset terbesar bagi membantu menentukan dan menubuhkan rangkaian Enterprise di seluruh Switzerland. Memahami pelanggan dalam bidang perniagaan ini seperti kami memahami mereka turut merupakan manfaat yang besar dalam mencapai matlamat bersama kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Kami berharap untuk memulakan perhubungan yang panjang dan berjaya bersama salah satu perniagaan sewa kereta paling mengagumkan di dunia ini."

Enterprise Rent-A-Car merupakan sebahagian daripada Enterprise Holdings yang bertapak di St. Louis, penyedia perkhidmatan kereta sewa paling besar di dunia. Enterprise menjalankan operasi yang dimiliki sepenuhnya di UK, Jerman, Ireland, Perancis, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Kanada dengan lebih 8,100 pejabat di serata dunia. Terkini, syarikat ini memperkembangkan operasi berjenamanya dengan pesat ke lapangan terbang dan hab pengangkutan di seluruh wilayah merentasi dunia.

Enterprise Holdings turut mengendalikan jenama National Car Rental dan Alamo Rent A Car di seluruh Amerika serta menawarkan penyelesaian pengangkutan sepenuhnya bersama Enterprise Fleet Management. Gabungan Enterprise Holdings dan Enterprise Fleet Management ini, yang melibatkan perkhidmatan kereta sewa dan kongsi kereta yang luas, sewa trak komersil, pengurusan armada korporat dan jualan kereta runcit, mempunyai perolehan sebanyak $16.4 bilion, memiliki seramai 78,000 pekerja dan mengendalikan 1.4 juta kenderaan di seluruh dunia pada tahun fiskal 2013. Enterprise Holdings yang turut beroperasi menerusi syarikat subsidiarinya, merupakan syarikat kereta sewa paling besar di dunia apabila dihitung jumlah pendapatan, armada dan pekerjanya. Pendapatan tahunan Enterprise Holdings turut meletakkannya di kedudukan teratas bagi industri pelancongan, jauh meninggalkan syarikat kereta sewa yang lain serta kebanyakan syarikat penerbangan, syarikat pelayaran, hotel, pengendali pelancongan dan agensi pelancongan dalam talian.

General Lease NV pula ialah sebahagian daripada Groep Boden, perniagaan keluarga yang aktif dalam bidang perniagaan automotif sejak tahun 1979, meliputi pengedaran bagi jenama Opel dan Chevrolet serta kereta sewa semenjak tahun 1987. Bahagian kereta sewa mempunyai armada sebanyak kira-kira 2,000 kenderaan bagi memberikan perkhidmatan kepada perniagaan bantuan/penggantian serta segmen individu dan korporat tempatan dengan 40 mata jualan di seluruh Belgium.

AIL Holding merupakan perniagaan keluarga yang telah lama bertapak dan aktif dalam bidang perniagaan automotif di Switzerland.

Bidang perniagaan utama kami termasuklah beberapa pengedaran kereta bagi jenama seperti Opel, BMW, Mini, Citroen, Honda, Morgan dan Maserati. Salah satu syarikat subsidiarinya, Grosspeter AG merupakan salah satu pengedar paling lama dan terbesar bagi GM/Opel di Switzerland. Perniagaan utama lain termasuk dua syarikat pajak: Auto-Interleasing AG yang memberi tumpuan terhadap pengurusan armada kereta syarikat. EFL Autoleasing AG pula bertanggungjawab terhadap segmen kewangan pelanggan dan merupakan salah satu daripada syarikat pajak bebas untuk para klien swasta.

AIL Holding AG dimiliki 100% oleh keluarga Imwinkelried.

Auto-Interleasing AG merupakan syarikat pengurusan armada yang menerajui di Switzerland dan beribu pejabat di Basel. Auto-Interleasing AG yang ditubuhkan pada tahun 1949 ini merupakan salah satu daripada penyedia perkhidmatan penuh dan bebas sepenuhnya yang memberi tumpuan eksklusif terhadap para pelanggan yang menjalankan perniagaan. Syarikat ini adalah milik keluarga dan tiada kaitan dengan bank mahupun pengeluar kereta atau pengimport kereta. Auto-Interleasing AG mempunyai hampir 12'000 kenderaan di bawah pengurusannya dan merupakan pengurus armada nombor 2 di pasaran Switzerland.

 

Source: Enterprise Rent-A-Car
Keywords: Auto Transportation Travel Corporate Expansion