DUBLIN, 13 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Mainstream Renewable Power pada hari ini mengumumkan pelancaran usaha niaga baharunya yang dikenali sebagai Mainstream Capital dalam usaha mendapatkan akses kepada modal pada kadar yang lebih baik. Platform baharu ini disasarkan khususnya pada dana pencen dan syarikat insurans yang inginkan manfaat daripada aliran tunai jangka panjang dan disokong kerajaan dengan pelaburan secara terus kepada projek angin dan solar Syarikat berkenaan.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130606/618541)
Eddie O'Connor, Ketua Eksekutif Mainstream Renewable Power mengatakan saiz dan rekod prestasi pembangunan projek berkualiti tinggi miliknya membuka peluang bagi membentuk platform sendiri untuk menarik pelaburan.
Mainstream merupakan syarikat bebas bagi tenaga boleh diperbaharui yang paling berjaya di dunia dan kini sedang membina beratus-ratus atau banyak megawatt loji angin dan suria di empat benua. Syarikat ini turut mempunyai portfolio projek melebihi 19,000 megawatt di seluruh Ireland, UK, Jerman, Afrika Selatan, Chile, Amerika Syarikat dan Kanada serta mencari peluang terbaik secara aktif dalam pasaran baharu.
O'Connor mengumumkan butiran lanjut tentang usaha niaga baharu ini di Perhimpunan Kelestarian antarabangsa, pada hari ini di Dublin.
Akses kepada modal pada fasa prapembinaan adalah sukar. O'Connor turut berkata rekod prestasi Mainstream menunjukkan syarikat ini mampu mencapai pembiayaan yang lebih andal dan jangka panjang dengan membangunkan bahagian pengumpulan modalnya sendiri.
Beliau berkata langkah ini akan membawa perubahan besar kepada kos penjanaan kewangan. "Perkembangan perniagaan menyebabkan perubahan pulangan pelarasan risiko daripada ekuiti swasta kepada pulangan infrastruktur jangka panjang yang stabil," jelas beliau.
Tambah beliau, Mainstream kini diiktiraf kerana kejayaannya dalam membangunkan projek tenaga boleh diperbaharui yang berkualiti tinggi dan ini menjadikannya lebih mudah untuk menarik minat dana pencen serta syarikat insurans sejak permulaan sebarang perancangan.
"Kami berjaya membangunkan perniagaan yang berwibawa. Setelah berjaya mencapai tahap ini, penjenamaan korporat perlu dilakukan supaya khalayak tahu apa yang kami lakukan. Kami mempunyai rekod prestasi yang bagus dan projek kami membolehkan dana pencen serta syarikat insurans membentuk pandangan masa depan yang nyata untuk tempoh 20 tahun," kata beliau.
Stephen Nolan, Pengerusi Perhimpunan Kelestarian mengalu-alukan pengumuman oleh O'Connor itu. Beliau mengatakan kerajaan telah pun menyasarkan untuk mempertingkatkan aset alam sekitar di bawah pengurusan, yang dikerahkan atau bermastautin dari Ireland, supaya meningkat daripada AS$20 bilion pada hari ini kepada $200 bilion menjelang tahun 2017 dan inisiatif seperti ini turut menyumbang kepada kepakaran kewangan alam sekitar Ireland.
Nolan berkata sasaran ini boleh dicapai dengan gabungan dua faktor utama -- sektor syarikat bertaraf dunia bagi tenaga boleh diperbaharui dan teknologi bersih, yang merangkumi syarikat Ireland seperti Mainstream, yang merupakan perintis aktif peringkat global dalam bidang ini selama bertahun-tahun lamanya -- serta kewujudan pusat perkhidmatan kewangan antarabangsa yang bertaraf dunia.
"Gabungan kepakaran dalam sektor kewangan dan syarikat menjadikan Ireland lebih dikenali berbanding pesaing yang lain," ujar beliau. "Generasi baharu pengurus aset telah pun muncul."
Latar Belakang Mainstream Renewable Power
Mainstream Renewable Power merupakan salah satu pemaju bebas yang menerajui di dunia bagi projek tenaga yang boleh diperbaharui. Dengan perancangan pembangunan bagi lebih 19GW pada peringkat global, syarikat ini sedang membangunkan ladang suria dan angin di seluruh Ireland, Afrika Selatan, Chile dan Kanada.
Sebagai pemaju bebas angin bahagian luar pesisir yang menerajui di Eropah, Mainstream sedang membangunkan projek angin bahagian luar pesisir di bawah 8GW di England, Scotland dan Jerman dengan sambungan grid selamat bagi projek bahagian luar pesisir yang disebutkan ini.
Syarikat ini mempunyai lebih 180 kakitangan berpengalaman di empat benua dengan pejabat di Berlin, Cape Town, Chicago, Dublin, Glasgow, Johannesburg, London, Santiago dan Toronto.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Emmet Curley, Ketua Bahagian Komunikasi, Mainstream Renewable Power
E-mel: emmet.curley@mainstreamrp.com
Tel: +353-85-734-9946
SUMBER Mainstream Renewable Power