-- Sesi pendidikan atas lantai di ekspo Pantai Miami mengetengahkan peluang perniagaan dalam sektor kimia tersuai khusus
-- #Next30
HAMILTON, New Jersey, 13 Disember 2013 /PRNewswire/ -- InformEx, acara perkongsian perniagaan untuk pembeli dan penjual bahan kimia bernilai tinggi yang menerajui di Amerika Utara, telah mengumumkan rangkaian sesi pendidikannya untuk persidangan dan ekspo tahun 2014, yang bakal diadakan di Pantai Miami, Florida, mulai 21-24 Januari.
Lebih 3,500 pengunjung daripada syarikat farmaseutikal, bahan kimia halus dan bahan kimia istimewa utama – bersama ratusan pempamer – akan mengambil bahagian dalam InformEx 2014. (Daftar di sini.)
"InformEx dikenali kerana dapat menyemai perhubungan muka ke muka yang bernilai dan membawa kepada urus niaga yang berjaya antara pembeli dan penjual bahan kimia tersuai khusus," kata Nancy Largay, Pengarah Jenama InformEx. "Pada tahun 2014, sambil kami menyambut edisi kami yang ke-30, kami telah memperluas persidangan ini dengan penceramah terkenal dan sesi pendidikan yang menyediakan para pengunjung dengan peluang baharu dalam sektor yang berubah ini."
Sesi pendidikan akan diadakan di lokasi yang mudah di lantai pameran, direka bagi memudahkan para pengunjung menghadirinya walaupun dengan jadual mesyuarat mereka yang sibuk. Fon kepala yang meredam bunyi membenarkan para peserta memberi tumpuan dan menyumbang secara aktif kepada sesi "senyap" ini, walaupun dalam persekitaran yang penuh bertenaga.
Topik pendidikan tahun ini telah dikenal pasti oleh ahli masyarakat InformEx, yang menyatakan minat yang kuat dalam mempelajari lebih lagi tentang isu yang mempunyai potensi untuk membentuk semula medan perniagaan berdaya saing pada tahun 2014 dan seterusnya. Pengunjung berdaftar mempunyai akses kepada semua sesi dan transkrip penuh sesi itu.
Sesi InformEx 2014 termasuklah:
Di samping semua sesi pendidikan ini, InformEx 2014 akan menyediakan peluang perangkaian tersuai khusus yang anda boleh gunakan dengan app InformEx pertama, yang boleh berfungsi pada telefon bimbit dan komputer meja. Anda boleh menggunakan app itu untuk memohon dan menerima pertemuan muka ke muka, semak senarai pempamer yang dikemas kini dan melihat lantai pameran.
Para pengunjung juga akan mempunyai akses kepada semua resepsi perangkaian harian dan kemasukan percuma ke Pameran Pempamer & Teknologi Bertaraf Dunia.
InformEx ialah acara terbuka untuk ratusan syarikat yang menerajui – termasuk pengeluar, pengedar dan penyedia perkhidmatan untuk industri bahan kimia halus, istimewa dan tersuai khusus. Jangan ketinggalan semua ini di Pantai Miami. Terokai jadual acara penuh di InformEx.com dan daftar sekarang.
Latar Belakang InformEx
InformEx dianjurkan oleh UBM dan menyemai kemajuan berterusan untuk industri bahan kimia halus, istimewa dan tersuai khusus dengan menyediakan alatan perangkaian, peluang pendidikan dan forum kolaborasi masyarakat – semuanya direka bagi mempercepat pertumbuhan dalam landskap syarikat bahan kimia yang kian berubah. Acara tahunan InformEx ialah eksposisi ulung yang wajib dihadiri untuk industri bahan kimia sejak 30 tahun lepas, dengan menyediakan platform untuk perangkaian muka ke muka dan pembangunan perniagaan. Setiap tahun, acara ini mengumpulkan bersama lebih 3,500 para profesional bahan kimia halus dan istimewa serta ratusan pempamer dari seluruh dunia. Bagi mengetahui lebih lanjut, lawati www.informex.com.